Dengarlah Rintihan Si Berongga
Assalamua’laikum.
Sudah puas Si Berongga mengadu. Adakalanya Si Berongga mogok menolak sebarang kerja. Kadang-kadang Si Berongga tendang semula kerja yang diberi tuannya. Apa salah Si Berongga diperlaku sedemikian rupa. Apakah tuannya tidak berhati perut? Mustahil. Tuannya cukup sempurna sifatnya. Cuma 5 tahun kebelakangan ini saja, kurang sikit kacaknya akibat selalu tewas di medan perjuangan. Adakalanya, Si Berongga ditampar bertubi-tubi di depan cermin oleh tuannya. Oh! Kesian Si Berongga….
Kini Si Berongga semakin tertekan. Di awal permulaan puasa, Si Berongga punya satu impian. Impiannya cukup murni. Ingin dia berehat sementara bukan kerana mahu ponteng kerja, tapi demi kelangsungan hidup tuannya. Si Berongga selama ni, jarang sekali menolak kerja. Jauh nak berdemonstrasi menuntut haknya. Kadang-kadang ada juga Si Berongga cuti, tapi itupun salah tuannya juga. Tak pandai menjaga dirinya. Si Berongga perlu berehat demi tuannya.
Puasa semakin ke hujungnya, namun Si Berongga semakin gerun dengan keganasan tuannya. Pantang dipandang segala yang licin malah yang berbonggol-bonggol rupanya. Apatah lagi yang wangi harum baunya bermacam warna. Pasti tanpa segan silu direntap dibaham tanpa belas kasihan oleh tuannya. Ada juga Si Berongga merintih cuba menolak, tapi apakan daya, Si Berongga jenis yang setia.Terima seadanya.
Impian murni Si Berongga untuk menikmati rehat sebentar di bulan puasa semakin nipis bak jerebu ditelan hujan. Si Berongga bimbang jika impiannya bakal berkubur tanpa batu nisan sementalah bulan puasa semakin sampai ke penamatnya. Maksudnya, kebarangkalian tuannya untuk lebih mengganas menyentap dan membaham segala yang licin, wangi lagi harum dan berwarna warni semakin tinggi. Si Berongga risau tentang tuannya. Mampukah tuannya bertahan?
Tiba-tiba Si Berongga rasa kesepian. Oh! Tuan aku tertidur rupanya. Patutlah senyap saja. Tidur??? Ini memang sudah lebih. Tuan aku belum lagi tunaikan hakNYA! Siaplah kamu wahai pemlik Si Berongga! Si Berongga mungkin akan mengamuk bila-bila masa….
@hafizmd – Dengarlah rintihan Si Berongga masing-masing =)
ingatkan apa lah si berongga tadi , perut rupanya…hehe
hohoho..jom jaga perut masing2
Hhahahah, macam-macam la Hafiz ni, ingatkan apa la berongga tu kihkihhh. rehat sekejap sebab berpuasa lepas tu, habislah habislah hihihi, masuk 3-4 round tanpa henti kan kan.
keh3..saje kasi lain sikit..
dah masuk 304 round tu mmg seksalah perut kita
berongga tu menda??
perut daa..
perutkan kantung yg berongga =)
mana gua tahu. kamus dewan bahasa gua dah hilang maa..
@titan, hahaha…gua dah agak dah
Berongga..perut rupanya..ingatkan apa ntah..ke masih salah faham
Betul tu. Perut. Perut kita ni macam kantung yg berongga. Itulah Si Berongga
Sebulan berehat pada waktu siang kerana pecut antara punca penyakit.
Perut punca penyakit. Betul tu bro
sebulan berongga berehat demi untuk kesihatan tuannya….
Betul tu tuan. Kena rehat utk kesihatan. Byk penyakit datang dari perut
Alhamdulillah si berongga kekenyangan.. tapi terawih tetap pergi hikhik 🙂
tu yg baguih… =)
masa inilah dia nak berehat, time raya nanti bermulalah tugasan beratnya hihi
raya nanti terseksalah si berongga ni
aku ingatkan sedara kerengga. hahaha
hahahaha…bukan2…
jauh tu menyimpangnya…hahaha
ingatkan anak langau. perut pun kena jaga jgk nih,
hehe…bukan2
perut nak guna lama..kena jaga
Si berongga yang meragam…hhehehe
sipalah kita…ke tandas jer nanti
ini bulan, Sop bg si berongga cuti pada siang hari.. hehehe
cantiklah bang sop…malam pun kasi rehat sikit lagi…hehe
satu jangka masa rehat yg agak lama
bro mintak tukar nama website atas yg baur saya komen ni hee..tu bukan nama website saya yang betul nghee…
jangan ada yang ponteng kata saya skit perut yer
err… buah pinggang?
Jantung?
errkkkk tidakkkk!
huhuhu
ngeri seh!
Moga semuanya sihat sejahtera =)
saya merasa sehat di Bulan Ramadhan ini mungkin akan terus melanjutkan puasa senin kamis diluar Ramadhan nanti
ameen…puasa sunat yg digalakkan tu..saya juga berniat begitu..moga diperkuatkan niat…ameen
laa..perut ke
iye…perut masing2
Lepas berbuka si berongga bernafsu kembali
nayalah dia
saya suka gaya bahasa begini..sekali sekala lari dari kebiasaan
terima kasih bro
saya suka entri ini..ada kelainan menggunakan perkataan klise..
terima kasih bro..akan cuba diperbanyakkan entri sebegini
bulan puasa jela si berongga dapat berehat..raya kena kerja kuat..hehe
raya jgn buli lelebih..kang memerut jer nanti..ehehe
Kantung perut yg ada rongga rupanya. Ingat apalah tadi, mati2 ingatkan istilah baharu…. lain kali memang kena baca betul2… huhu
hohoho..mmg sengaja direka begitu ceritanya =)
Hahaha..terbaik lah artikel ni bro..memang kesin lah si berongga tu kalau bulan puasa melahap mcm bulan tak puasa..hahaha..
tu yg kesian tu..kesian perut kita
Laa, ingatkan apa benda tadi…boleh jadi penulis novel Hafiz ni.
Berjaya bikin suspen.
hohoho…saje kasi lain sikit
ada jugak niat tu, tp tgh belajar slow2 ni
good writing.. kadang sangat selesa membaca entry luar dari biasa
terima kasih uncle zuan…
akan cuba bykkan entri2 camni =)