Bila nikmat sihat diambil seketika
“Abang, jomla pegi klinik, petang esok kita pegi ek..”.Desakan manja si isteri kepada saya bila melihat tangan mulus ni asyik ‘mengurut-urut’ sekitar mata. Saya dengan senang hati membalas ala malu-malu ayam “isk..sikit jer ni, esok pagi okeyla ni”..Mencebik bibirlah isteri saya..sayang betul isteri pada saya, bertuahnya badan.
Dua tiga hari ni, mata kanan saya entah mengapa dan kenapa, tiba-tiba sahaja sedikit bengkak di bahagian bawah kelopak mata ku yang seksi . Semacam ketumbitpun ada. Teringat saya pada kiasan orang tua-tua bila ketumbit menyerang mata “haa..skodeng sape ni?”. Alamak, saya berfikir juga, anak dara siapa yang telah saya ”terskodeng”?
Rasanya tiada sesiapa melainkan hanyalah isteri saya sendiri. Takkanlah kan? Dua hari ni, nak pakai ”spek mata”pun agak menyenakkan sekeliling mata saya. Akibatnya, saya terpaksa simpan saja cermin mata dalam poket. Memburukkan keadaa, cermin mata saya pula, sudah seminggu saya gunakannya yang tidak cukup sifat (skru yang sambungkan bingkai kanta dengan frame nya sudah hilang, saya gantikan dengan dawai sahaja..huhu). Disebabkan saya terlampau rajin untuk ke klinik, saya cuba intai informasi tentang sakit mata dari internet tercinta ni. Manalah tahu, mungkin serius atau hanyalah kerana masuk habuk kecil. Saya kongsikan bersama anda antara jenis sakit mata yang biasa dialami iaitu:
- Sakit mata tanpa kemerahan – Sebabkan kornea (lapisan jernih luar) luka. Pesakit sangat sensitif pada cahaya dan mengeluarkan air mata yang berlebihan (mungkin ibarat selepas ditinggalkan kekasih..). Mungkin disebabkan mata dimasuki habuk, kaca, lebihan rumput atau apa saja bendasing. Menyakitkan dan menggangu penglihatan.
- Mata merah beserta kemerahan – Ini memang serius. Boleh sebabkan buta kekal kalau tidak diubati. Boleh disebabkan oleh Ulser Kornea, Glaukoma Akut dan Uveitis. Harus diingat yang pengguna kanta kanta sentuh pakai buang secara berterusan (extended wear) berisiko tinggi untuk mendapat ulser kornea (adeh, tak jadi nak pakai kanta kaler biru..hehe..).
- Mata merah tanpa sakit – Mata kita merah tapi tak sakit dan tak selesa. Keadaan yang biasa menyebabkan mata merah tanpa merasa sakit ialah konjunktivitis, pendarahan subkonjunktiva, pterygium, konjunktivitis alahan dan episcleritis.
Ini ialah antara jenis sakit mata yang sempat saya senaraikan. Kalau berminat lebih lanjut, boleh ke sini laman kesihatan ini. Baru sehari dua Allah menarik sedikit nikmat pancaindera ini, sudahpun saya rasa betapa kerdilnya saya. Masih mampu melihat walaupun sedikit kabur, masih mampu menikmati keindahan alam walau tidak secerah semalam, masih mampu menunaikan tanggungjawab seorang hamba walau terasa sakit mata tatkala menyembahnya..tapi apalah sangat sedikit cubaan ini berbanding nikmat Allah yang sungguh banyak tak terkira.
® hafizmd – bersyukurlah kita dengan apa yang kita ada..Alhamdulillah
entahhhhhhh apa yg diintai , laman web mama yang dilihat tu…. tu yg mata bagi signal tu..beringat2…hehehe
.-= Kujie´s last blog ..Trauma Kena Ragut =-.
Hahahaha…mungkin sbb pegi blogwalking ke blog member gengblogger.com yg cun kot..hehehe..opss..terlebey sudaa..:D
p/s – tundukkan pandangan mu..insyaAllah terlepas 1 maksiat yg nyata..thanks kak jie
Allah dah bg kita bermacam2 jenis nikmat..haruslah kita bersyukur & menghargaai pemberiannya..
.-= Nadri´s last blog ..Fuhh! Lega Rasanya =-.
Betul tu Nadri. Bnyak sungguh nikmat dari Allah, kita yg selalu lupe dan buat2 lupe hingga lalai utk berterima kasih.
ambik senang ke bro, letak ikat spek dengan dawai? hohoho…
Amik senang takla juge Bro, hari ni insyaAllah baru sempat nak p repair..hohohoho..
dulu time-time sekolah.. kalau nak nampak sakit mata.. kitaorang picit bontot kerengga biar airnya keluar terpercik kemata.. maka merahlah mata.. menjadi alasan ponteng sekolah.. hampeh tul idea tuh.. heh
ye ek?.. xpenah tau pun de kaedah cmni..hihiii..
.-= fiezaradzi´s last blog ..Ada Apa Dengan Facebook? =-.
mata aku slalu je merah..nak2 lps bgn tdo..plik jgk..hahaha
.-= azizan4444´s last blog ..Perempuan Itu Calon Kedua =-.
owh… xbest langsung kalu dpt skit ney… so bersyukur lah mse nga shat ney an3…
nikmat hidup guna
bila ia bertenaga.
.-= Ali ridha´s last blog ..Sebak lihat Kepala putus dua =-.
maknanya…gunakan nikmat sihat sebelum sakit sebaiknya…:D