Ceritera 10 Blogger Terbaik Malaysia #SBB2013

 Assalamua’laikum.

Ceritera 10 Blogger Terbaik Malaysia #SBB2013. Demam #SBB2013 belum lagi kebah. Sana-sini masih lagi bercerita tentang kemeriahan majlis ni. Mana taknya, dahlah makan percuma, ada yang dapat basikal, emas bar, mini iPad dan macam-macam lagi. Paling best dan tak ternilai bila dapat bertentang mata, jeling-menjeling dan saling mengeratkan silaturrahim dengan blogger-blogger hebat Malaysia, Indonesia, Brunei dan Kemboja. Lebih hebat lagi, antara mereka adalah “10 Blogger Terbaik Malaysia”

10 Blogger Terbaik Malaysia

Memang teruja dan masih teruja macam tak percaya. Ambe antara blogger paling lambat beredar petang tu. Jadi, sempatlah bergambar sekeping dua dengan beberapa blogger terbaik dan hebat. Inilah senarai 10 blogger terbaik Malaysia yang sempat ambe tangkap samada sengaja atau tak sengaja.

  1. Blogger Denaihati. Selepas bertemu muka dan bersembang sepatah dua kata, sememangnya beliau seorang yang amat rendah diri dan cukup baik hati. Senyum sokmo wajah berseri. Antara entri yang cukup memberi semangat untuk ambe tampil ke majlis #SBB2013 ialah entri INI. Antara mutiara kata beliau untuk menjadi blogger terbaik ialah tentang “cara kita berfikir, yakin diri, usaha secara bijak, kreatif, jadi lain daripada yang lain, belajar daripada yang berjaya dan tawakal kepada Allah.” Katanya sambil menepuk bahu ambe, “InshaaAllah akan ada lagi majlis macam ni nanti untuk blogger….” Jadi, pada blogger yang tak datang #SBB2013, jangan risau, ada peluang lain lepas ni untuk bertemu antara 10 blogger terbaik Malaysia ni.
  2. Blogger Kak Jie. Serius memang naluri keibuan Kak Jie amat kuat. Walaupun baru pertama kali jumpa, dah boleh borak-borak panjang. Nasib baik Kak Jie nak ke Kuantan petang tu, kalau tak mau kena tahan lagi dengan kami dan blogger lain kat luar dewan tuh. Mendengar suara Kak Jie yang sweet sangat memang mengujakan. Rugi sape yang terlepas tips penting Kak Jie. Jangan risau, Kak Jie ada sebut beberapa tips kat entri INI dulu. Ni entri wajib baca!
  3. Blogger Sweet KurmaRasanya semua akan setuju kalau ambe kata yang Kak Siti antara blogger yang paling ramah petang tu. Tak penat singgah setiap meja dalam dewan. Memang layak ambe calonkan beliau antara 10 blogger terbaik Malaysia. “Berkongsi Itu Indah” Tagline Kak Siti memang bukan sekadar khayalan. Buktinya, entri beliau penuh dengan motivasi untuk berjaya. Antaranya ialah entri INI. “langkah pertama adalah dengan mendidik minda agar bersedia untuk menerima kegagalan.”
  4. Blogger Ariff ShahSemeja dengan ambe. Memang pemalu orangnya, tapi petang tu kami yang duduk semeja dengan beliau terlopong beberapa kali bila ada saja kiriman salam untuk Bro Ariff Shah sedangkan ramai lagi antara kami yang lebih macho dan hensem…perasan…hahahahaha. Reaksi beliau? Dia gelak jer..hahahahha…Memang sopan santun orangnya. Antara entri beliau yang sampai sekarang ambe jenguk ialah entri INI tentang sitelinks. 
  5. Blogger Abang Ensem. Memang ensem! Lagi ensem berbanding header blog dia yang ala-ala daring tu…hehehe (ok, sila poskan sebuah buku PINK tu kat ambe…hahahha). Memang peramah dan misainya memang ada ‘sesuatu’. Walau baru jumpa kali pertama, dia tak lokek untuk diajak bersembang. Memang mesra habis. Patutlah ramai baby yang asyik cari dia petang tu. Antara entri yang paling menarik ialah entri INI, entri tentang Bro Jejai yang sempat hadir ke #SBB2013. Serius, bergenang air mata baca entri ni.
  6. Blogger Puan Bee. Antara blogger terawal yang ambe nampak. Senang nak cam sebab dia dah tampal wajahnya kat header blognya.  Mula-mula tengok, macam serius jer Puan Bee ni, tapi sebenarnya tidak. Sempat sekejap jer berbual. Sampai terlupa ambe nak tanya tentang Projek Cerpen beliau. Entri INI adalah entri wajib baca kalau kita betul-betul serius nak jadi 10 blogger terbaik Malaysia. Bukan senang nak jadi blogger terbaik tanpa dugaan macam yang Puan Bee lalui ni.
  7. Blogger Bang Nara. Top blogger Malaysia. Mana taknya, UV blognya mencecah 100k – 200k sehari. Dulu-dulupun beliau selalu refresh statistik blog, nak tengok berapa ramai yang datang ke blog. Jadi, pesan beliau…sila kaji kumpulan sasaran pembaca blog kita. Baru senang nak buat entri. Tanpa diragui, beliau memang layak dinobat antara 10 blogger terbaik Malaysia.
  8. Blogger Cikgu Naman. Inilah cikgu yang paling bertuah di #SBB2013 hari tu. Rasanya nilai hadiah yang dibawa pulang oleh beliau hampir mencecah RM5k. Memang rezeki beliau. Sempat sembang sekejap dengan beliau yang hadir dengan isterinya, Blogger Mrs.Fiza. Orangnya memang kacak berbanding avatar yang digunakan (pinjam beskal sat…hehehe). Menjadi blogger memerlukan hala tuju. Jangan malu dengan blog sendiri. Ambe kagum dengan usaha Cikgu Naman menjenamakan blog beliau. Bersungguh menyiapkan name card malam sebelum majlis #SBB2013. Entri INI menceritakan segalanya dalam misi menjadi 10 blogger terbaik Malaysia!
  9. Blogger AkuBiomed. Tinggi dan segak orangnya. Siap galas kamera DLSR beliau ke sana sini. Memang tak rugi beliau upkan satu lagi blog tentang fotografi di blog INI. Entri terkini beliau tentang majlis #SBB2013 yang INI pasti memberi kepuasan kepada blogger kerana dapat menatap deretan gambar dalam kualiti yang amat baik.
  10. Blogger Titan. Blogger bualan ramai di #SBB2013. Tampil menawan dengan seluar track dan berbaju Selangor. Sedikit serius petang tu. Walaupun tampil menawan, rasanya takde awek-awek yang berani ‘tangkap’ beliau. Hanya balak-balak yang berebut bergambar dengan beliau menyebabkan beliau semakin serius seperti yang diwar-warkan di entri INI. Beliau agaknya penat bermaraton, ataupun sebab kena marah dengan Ain Maisarah sebab tak dipelawe ikut ke #SBB2013. Entri yang ambe kenang sampai sekarang ialah entri INI pasal BuyBlogReviews. Sempat jugak ambe merasa USD! Kalau bukan sebab entri beliau, ambe tak berani nak terjah industri affiliate. Memang layak menjadi pilihan 10 blogger terbaik Malaysia walaupun hanya berseluar track!

