3 Sebab Kenapa Jangan Download Themes Percuma!

 Assalamua’laikum.

Jangan Download Themes Percuma! Dalam komputer lama ambe, rasanya ada 100 wordpress themes percuma yang ambe download dari Google. Ambe download themes percuma ni daripada pelbagai laman termasuk forum. Itu cerita masa mula-mula kenal wordpress. Gelojoh sangat nak guna themes yang elegant, ringkas dan sodap mata memandang. Ambe suka cuba sendiri. Kadang-kadang sampai serabut blog dan adakalanya sampai rosak jadinya. Mungkin korang juga tergolong dalam spesis blogger yang suka “menyerabutkan dan menggodek” themes masing-masing. Kenapa jangan download wordpress themes percuma? Ada sebabnya…

Jangan download wordpress themes percuma kerana;

1. Ada kod tersembunyi dalam themes.

  • Themes percuma tadi mungkin ada ‘malicious or unwanted code’.
  • Bagaimana nak periksa kod tersembunyi? Boleh install plugin Theme Authenticity Checker (TAC). Klik SINI.
  • Apa jenis kod yang disembunyikan? Pada pandangan biasa ia mungkin hanyalah kod hak milik (copyright) tapi banyak kod lain yang boleh diembunyikan disebalik kod copyright tadi seperti link promosi blog lain yang korang tak suka!
  • Kod lain? Mungkin ada diselit kod untuk hack blog kita. Awas!
  • Kalau nak cuba decode, boleh cuba tools ini; ottodestruct

2. Ada backlink ke blog lain.

  • Biasanya kalau themes percuma, ada 2 atau lebih link blog di bahagian footer. Cuba periksa sendiri.
  • Baguslah ada backlink ke blog lainkan? Masalahnya ialah blog yang di’link’kan tak ada kena mengena langsung dengan niche blog kita. Mungkin boleh ‘merosakkan’ reputasi blog kita nanti.
  • Lagipun, senang-senang jer kita letak link blog mereka sedangkan ada rakan blogger kita yang boleh buat duit dengan sewakan ruang link tersebut. Kalau korang tak kisah, itu hak anda!
  • Lagi best bila korang cuba buang atau adjust link kat footer.php. Biasanya ada ayat ni, Please do not edit following code, it may cause your site to stop working.”
  • Ambe pernah buang link-link tersebut, sekelip mata blog ambe terus tak dapat diakses! Ada jugak kes bila buang, takde apa-apa yang berlaku!
  • Tak ke sakit mata tengok link-link tersebut? Sekali lagi, kalau korang tak kisah, itu hak anda.

3. Themes sudah outdated!

  • Ada themes yang dah tak sesuai dengan versi WordPress terkini. Nanti bila kita dah install themes, ada yang serba tak kena.
  • Macam mana nak periksa? Gunakan plugin Theme-Check. Klik SINI.

Nak cari themes percuma, jangan terlampau percaya pada blog yang ada perkataaan ‘wordpress’ dalam URL laman mereka kerana ‘wordpress’ sudahpun menjadi trademark www.wordpress.org. Ini kenyataan wordpress.org sendiri;

“If they’re not WordPress.com, WordPress.net, WordPress.org, WordPress.tv, or WordPressFoundation.org, they’re not allowed, and you should contact the owner with a pointer to this page. We see this most frequently with spammy sites distributing plugins and themes with malware in them, which you probably don’t want to be associated with.”

Berhati-hatilah semasa menukar themes blog anda. Kalau ada duit lebih, boleh tempah dengan Bro Eizil. Takpun boleh jenguk entri lama ambe di sini –> 10 Responsive Themes Percuma

@hafizmd – 3 Sebab Kenapa Jangan Download Themes Percuma! Ada yang kata, sayang tak perlu bersebab…..yeaahhhhh!

56 comments

  1. tengah berkira-kira nak tukar theme juga ni…rasa theme skrg ni dah lama sgt
    tapi suka layout…tak pasti mana yg perlu ditukar

    betullah tu, guna theme percuma ada kemungkinan kita akan menerima malware tanpa disedari

  2. Penjelasan yang sangat bermanfaat terutama bagi saya. Mungkinkah yang terjadi sekarang ini pada blog saya dikarenakan themes?
    Inginnya sih tak menggunakan theme percuma, tapi mau beli theme berbayar pun tak punya duit.
    Terima kasih bro atas informasinya

  3. Blog aku pakai theme percuma. Tapi bukan “PERCUMA” yang lanun tu. Biasanya yang bahaya adalah theme “PERCUMA” yang tu. Kalau memang betul2 percuma rasanya takde masalah dan takde code2 tersembunyi diletak dalam fail2 dia..

  4. dulu selalu gak tukar2 themes, sekarang nih dah malas…den lebih themes yang simple tapi yet masih sedap masa memandang…:)

  5. sukalah org tu dpt sedut2 skli eh share mmg menjimatkan kan sis f hee..

    pstt..
    jom joint contest suri hee… hrp2 sudilah yer.tq

  6. selepas banyak kali pakai theme percuma akhirnya aku jumpa thesis (beli dengan seorang blogger) dan terus berpuas hati.
    senang diselenggara dan mesra SEO

  7. biasanya kalau sy download theme dari mana2, mesti sy godek abis setiap baris kod tu..tak termasuk try & error lagi tu sebelum diguna pakai..mmg kdg2 tu terdapat link yg ‘pelik2’ dalam kod tu, so kena la tengok elok2 sebelum digunakan..

  8. Masa baru buat blog dulu memang excited jumpa theme baru, lagi-lagi yang percuma.

    Sekarang ini bukan setakat update theme, update blog pun dah liat -_-

  9. dulu biasa juga saya tukar2 theme ni. tapi lebih selesa dgn theme yg skrg ini. sbb ringan juga serta mesra utk pengguna smartphone n tablet.

  10. Perkongsian yang menarik saudara Hafiz. 😉

    Masa mula-mula guna wordpress, seronok sangat nak guna yang kemas, cantik susun atur bagai padahal percuma dan paling penting banyak link serabut entah bagai tu.

    Alhamdulillah, syukur ada blogger otai sudi hadiahkan theme thesis yang saya amat minat untuk digunaka.

    Jika tak, tak bertemala blog saya. hehe 😉

    1. Terbaiklah. Dah dapat guna thesis ni mmg byk benda kita boleh buat.

      Mula2 dulupun ambe camtuh jugak, habis download segala themes percuma, tak pernah terfkir pulak pasal security…hehe

      Pe2pun, thanks bro singgah sini =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *