Akhirnya Google kemaskini PR…

Bagi pemilik blog, mungkin PR (Page rank) adalah antara satu perkara yang penting berbanding Alexa. Baru saja tadi, isteri aku cakap yang Google dahpun mengemaskini page rank setelah hampir lebih 6 bulan tidak dikemaskini (kalau tak silap akulah…).

Jadi, tengok-tengok, blog aku inipun naik lagi satu tangga ke PR2. Alhamdulillah.

Aku tidaklah kisah sangat blog ini naik, kalau blog niche yang naik, pasti lebih seronok! Ada yang setuju?

Bagaimana pula dengan blog-blog teman semua?

Ayuh, periksa sekarang dan kalau ada yang naik atau turun, janganlah kita terlampau gembira dan kecewa, sebab aku cukup pasti yang niat kita berblogging ini tidak lain tidak bukan untuk berkongsi maklumat dan manfaat. PR itu hanyalah bonus dan perhiasan kosmetik saja.

Boleh periksa PR anda DI SINI.

® hafizmd – fokus pada niat asal, insyaAllah kita sentiasa ceria dan gembira….