BAM Sasar Malaysia Layak Ke Separuh Akhir, Tewas Lawan Jerman!

Assalamua’laikum.

Malaysia tewas lagi semalam. Kali ni dengan pasukan Jerman. Rata-rata pemain kita rankingnya lebih baik, tapi dalam sukan badminton, ranking memang bukan penentu kemenangan. Selepas kita dimalukan Taiwan, kali ni giliran Jerman menunjukkan jalan keluar buat pasukan badminton Malaysia. Cukup mengecewakan!

1. Keputusan penuh Malaysia vs Jerman

  • Chan Peng Soon-Goh Liu Ying kalah Fuchs-Michels (21-17, 18-21, 17-21)
  • Lee Chong Wei menang Dieter Domke (21-18, 21-18)
  • Khim Wah-V Shem menang Ingo Kindervater-Johannes Schoettler (21-16, 23-21)
  • Tee Jing Yi kalah Konon (12-21, 14-21)
  • Woon Khe Wei-Vivian Hoo Kah Mun kalah Michels-Johanna Golsizewski (16-21, 21-16, 18-21)

2. Kita tewas 2-3. Sasaran BAM untuk pasukan Malaysia ialah layak paling cikai pun ke separuh akhir, tapi akhirnya peringkat kumpulan pun tak lepas!

3. Dilihat prestasi Dato Lee Chong Wei juga menampakkan keresahan sehingga terpaksa bertarung sengit sebelum menang. Mungkin Dato LCW sudah mula memberi ‘isyarat tertentu’ kepada BAM untuk lebih nampak?

keputusan piala sudirman malaysia vs jerman

4. Beregu wanita Malaysia nampak memang cukup berbakat dan boleh pergi jauh. Sayang, pengalaman bermain di pentas antarabangsa mungkin memberi kelebihan buat pasangan wanita Jerman semalam. Best game ni.

5. Beregu lelaki memang cukup terbaik. Nampaknya, beregu Koo-Tan mungkin bakal ‘dibuat sesuatu’ oleh BAM. Dengar kata, YB Khairy Jamaluddin sendiri akan turun padang berbincang dengan BAM.

6. Semuanya dah terlambat, kita sekarang hanya mampu jadi tuan rumah saja. Pasukan negara lain seperti Taiwan & Jerman sudah mula setanding malah untuk acara berpasukan mereka nampak lebih bagus berbanding kita. Cukup mengecewakan kerana kita dulunya pasukan yang cukup hebat dalam badminton!

@hafizmd – Mungkinkah BAM perlu dirombak besar-besaran? Apa kata anda?

38 comments

    1. misbun ramdan dah keluar dari BAM, iskandar pemain pelapis, jadi kena bagi dato LCW main sampai dato lcw dah tak larat nak main baru bagi pemain pelapis main

      sekrang dah nampak makin nak karam..sedih sedih

      1. loh macam tu gaya dia..selagi tak pancit selagi tu tiada pelapis teruk begini..kita mesti pertahankan..patutlah smlm degar kt tv pasal kekecwan dlm badan BAM… 🙁

        1. Paling cepatpun rasanya ambil masa setahun setengah jugak tuh

          Dia baru lepas menang 2 kejohanan antarabangsa, kira ok sangatlah lepas dia keluar BAM

    1. Mmg cukup2 memalukan. Jerman dulunya boleh kata takde ape2, sekarnag dah boleh beat Malaysia yg dulunya jagoan dunia.

      China mmg cukup power, belasah indonesia sampai 5-0

      1. kita tak blh kata semua kita nak menag tpai klu kata usaha tapi gagal fokus dg baik kita akan kalah juga…mesti ada yang tak kena baik pi cek satu2 agar kesilapan ini tidak di perjudikan lagi..

        1. @suri, kalah kepada pasukan lebih kuat tak kisah sangat, ni pasukan yg ‘baru kenal’ badminton, kita twas jugak..mmg ada sesuatu yg perlu dibuat

  1. pandangan peribadi je ni, rasanya elok sangat dah ada rombakan atau macam mana, untuk naikan balik, dah lama merudum dan agak membosankan…heeee

    1. hehe…kalau tunjuk kampung style tu, mau terus dapat emel jemputan nanti..hehe

      tak mustahil kalau BAM buat tak reti jer, akhirnya mungkin jadi cam sepak takraw

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *