Bila Masa yang Sesuai untuk Anak Perempuan Belajar Pakai Tudung?
Assalamua’laikum. Bila masa yang sesuai untuk anak perempuan belajar pakai tudung? Bila dan bagaimana nak ajar/didik anak perempuan kita pakai tudung? Kongsikan pengalaman dan pendapat korang yer.
Kecoh juga dalam minggu ni tentang tudung Fareeda. Bukan cerita yang tu nak dikongsikan. Apa yang bakal saya tulis adalah berdasarkan pengalaman cetek saya selama bergelar seorang Abah. Mungkin ada yang salah dan tak sependapat dengan korang, mohon ditegur jika ada salah silapnya yer.
Pemilihan pakaian untuk seorang anak perempuan – pengalaman kami
Kami ada seorang anak perempuan. Sekarang Kakak usianya 6 tahun. Bijak dan petah berbicara. Alhamdulillah. Dalam soal pemakaian anak perempuan (mahupun anak lelaki kami yang kedua pun), kami memang begitu memilih dan teliti.
Sejak Kakak masih bayi lagi, jarang atau boleh kata, memang tak pakai gaun baby girl sejak baby. Skirt jauh sekali. Memang tak pernah. Mungkin ada yang fikir kami “kolot dan kejam,” tapi inilah jalan yang kami dan ramai lagi ibubapa diluar sana telah dan akan pilih untuk mendidik anak-anak. Betul tak?
Bagaimana kami pilih baju untuk anak perempuan?
- Kalau beli baju untuk dipakai diluar rumah, mesti beli baju yang lengan panjang. Wajib.
- Kalau beli seluar (samada untuk dipakai di dalam rumah atau luar rumah), wajib panjang dan labuh melebihi paras buku lali.
- Saiz baju juga biasanya kami beli yang lebih besar 1 saiz. Wajib longgar dan tak ketat.
- Baju untuk Kakak memang takde jenis yang nampak ketiak (contoh: baju tidur atau baju untuk dipakai di rumah sekalipun).
- Baju takde tulisan pelik-pelik.
- Kalau baju bergambar, kami cuba juga usahakan beli baju yang menunjukkan perempuan bertudung.
- Beg juga beg yang ada gambar budak-budak bertudung.
Bila kami ajar Kakak pakai tudung?
Seingat kami, Kakak mula belajar meniru percakapan dan perbuatan orang disekelilingnya sekitar umur 2 tahun setengah. Apa yang kami buat, dia copy paste. Apa yang kami pakai terutamanya Mama punya, itulah yang Kakak nak buat.
Biasanya, bila kami nak terapkan sesuatu dalam diri anak-anak, kami selalu ulang perkara tu banyak kali. Sampailah menjadi, InsyaAllah.
- Contohnya, kalau nak didik anak perempuan minat pakai tudung. “Kakak, kakak nak tengok Mama pakai tudung tak?”
- “Kakak, kakak boleh tolong ambilkan tudung Mama tak?”
- “Kakak nak cuba pakai tudung Mama tak?”
- “Kakak, tudung ni kaler apa yer?”
Ini adalah antara cara kami pupuk minat dan kecenderungan Kakak untuk “kenal” dan “minat” pada tudung. Pakai tudung masa kecil ni, memanglah tak lekat kat kepala. Sekejap pakai, sekejap buang. Senget benget pakainya pun. Tapi yang penting (pada pendapat kami) ialah niat kami untuk didik anak perempuan kami supaya tahu dan akhirnya faham kefardhuan bertudung dalam Islam.
Alhamdulillah, lama kelamaan sehinggalah Kakak berusia 5 tahun, Kakak dah biasa pakai tudung bila keluar rumah. Malah ada sepupunya yang lebih hebat, seawal 2 tahun….tudung dah melekat atas kepala. Tabarakallah!
Bagaimana lagi caranya pupuk dan didik anak perempuan untuk bertudung?
- Paling penting, isteri/ibu kenalah turut bertudung. Takkan nak jadi ketam ajar anaknya jalan lurus? Sedangkan mak ketam sendiri jalan senget? Bapak ketam jalan pun senget benget?
- Hantar anak ke tadika/taska yang menitik beratkan subjek Pendidikan Islam. InsyaAllah, suasananya sangat-sangat membantu untuk anak minat bertudung.
- Ibubapa sentiasa bersedia dengan soalan anak-anak. Contohnya, “Abah Mama, kenapa kakak tu tak pakai tudung pun?”
- Boleh ceritakan secara ringkas dan logik kenapa perempuan wajib pakai tudung.
- Kawal cerita yang anak-anak tonton di televisyen. Paling penting untuk selalu guide anak-anak tentang siaran yang mereka tonton.
Ini antara serba sedikit perkongsian ringkas berdasarkan pengalaman cetek kami dalam membesarkan anak-anak kami. Perjalanan masih jauh untuk kami mendidik mereka menjadi manusia yang soleh solehah.
Dalam masa yang sama, kami kenalah perbaiki diri dan berusaha untuk jadi model terbaik yang mereka boleh tengok setiap hari. Bak kata bidala, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya.’ Wanau’zubillah bila baca entri tentang ‘Emak, orang kat Taiping ni beli buku….”
Kami tak kata cara kami betul dan tepat. Kami tak kata kami ibubapa mithali. Kami sungguh banyak kekurangan diri. Sungguh banyak! Cumanya, kami berusaha untuk memberi yang terbaik berdasarkan apa yang Allah sukai. Hanya satu doa kami dan pastinya doa-doa ibubapa lain juga iaitu ingin memberi yang terbaik untuk anak-anak.
