Mana lagi best, waktu belajar atau waktu bekerja

Semalam, waktu merayau-rayau dengan awek ke blog kawan-kawan atau istilah blogger sekarang ‘blogwalking’, saya begitu tertarik dengan satu kenyataan peribadi sahabat saya di blog ini. Begini katanya;

“Sesungguhnya , situasi bekerja dengan studi, sangat-sangatla tak sama”

zaman sekolah yang menyeronokkan

seronoknya ke sekolah..lalalala

Sedar atau tidak, semua dari kita berpeluang merasai alam persekolahan. Sudah tentu segala macam pengalaman indah, suka dan duka terpahat kukuh di dalam kotak memori kita (nak kene refresh sekali sekala..kalau tak boleh hilang..adeh..). Namun mungkin ada juga antara kita yang langsung tiada memori alam persekolahan. Samada kurang bernasib baik kerana tidak berpeluang atau banyak kenangan pahit yang mahu dilupakan.

Mungkin ada yang lebih bahagia dan gembira pada masa dia bekerja berbanding zaman sekolahnya dulu. Bagi saya


semua memori ini sebenarnya suatu pengalaman terindah yang tak mungkin kita akan alami lagi. Yang ada adalah waktu sekarang. Ya betul, mesti ada yang berkata “buat ape nak ingat perkara yang lepas, yang lepas biar jer berlalu”. Namun kita harus mengerti dan faham, bahawasanya perkara yang lalu itulah yang banyak membentuk diri, karakter dan siapa kita sekarang. Anda setuju? Kita ambil contoh mudah, mana mungkin kita pandai menaip sebegini rupa laju (kalau lajula..hehehe), kalau kita tak pernah mengenal abcd…semua ini kita kenal waktu kita di tadika mungkin. Betul kan?

Zaman belajar tak dinafikan memang sungguh menyeronokkan dengan aktiviti seperti (walaupun serabut perut juga);

  • ‘exam’
  • ‘assignment’ yang tak siap-siap
  • kelas yang memanjang dari pagi sampai petang
  • kelas tutorial yang kadang-kadang pada waktu malam mahupun hari minggu
  • kena mengadap ‘lecturer’ sebab lambat hantar tugasan atau ponteng kelas
  • kena join aktiviti kolej lagi, kalau tidak..semester depan kene duduk luar kolej (mana ada duit..)
  • main bowling bila habis ‘exam’
  • layan movie kat panggung, kalau tak cukup, sambung lagi kat bilik sampai pagi..adehh
  • layan komik, kalau tak cukup, ‘kelepet’ bilik member sebelah
  • petang-petang lepak kat tepi padang..(buat ape?)
  • dan bermacam-macam lagi..

Sekarang, bagi sesiapa yang dah di alam ghaib pekerjaan, rasanya agak sukar untuk menikmati semua itu. Memanglah boleh diatur kalau mahu tapi kita senak perut juga bila teringatkan;

  • banyaknya kerjakerja kat pejabat@kilang yang tak pernah jemu menyemakkan meja kita
  • perangai rakan-rakan sekerja yang cukup menjelikkan memeningkan kepala
  • politik pejabat yang menyesakkan nafas
  • keadaan jalanraya yang sesak bila pergi balik kerja
  • dan …..

Dua situasi yang kita telah lalui, sedang dilalui dan mungkin akan melaluinya. Apa pendapat dan pandangan anda? Jom kongsikan bersama-sama.

® hafizmd – waktu bekerja pun kita sedang belajar, tapi situasinya dan suasana yang berbeza..mana lagi best?