10 Carian Terhangat Bulan Mac Doa untuk MH370!
10 carian terhangat Google Malaysia sepanjang bulan Mac. Pastinya kehilangan MH370 menjadi perhatian kita semua. Google Zeitgeist.
Kehilangan MH370 antara carian terhangat bulan Mac!
1. Astro Awani. Laman berita paling pantas yang melaporkan sebarang berita terkini tentang kehilangan pesawat MH370. Boleh ikuti juga di twitter @501Awani atau di laman Astro Awani.
2. MH370 latest news/MH370 Australia/Malaysia Airlines Missing. Ini antara 3 katakunci paling paling banyak dicari oleh pengguna enjin carian Google. Kehilangan MH370 sejak 8 Mac menjadikan media sosial antara laman paling panas sepanjang Mac. Cuma yang sedihnya, ada juga manusia yang tak guna akal sebaliknya hanya guna jari untuk sebarkan kontroversi dan saling maki hamun menyalahkan pihak tertentu. Apa maknanya?
3. Hanez Suraya. Kontroversi panas. Aku takde nak cerita panjang tentang isu artis. Paling utama, sama-sama kita sentiasa berdoa semoga Allah kurniakan kebahagiaan dalam rumahtangga yang kita bina. Ameen.
4. Bermuda Triangle/Pulau Perak/Segitiga Bermuda/Hijack. Sah inilah antara katakunci teori kehilangan MH370 termasuklah teori konspirasi yang bertebaran di banyak blog dan media sosial lain. Blogger pun tak terlepas terima tempiasnya!
5. Kajang election. Politik mana boleh ditinggalkan! Pilihanraya kecil Kajang menyaksikan Datin Dr. Wan Azizah yang menggantikan suaminya, DSAI menang dan kekalkan kerusi DUN Kajang
6. Raja Bomoh. Paling mencuri perhatian dengan teknik tersendiri mencari MH370 dengan bubu, tikar terbang dan buah kelapa serta tamparan buaya Raja Bomoh.
PU Ustaz Shahul Hamid dalam khutbah Jumaat tengahari tadi jelas menyatakan bahawa tiada upacara sebegitu pernah diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW. Jelas bertentangan dengan ajaran Islam.
7. Lautan Hindi. Di sinilah perjalanan MH370 dikatakan berakhir. “Berakhir” yang subjektif. Mungkin juga pelayar enjin carian bakal ‘terkejut’ dengan ‘rahsia Diego Garcia!’
Terkini kehilangan MH370, kapal kapal peronda China, Haixun mengesan isyarat getaran dengan frekuensi 37.5 kHz di kawasan carian pesawat penerbangan MH370 di selatan Lautan Hindi, lapor agensi berita Xinhua.
8. FlightRadar24. Syarikat dari Sweden turut turun padang menawarkan khidmat mengesan waktu sebenar waktu penerbangan melalui laman web dan aplikasi mereka.
9. Indeks pencemaran udara/API Malaysia. Awal tahun 2013, terutama sekitar bulan Februari hinggalah sekarang, Malaysia yang kita cintai masih lagi dilanda jerebu. Alhamdulillah, disebalik catuan air Allah masih sayangkan kita dengan rahmat hujan seminggu dua ni. Ngaji tentang jerebu di sini, “Punca & kesan jerebu kepada kesihatan kita”
10. All England 2014. Takde manusia lain selain Datuk Lee Chong Wei yang berjaya rangkul kejuaraan ni buat kali ke-3. Tahniah DLCW! Memang lejen!
Inilah 10 carian tertinggi sepanjang bulan Mac 2014. Ramai blogger yang menulis hampir separuh darinya. Tak salah, janji kita tahu apa yang kita tulis tu biarlah ada kredibiliti. Kalau tak, ada yang cakap bukan-bukan tentang blogger. Sorang blogger buat hal, habis semua blogger dipalit arang yang sama!
