Humor Terapi: Doktor & Pesakit

Assalamua’laikum.

Pagi Jumaat. Moga ramai yang tersenyum gembira hari ni. Maklumlah, penghulu segala hari. Pasti ada jugak antara kita yang tak berapa nak ceria. Nak senyumpun susah. Senyum ‘semewek’  jer, kata orang Terengganu. Apapun situasi kita, jangan sedih-sedih, jangan terlebih risau. Bersyukurlah yang kita masih diberi masa untuk risau. Betul tak? Hari ni, saya kongsikan 1 cerita humor. Kot-kot boleh kasi ceria sama penyokong Portugal dan Germany! hoooo….

humor terapi italy vs germany

Dialog antara seorang doktor (Bufoniah namanya) yang sedang menyampaikan berita kurang baik kepada pesakitnya (Encik Gomeh).

Doktor Bufoniah: Encik Gomeh, saya ada dua berita untuk awak.

En.Gomeh: Ok. Berita baik ke buruk ni Doktor?

Doktor Bufoniah: Maafkan saya. Kedua-duanya berita buruk. Jadi, awak nak saya ceritakan yang mana dulu. Buruk ke paling buruk?

En. Gomeh: Doktor cerita yang buruk dulu (menjawab dengan muka murung).

Doktor Bufoniah: Berita buruknya ialah awak hanya ada lebih kurang 24 jam saja lagi untuk meneruskan kehidupan. Maafkan saya.

En. Gomeh: Biar betul ni Doktor? Betul ke ni?

Doktor Bufoniah: Iya. Betul-sebetulnya.

En. Gomeh: Berita apa yang lebih buruk daripada berita ini, Doktor?

Doktor Bufoniah: Maafkan saya En. Gomeh. Sebenarnya dari semalam lagi saya mencari awak untuk khabarkan berita ini…

E. Gomeh: ?????

@ hafizmd – Bersyukurlah atas nikmat kehidupan ini. Cerita ini hanyalah rekaan semata dan tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal.