Apa Yang Saya Belajar Tentang Buat Duit Dengan Blogging

cara mudah buat duit dengan blog

Assalamua’laikum.

“Apa yang saya belajar tentang buat duit dengan blogging.” Ada 3 perkataan utama yang begitu menarik minat saya dalam ayat ni iaitu ‘belajar’, ‘buat duit’, dan ‘blogging.’ Ini 3 perkataan yang jika saya hadap dan hadam betul-betul, tak mustahil perkataan terakhir iaitu blogging mampu menjadi mata pencarian utama saya satu hari nanti. Pendek kata, blogger sepenuh masa. Ini satu impian ramai blogger suku masa mahupun separuh masa di luar sana. Betul tak? Jadi, apa saya saya belajar tentang buat duit dengan blogging? Saya bebelkan di bawah.

Kena ‘belajar’

Nak pandai apa sekali pun, belajar menjadi teras utama. Ilmu hanya boleh diperolehi dengan teknik belajar.

1. Belajar teknik menulis. Menulis untuk buat duit dengan aktivitiย  blogging ada tekniknya. Saya percaya, semua yang menjadi blogger punyai kemahiran menulis, tapi tidak semua yang memiliki kemahiran menulis yang mampu menjana duit sampingan. Saya sendiri masih belum lagi mahir dalam teknik yang mampu menjadikan saya seorang penulis/blogger yang menjana 3 angka mahupun 5 angka hanya dengan menulis. Tapi, ianya bukan halangan. Contohnya, Saudara Aqif Azizan. Beliau berjaya terbitkan satu buku fizikal yang bertajuk “Buat Duit dengan Freelance Blogging,” yang cukup menarik. Saya sendiri sudah membeli beberapa ebook affiliate dalam usaha belajar ilmu affiliate.

2. Belajar teknik pasang ‘umpan’ย  yang menggoda. Sekali lagi, ia ada kiatan dengan cara kita menulis. Contohnya, ayat yang diguna dan gambar yang ditampal mampu menjadi umpan untuk membeli apa saja Pastinya, ebook Encik Titan iaitu “Teknik Seo Merah Jambu”nya antara yang menjadi pilihan. Belajar buat duit dengan blogging ini menjadikan saya kena ada sasaran tertentu. Kalau setakat blogging tanpa hasil, rugi besar rasanya! Kena ada pelan perancangan jangka pendek dan panjang bak kata Encik Titan di entri ‘Bro, macam mana nak dapat duit hari-hari.’ Ini yang sedang saya usahakan dan akan diusahakan. Bukan senang, tapi tak mustahil sebab ramai blogger yang dah berjaya dengan blogging.

‘Buat duit & blogging’

3. Seni buka minda. Dulu-dulu, saya hanya tahu tentang pengiklan N dan paling awal, adsense. Nak dapat duit dengan adsense bukannya senang. Sampai sekarang, akuan adsense saya belum cukup untuk di’cash-out’kan. Sedih? Adalah sikit tapi itu bukan penamat bagi saya. Sekarang, macam-macam cara ada. Sekarang saya lebih fokus kepada affiliate. Saya belum mampu fokus sepenuhnya dengan macam-macam jenis cara buat duit dengan blogging. Sebab tu, saya memasang hajat untuk menyertai Kelas WordPress anjuran denaihati untuk kembangkan potensi diri dalam blogging.

4. Seni sabar. Ibarat si pemancing ikan yang sebenar, buat duit dengan blogging juga bukannya semudah yang disangka. Seni sabar memang penting. Ada yang ย bertahun mencuba, baru mendapat hasil pertama. Saya bermula dengan blog berniche Bahasa Inggeris dan hasil pertama juga adalah dalam Dollar. Cukup mengujakan. Malangnya, kegagalan mengekalkan fokus merosakkan usaha itu. Kini, saya kembali tetapi dengan blog ini. Ada yang kali pertama mencuba, terus mengena. Sekali lagi, ianya ada kaitan dengan ilmu menulis dan memasang umpan yang menggoda. Ini yang baru saya belajar. Masih teramat jauh perjalanannya!

kredit gambar: google images

5. Mentor yang betul. Antara sifu terawal saya ialah Saudara Zulfadli (Smartusaha.com) dan Bro Rohaizad. Dua blogger ini menjadi asbab musabab saya terjerumus ke lembah blogging. Jadi memang untuk buat duit dengan blogging perlukan mentor yang betul. InsyaAllah, ada hasilnya. Janji mahu belajar dan rajin buat kerja dan sabar.

“Kekadang kita jadi Blogger yang tak sanggup menghadapi ujian .. maksudnya bila kita bertukar platform baru tetiba ada masalah, kita give up dan pindah balik platform lama. Mana ada kejayaan tanpa masalah dan setiap masalah yg dapat diselesaikan pasti ada ilmu baru.” ~ Denaihati Ilhamku (Fb)

Inilah antara perkara yang dapat saya bebelkan meraikan satu mini contest anjuran blog sabreehussin.com . Mini contest ini ditaja hebat oleh Titan, Juan dan Suri.

Jomlah meriahkan Mini Contest ni. Banyak lagi yang anda boleh kongsikan!

@hafizmd -Blogging dah jadi hobi yang seronok!