Ambil kesempatan atas kesempitan

Assalamua’laikum.

Alhamdulillah. Salah satu perkara yang dibentangkan oleh Perdana Menteri dalam Bajet 2012 iaitu Bantuan Kewangan RM500 dahpun mula dibuka 10 Disember lepas. Memang meriah sana sini pasal wang bantuan RM500. Yelah, siapa yang tak nak duitkan? Lagipun, ini memang hak rakyat. Namapun duit rakyat.

Bantuan secara one-off ataupun sekali saja ini bakal diberi mulai bulan Januari 2012. Namun, dukacitanya…

Ada juga manusia yang jenis ambil kesempatan atas kesempitan hidup orang lain. Jadi, bagi mereka yang benar-benar layak untuk Bantuan RM500 ini, sila berhati-hati.

Borang yang diedarkan adalah PERCUMA. Samada boleh diambil di kaunter-kaunter yang disediakan atau boleh download borang bantuan RM500 DISINI.

Kalau ada manusia yang cuba menjual borang bantuan ni kepada anda, sila abaikan! Jangan biarkan mereka memerah hasil keringat anda dengan begitu mudah.

Untuk memudahkan anda, anda boleh baca info-info berkaitan wang bantuan ini di laman-laman yang saya sediakan di bawah. Moga dapat selesaikan kemusykilan dan pertanyaan anda.

  1. Laman Bantuan Kerajaan BR1M
  2. Mekanisme Bantuan Rakyat 1 Malaysia (Bantuan Kewangan RM500)
  3. Senarai lokasi Kaunter Cawangan BR1M (ambil dan serah borang)

Moga mereka yang benar-benar layak akan mendapat manfaatnya.

p/s- Ada yang ambil upah isi borang ke? = )

® hafizmd – benci manusia yang suka ambil kesempatan tak bertempat…