Keputusan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013
Assalamua’laikum.
Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013. Pemenang pastinya dipilih berdasarkan prestasi tahunan. Bukannya sekadar dalam aksi akhir atau sesuatu kejohanan. Nama besar seperti Piya, Mat Yo, Farhan, Amri, Shahril Ishak disebut-disebut untuk menjadi pemenang. Jomlah kita tengok siapa pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013.
Keputusan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013
- Pemain Paling Bernilai 2013: Badhri Radzi (Kelantan)
- Pemain Penyerang Terbaik: Norfarhan Muhammad
- Pemain Pertahanan Terbaik: Baihakki Khaizan
- Pemain Tengah Terbaik: Badhri Radzi
- Penjaga Gol Terbaik: Khairul Fahmi Che Mat
- Pemain Import Terbaik: Marlon Alex James
- Pemain Harapan Terbaik: Junior Eldstal
- Anugerah Jurulatih Terbaik: Dollah Salleh
- Persatuan Bolasepak Terbaik – PBSNT (Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu)
- Kelab Bolasepak Terbaik: KL Sime Darby
- Kelab Penyokong Terbaik: Kelantan
- Anugerah FAIRPLAY: PDRM
Ini antara keputusan Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2013. Tahniah kepada yang telah dipilih untuk menang.
Nyata Badhri Radzi pemain terbaik Malaysia 2013. Sayang beribu kali sayang, khidmatnya tidak digunakan dalam misi menyelamat Harimau Malaya.
Apakah “jauhari sudah tidak kenal manikam?” atau “yang mana intan yang mana kaca?”
Musim Liga Malaysia 2014 pastinya lebih menarik, gempak, panas dan menghiburkan dengan aksi pemain tempatan dan import yang power-power!
@hafizmd – Amacam? Ok tak dengan keputusan Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2013?
aiseh..amry tak menang la plakk..
wak amri ttp lejen
terlepas nak layan anugerab ni…ada keja.. Piya the best skang ni.. hope OKS akan pggl Piya masa lwn Yamen nanti..
Hrapnyalah. Paling tak, dapt jugak kita tgk kelibat piya dalam skuad harimau malaya
wah piya memang semakin naik sekarang.. hope teruskan usaha dan jangan lupakan daratan yer =)
kira mcm menang kasut emas lah ni tapi peringkat tempatan punya !
Entah!
Tak faham sangat la isu dunia bola sepak ni.
Yang penting Asyrof nak tahu siapa menang?
Itu saja.
Hahah ..
hahha…takpe…
tak minat takleh nak pakse
bukan semua minat macam kite
janji semua hepi belake
Piya memang patut pun dapat anugerah. Cuma yang terkilannya, macam mana midfield terbaik Malaysia boleh tak tersenarai dalam kesebelasan utama Malaysia untuk kempen Piala Asia.
Itu paling heran bin ajaib…pelik betullah
Taniah buat pemenang. Penyuntik semangat dan boleh naik ‘tag price’. 🙂
hehe..diorang dah lama ditag..hehe
tahniah semua
tak sabar tunggu aksi piya bersama harimau malaya
yeah! harap sangat, barisan baru utk HM adalah yg tgh perform…buang2lah mana player yg tak perform tu
tahniah buat yang semua yang terima anugerah.
tahniah pada pemenang
hope lepas ni piya diberi peluang main dalam harimau malaya.
pilih pemain berdasrkan prestasi semasa bukan berdasarkan prestasi lepas
harapnyalah…kita tak tahu lagi apa yg coach baru nk
knapa tak dickson nwakaeme yg jadi pemain import terbaek . .
sebab marlon lagi konsisten agaknya
sepatutnya piya harus diturunkan dalam skuad kebangsaan dari dulu lagi . .
itulah…tpi tak kesampaian…huhu
terbaik… harap piya dapat main untuk kebangsaan..
harapnyalah…tinggal game vs yaman jer nanti
tahniah kepada para pemenang… Apek memang penjaga gol da best!
Apek masih yg terbaik
Tahniah Piya..beliau memang layak..
Dia mmg layak, tapi sayang tak dipanggil masa era coach raja
Sedikit sebanyak akan menaikkan lagi semangat mereka semua..hehe
harapnya camtulah…bukan senang nak ditabal jadi pemain terbaik
Tahniah piya atas kejayaan anda.
Semoga mutu bola sepak negara akan terus meningkat =)
tahniah pada piya..beliau layak menerimanya..
Tahniah pada pemenang-pemenang. Errr.. takde pemain JDT lo..
errr…no komen… =)
Hmm.. si Junior tu main satu tournament terus dapat anugerah? Hmmm… Hmm….