oh! nani…

Assalamua’laikum.

Moga semuanya dalam keadaan sihat dan senyum ceria sokmo walau kita sedang berpuasa. Senyum itu sedekah dan sebaik-baik sedekah ialah sedekah dalam bulan Ramadhan. Tak gitu?

Nak diceritakan hari ni, bukanlah benda besarpun, tapi kerana ada perkara yang boleh menghilangkan monday blues, itu yang rasa nak juga berkongsi dengan teman semua!

Ceritanya pasal oh! nani…

Oh! Nani mana pulak? Nani mana lagi, pemain Manchester Unitedlah…hehe..jangan marah yer! Bermulanya kemenangan bergaya 3-2 Manchester United ke atas Manchester City malam tadi dalam perlawanan pembukaan Piala Perisai menandakan bermulanya Liga Perdana Inggeris untuk musim 2011/2012.

Bolos 2 gol dalam separuh masa pertama bukan satu masalah untuk anak buah Pakcik Ferguson untuk bangkit dengan 3 gol! Kagum dengan semangat dan disiplin pemain-pemain Manu. Kena ambil contoh ni.

Dan ada satu banner malam tadi, selamba letak simbol “Manu banyak piala tapi Man City banyak duit”….hadoi…memang boleh bikin panas buat penyokong Man City.

Maka, 2 gol Nani malam tadi pada aku menunjukkan yang dia bakal lebih menggegar musim ni. Keeper baru pulak, nampak boleh tahan juga hebatnya. Semuanya nampak muda belia. Jadi, ada peluang nak menang banyak piala tahun ni…keh keh keh…

Sekian, entri untuk menghilangkan monday blues. Terima kasih 😀

® hafizmd – bola tu bola jugak, amal ibadah kena juga diutamakan (pesanan khas untuk diri aku sendiri…)