@hafizmd – Abah dan Mama sentiasa doakan semoga Kakak dan Adik membesar menjadi anak soleh solehah. Ameen ameen ameen. Permudahkanlah amanahMU ini Ya Allah.
tahniah bro, melentur dari rebung, nanti tanpa suruh pun anak terus faham, secara automatik dan konsisten pakai.
Anak den pakai tudung dari tadika lagi… sbb masukkan dia tadika Islam. Alhamdulillah kalau kita didik dari kecil, dia org dah biasa pakai tudung taklah perlu dipaksa2 bila diaorg dah besar ntt.
Dari kecil dah dibiasakan , dah besar nanti takda masalah nak bertudung
Tabarakallah!
Walhamdulillah.
Maza juga ada anak gadis baru berusia 9 bulan. Maza turut cerewet dalam pemilihan pakaian anak dara itu. Apatah lagi mempelajari seruan Allah & nabi agar menjaga kaum wanita kita.
Pernah juga maza bermasam muka dengan isteri gara2 memakaikan anak gadis kami legging.
Sekarang ini kami dalam proses mendidik anak dara kami mahu memakai skaff semoga dapat memudahkannya menutup aurat di kemudian hari.
Alhamdulillah. Sama2 kita teruskan tanggungjawab kita terutama sbgai ketua keluarga utk mempelajaari dan membentuk diri dan keluarga juga.
Legging. Comey dipakai tapi “takut” anak sejak kecik diajar pakai, sampai ke besar anak “selesa” berpakaian sebegitu.
So, tahniah bang maza dan isteri. Moga terus konsisten. Tabarakallah! Ameen
Anyway….this is kinda good article.
Congratulations
Dari usia muda sudah dibentuk jadi tidak menjadi masalah untuk apabila meningkat dewasa.
ya niat dan cara kena betul baru semua nampak tersusun
aku ade adik.. nak kata sume yang bro buat tu tak jugak aku buat cuma aku tegas je… nak kuar, bertudung… kalo tak, wifi off dan tidur awal.. ngeh ngehh
sekeliling saya masih ada juga insan yang degil dan susah nak lekat dengan tudung.kalau keluar sahaja pakai sampai rumah jiran datang, sedara datang lebur. tapi kalau orang tua dan masa hari raua bijak pula cari tudung peliklah.
sesal dan terkilan sebab sering berjumpa dengan mereka.usia dah menjegah masih begitu juga.wahualam.hanya doa mampu di sandarkan.
semoga jadi anak yang soleh. bagus bro entri ni, boleh jadi rujukan aku yang bakal menjadi bapa nanti insyaallah. 😀
Melentur buluh biarlah dari rebung.. alhamdulillah.. dari tadika mmg dah boleh dibiasakan.. in shaa Allah.. akan terbiasalah selamanya..
terbaik tips yang bro kongsikan ni..memang mencabar dalam membesarkan anak perempuan..moga-moga ALLAH memberkati segala usaha kita dalam mentarbiahkan umat generasi mendatang..
umur Intan 3 tahun, kak jie tak pernah beli baju lengan pendek
masa anak2 kecik, kita membeli sebenarnya bkn kehendak anak2, itu selera mak bapa.
sejak itu dia tak pernah ada keinginan berbaju lengan pendek, tak ada dalam almari.
tudung sejak sekolah umur 7 tahun..sampai skrg tak pernah kejap on kejap off…ada budak pakai masa pi sekolah aje…kat luar tak pakai.
Didikan dan ingatan berterusan dapat bentuk peribadi yang baik
MashaAllah Tabarakallah.
Ini tips yang hebat bro.Kawan pun ada seorang anak perempuan yang baru usia satu tahun setengah.Banyak kawan belum buat lagi seperti awak.Namun terima kasih atas tips ini.Semoga kita mampu menjadi ibubapa yang hebat..
seeloknya dari kecil sebab kanak-kanak ni mudah dilentur masa kecik. bila dah besar baru nak suruh pakai, payah
Setuju. Lg senang nak ajar apa yg baik utk mereka.
Syukur alhamdulillah..ada sesuatu yang saya pelajari dalam artikel ni..thanks bro…
Salam, anak sy skarang dh 3thn, bila kuar rumah sy dh ajar untuk menutup aurat. Cuma belum sepenuhnya, kaki still x tutup…yg adik bila tengak kakak dia pakai tudung, dia pun tertarik nk pakai tudung.. Pada sy apa yg kita ajar perlu diselitkan dan diterangkan kenapa perlu buat spt yg kita suruh, cth menutup aurat, kena bagi penerangan kenapa perlu menutup aurat…jd x de la kes bila depan kita dia pakai tudung, tapi bila kita x nampak buat lain..nauzubillah..
Asssalam Kak.
Setuju tu. Mmg terbaiklah cara akak dgn menerangkan sebab disebalik setiap suruhan.
Moga anak2 kita semua menjadi anak soleh solehah. ameen.
terima kasih kak sudi berkongsi =)
Ini memang contoh kepimpinan melalui teladan.
Mak ayah jadi contoh yang baik. Ibu selalu libatkan anak dalam soal tudung.
Memang banyak membantu .
Semestinya sesuatu yang dimulakan dari rumah tanpa paksaan dan kerelaan lebih baik kan.
Indahnya hikmah
Sebab tu ada ayat al quran.. tak ingat ayat mana.. barangsiapa dikurniakan Allah swt hikamh..
Maka telah dikurniakan kebaikan yang banyak
Belum ada anak perempuan tetap boleh buat rujukan pada masa hadapan. Terima kasih bro.
patut dari kecil lagi.
bila dah besar..takde la rasa susah sangat.
Anak perempuan sejak dini semestinya diajarkan memakai tudung.