Jangan Buat 3 Benda Ni Kalau Nak Kuruskan Badan!

cara nak kuruskan badan dengan selamat cepat

Assalamua’laikum.

Nak kurus bukan senang, nak tambah berat badan…itu sonang! Susah hati sikit, kita hilangkan tension dengan makan banyak-banyak. Ada kerja bertimbun, kita hilangkan tekanan sekali lagi dengan pelahap makanan. Siap ada bekal jajan lagi atas meja. Sedar tak sedar, perut sendiri jugak yang disalahkan. Serius, nak kuruskan badan ni bukan senang kalau kita takde semangat yang padu lagi jitu. Lagi kureng, bila kita dalam tak sedar terbuat benda-benda yang boleh menghalang kita untuk kurus!

Jangan Buat 3 Perkara Ni Kalau Nak Kurus

Serius cakap, kalau aku, kamu, kamu dan kamu nak kuruskan badan berapa kilo sekalipun, jangan buat 3 benda ni. Kalau buat jugak, memang payah nak tengok jarum penimbang tu turun. Silap haribulan, jarum tu makin naik. Oh! Mesti tertekan,kan? Jom baca, fikir dan hadam sama-sama 3 perkara yang nak elak kalau nak kuruskan badan!

1. Jangan buat alasan “aku takde masa”

Nak buat alasan memang mudah. Kalau tekad tak kuat lagi jitu, memang macam-macam alasan aku, kamu, kamu dan kamu buat. Takde masa, takde kasut, takde tempat nak bersenam dan berjuta lagi alasan tak terkalah. Ada kajian sebut, 41% wanita kata takde masa untuk makan secara seimbang & 71% buat alasan takde masa untuk bersenam! Kalau dah sendiri cari alasan, macam mana nak kurus cik kiah dan encik abam sekalian?

2. Jangan rasa rendah diri sangat dan terasing

Biasalah. Kita yang terlebih berat badan ni, adakalanya sensitif bab-bab berat badan dan penampilan. Ada yang jarang keluar rumah, sebab takut orang pandang-pandang. Ada yang malu nak bersenam, takut orang mengata. Persetankan pandangan orang lain. Kesihatan kita, tanggungjawab kita. Kita yang nak sihat, bukan orang lain. Lantaklah orang nak cakap apa. Tak luak sikit pun lemak kita kalau orang tu mengata 24 jam, kan? Carilah ruang dan bantuan sokongan daripada ahli keluarga untuk kurangkan berat badan. InsyaAllah mereka pasti sudi tolong kita untuk kuruskan badan.

DOWNLOAD TEKNIK BAKAR LEMAK PANTAS! <Nak Kurus? Klik Sini>

3. Jangan beri ganjaran kepada diri sendiri dengan “makanan”

cara nak kuruskan badan dengan selamat cepat
Jajan memang sedapkan? Kredit Getty Images

Maksudnya, bila kita dah hilang tenaga bersenam 2-3 jam dan rasa penat, automatik kita rasa lapar dan dahaga yang amat. Berhati-hati wahai tuan puan sekalian. Jangan ajar diri untuk diberi “penghargaan” dengan makan banyak selepas penat bersenam. Minumlah air kosong yang zero kalori. Kalau nak juga beri ganjaran, belilah seluar/baju yang lebih kecil saiznya sebagai sumber motivasi. Berhati-hati dalam memilih makanan. Mungkin sekali sebulan “menipu diet” boleh diterima….hohoho

Semua ni payah kalau niat dan tak kuat tahan godaan nafsu makan kita. Ingat, nak kuruskan badan bukan senang, tapi langsung tak mustahil. Ramai yang dah berjaya kuruskan badan berkilo-kilo dengan teknik dan cara yang betul. Bukan main hentam jer, memang tak menjadi punya!

@hafizmd – Ingat 3 benda ni, jangan buat alasan, jangan asingkan diri dan jangan terlampau beri ganjaran pada diri. Selamat berjaya!