10 Blogger Terbaik Malaysia – Blogger Terbaik #SBB2013

Layankan saja gambar yang sempat ambe tangkap menggunakan kamera Ben Q =)

Bakal 10 blogger terbaik Malaysia

10 Blogger Terbaik Malaysia

10 blogger terbaik Malaysia - Nadot dan Abg Khai

10 Blogger Terbaik Malaysia

10 Blogger Terbaik Malaysia abg ensem

10 blogger terbaik Malaysia Puan Bee

10 Blogger Terbaik Malaysia Bro Framestone

10 blogger terbaik Malaysia SweetKurma

Himpunan 10 blogger terbaik Malaysia

(Semua ceritera bergambar adalah rekaan semata. Harap maklum.)

Fuh! Habis sudah celoteh ambe pasal Ceritera 10 Blogger Terbaik Malaysia #SBB2013. Memang puas hati dan ada sedikit rasa ralat sebab tak mampu nak buang sehabisnya rasa malu untuk bertegur sapa ramai lagi blogger. Kalau ada yang terasa, harap dimaafkan silap ambe. Moga ketemu lagi di majlis lain. InshaaAllah.

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan” Contest SEO 10 Blogger Terbaik Malaysia dianjurkan oleh Ohcikgu.com. Penaja bersama adalah Fivio.com, Nadot.my, Effortlab Cik Laili, Halim RDF, LadfeAmir, AmiRini, Myadyna, My Adam, Ranggi Lifestyle, Minda Emas Network, CikTOM, Miecyber’s Blog, Hamdan’s Blog, Kain Cotton Murah, booblogs.com, Cheese Maz, Kakimedia.MY, ContengConteng.com dan Blog Hati Putera

@hafizmd – Ceritera 10 Blogger Terbaik Malaysia #SBB2013. Ada lagi beberapa gambar antaranya gambar bersama Kak Jie, Tuan Amir Denaihati.com, gambar Titan yang super kacak dan Bro Karl Shafik yang akan dikongsi oleh isteri ambe, FiezaRadzi.com nanti.