Nak Ramping? Nak Buang Sikit Perut Boroi Tu? Ikut 3 Tips Ini Tanpa Banyak Songeh!
Assalamua’laikum.
Sape yang nak pinggang ramping? Sape yang nak kuruskan badan? Majoriti semuanya tak nak perut gelebeh sana-sini. Perut boroi tanpa kawalan. Tapi, mungkin juga ada suami/isteri yang tak nak pasangannya nampak ramping sangat. Takut katanya. Nanti ada mata-mata buaya juling dibuatnya! Bagi yang ada azam baru tahun 2014 ni untuk kuruskan badan mahupun turunkan berat badan, elok benar baca betul-betul 3 peraturan yang korang wajib ikut. Itupun kalau nak kurangkan berat badan sekilo dua.
Buat 3 Tips Kuruskan Badan ni tanpa banyak songeh!
Kalau takde azam untuk kempiskan sikit perut tu, tak mengapa. Ada orang kata, perut ‘muncit’ sikit tanda bahagia. Betul juga tu…hehehe. Janji kita jaga pemakanan (suci lagi halal) dan rajin-rajinlah bersenam paling kurangpun 2 kali seminggu. Kalau ada azam, moh baca 5 petua mudah nak kuruskan badan tanpa ubat, insyaAllah selamat!
1. Tulis azam korang nak kuruskan badan tu!
Apa jua benda nak buat, paling penting ialah FOKUS. Jadi, kalau dah niat nak kuruskan badan, kenalah tulis azam tu dalam diari korang. Tulislah kat dinding bilik sekalipun. Tulis kat tempat yang korang selalu lepak. Tapi, jangan conteng dalam train pulak! Sesi tulis-menulis ni membantu kita untuk kekal FOKUS dan berSEMANGAT!
- Tulislah berapa kilo lemak yang nak dibakar dalam sehari/seminggu.
- Tulis berapa kilometer nak joging hari ni.
- Tulis kata-kata semangat untuk diri sendiri!
- Tulislah apa saja yang boleh kasi semangat korang sentiasa tinggi.
2. Jangan mengelat untuk bersenam!
Mengelat? Iya. Jadikan bersenam ni macam kita gosok kita. Tiap-tiap hari kita gosok gigi tanpa gagal. Betul tak? Jadi, kita kena didik badan kita biasa dengan senaman. Bila tak bersenam, ibarat ‘pungguk rindukan bulan’ jadinya. Wajib bersenam paling kurang 2-3 kali seminggu. Nak bersenam tiap-tiap hari, mungkin tak logik jugakan? Lagipun, aktiviti naik tangga, turun tangga kat pejabat pun dah kira bakar kalori juga tu. Jadi, biasakan diri untuk lebih banyak bergerak! Bukan mulut yang banyak membebel! hohohoho….
3. Jujur semasa buat aktiviti bersenam.
Iya. Jujur. Kadang-kadang, bila kita bersenam, baru joging 2 minit, kita dah rasa macam joging 30 minit. Kita cuba sedapkan diri sendiri. “Ok dah kot ni. Cukuplah kot 2 minit joging. Bukan turunpun berat badan aku hari ni.” Tak salah untuk buat sikit demi sikit, tapi jangan cuba untuk lemahkan semangat diri sendiri dan ‘mengelat’ semasa bersenam. Buat sungguh-sungguh sampai berpeluh. Sekali kita dah buka ‘lubang peluh’ tu, insyaAllah senang kita nak berpeluh lagi!
Cukuplah 3 cara mudah kuruskan badan . Gunakan 3 perkara ni sebagai asas untuk kita mulakan transformasi dalam hidup kita. Macam biasa, mudah nak tulis tapi liat nak buat. Itu normal manusia. Nak berubah buat benda baik ni memang cabaran dia besar. Banyak halangan dan cubaan. Bukan senang nak tewaskan nafsu makan berlebihan dan bukan senang juga nak turun padang untuk bersenam. Macam-macam yang difikirkan. Betul tak?
Buang semua fikiran negatif tu. Yang nak lebih ramping, yang nak lebih kurus, yang nak lebih sihat lagi kacak bergaya tu korang. Bukan orang lain! Yang tanggung sakit lutut, yang tahan telinga kena perli tu kita. Bukan orang lain. Betul tak?
@hafizmd – Ayuh kita azam jadi lebih sihat dengan berusaha dengan cara yang betul. InsyaAllah, moga-moga kualiti ibadah kita juga semakin meningkat! Ameen.
Saya setuju dengan perkara ke 3 iaitu jujur ketika bersenam. ..
Dulu kalau saya berjoging 10 pusingan dekat stadium, sebahagian besarnya berlari daripada berjalan. ..
Sekarang ini daripada 10 pusingan, adalah dalam 2 pusingan sahaja yang saya berlari, yang lainnya berjalan. .. hehehe. ..
yup bersenam adalah jalan terbaik…
sesuai untuk fyna sekarang nih.hehehe.asyik makan je.
Nak dapat bentuk badan ideal perlu ada keazaman.
Dah tak jogging sekarang ini. Hanya berjalan kaki setiap pagi keliling taman…masih belum gemuk
nak wat senaman tu mmg mudah..tp nak konsisten tu yg agak berat sikit.chii kadang2 buat ikut mood…kalo rajin..mmg 30 minit sehari.tp bila da tiba time malas…mmg sebulan sekali… :p
hahaha…biasalah…nak2 kalau hujan, terus makin malas jadinya..hahhaa
hasil yang bagus suka pada orang yang rajin je
siapa malas tolak tepi
Disiplin dan konsisten. Kalau tidak jadi hangat-hangat tahi ayam sahaja. 🙂
Bila tuliskan azam tu, kena disiplinkan dirilah buat sepertimana yang azam tu nak kan..hehe
ya. kena jujur. jangan mengelat.
nak kururs jangan main tipu eh sila catat heee
yeahhhh…. kalau bersenam tu lebih efektif kalau nak turun berat badan berbanding kawal pemakanan atau diet
syukurla kat opis tempt parking tu jauh, kira senaman juga kan 😉
nak kuruskan badan ni bukannya senang. Sengsara…hahaha
betul jugaklah…hilang sekilo, tambah dua kilo..hahaha
masalahnya hanya rajin tulis matlamat ,tapi tak rajin nak berjoging hehe
tu masalah gak tuh…hehe
Senang je nak kurus,kena rajin buat kerja-kerja rumah dan bersenam
Itu pun betul. Jgn culas
Azam ni setiap masa ada, cuma kekadang tak terbuat..hehee
Azam mmg nak kena kuat…tak terbuat tu, mmg biasa…tak sempat nak buat tiap2 hari..3 kali seminggu pun ok