“Jawatan baru blogger: penulis teori konspirasi (selepas copy paste). Mereka terlalu yakin pada jari mereka hingga mempercayainya” (Tweet oleh @Hazrey)
@hafizmd – Nampaknya, aku pun perlu lebih kreatif dalam menjadi blogger dan dalam masa yang sama, lebih bijak menulis secara santai tetapi berkait dengan isu terkini yang bermanfaat!
Misteri kehilangan MH370 ini belum berjaya dirungkai.
InsyaAllah akan Allah tunjukkan jalannya..ameen
rajin abg hafiz.bagus betul 🙂
Kebetulan jumpa data ni..kongsikan utk panduan bersama =) thanks FA
macam-macam eh diorang cari..
Itulah. macam2 juga blogger tulis…hoho
Dari sepuluh blog DH cover 3 tajuk je. Kalau rajin buat study macam ni memang mudah dapat trafik organik.
Itu yg saya nak kena byk belajar dan selongkar entri tuan DH. =)
tak dapat nak pastikan dimana sebenarnya kapal mh 370??? misteri nusantara betul
mmg misteri dan cukup memeningkan usaha SAR namun Allah pasti akan tunjukkan jalannya nanti..ameen
Bagus buat macam ni..kalau rajin buat kajian, boleh jadikan faktor trafik blog meningkat..
kalau rajin..mmg boleh buat apa jer..hehe
Topik semasa biarlah dikupas dengan berhati-hati agar penulisan tersebut tidak menjadi kontroversi.
Betul tu bro. sebab tu ambe tak berani sangat nak tulis isu ni..
Mak ooi.. tak de satu pun yg kawe tulis. Jelas kawe tak ikut apa yg trending. Tulis main ikut syok sendiri jer 😀
Ambe pun takde tulis juge..baru semalam tulis 1 entri berkaitan =)
mana ada syok sendiri bang..best apa?
Mmg carian yg terhangat masa kini… satu pun saya tak de tulis.. 😀 😀
saye pun tak tulis sebelum ni..tak berani dan tak reti nak olah cerita2 camni..takut ada yg salah dant terguris..
Astro Awani semakin power sekarang ni. Bukan sahaja di TV tapi di alam maya.
Leading dalam berita terkini..
GOogle Zeitgeist tu nak check mana eh?
Aku pun tak dpt cari mana nak check..
yg ni..data yg mmg baru google keluarkan..jadi aku rasa mmg awal setiap bulan, baru boleh tgk GZ..
kalau yg ‘selalu on’ ialah google trends =)
banyak cerita pasal MH370 je kan kalau yang top2 tu.
Satu berita yg cukup besar tahun ni. Pengajaran terbesar juga buat kita semua
Selagi tragedi MH370 ni belum ada jawapan yang pasti, selagi tu lah orang duk cari dan nak tahu kisah kisah terkini…syabas beteh..haha
Itulah. moga dirungkai kehilangan mh370 ni…ameen
Semua nak tau apa sebab yang terjadi dengan mh370 tu.
MJ pun dari kes ni baru kenal Diego Garcia tu 🙂
Samalah. baru tau rupanya US ada pangkalan dekat2 jer ngn asia ni..patutlah senang diorang “tolong” iraq hari tu
memang bila di lautan hindi tu, terus timbul cerita deigo garcia
Confirm. Sebab di situ ada diego garcia
Dah dekat sebulan cari MH370 ni tak jumpa-jumpa lagi. Boleh dikatakan, misi pencarian MH ni boleh jadi yang paling mahal dalam sejarah penerbangan dunia.
paling mahal, paling misteri..moga terungrai jua…ameen
rrajin buat kajian dan huraian 🙂
menarik~
Tragedi di Malaysia lepas satu satu. Cara terbaik adalah sentiasa dekatkan diri kepada Allah SWT.
wow, semua top carian tuh, kalau kena gaya memang trafik menggunung lah
Betul tu bro..nak kena lebih kreatif lepas ni
masih sedih ada buat entri pasal mh370 tapi tak ada main seo gila heee..hanya untuk luahan entri sahaja nak tulis apa dah jadi tak pandai uh…
harap ke temu hendaknya
Smpai sekarang masih lg tunggu berita terkini mh370.