5 sebab hubungan cinta terjejas
Seringkali kita dengar perihal putus cinta, putus kasih, patah hati dan sebagainya yang berkaitan dengan hati dan perasaan. Hati dan perasaan memang sukar diduga persis gelora ombak dilautan. Apa yang saya cuba kongsikan diharap sedikit sebanyak membantu kawan-kawan di luar sana mahupun diri saya sendiri untuk mengenal kekurangan dan kelebihan diri dan pasangan. Yang lebih utama akhirnya ialah kesediaan kita menerima pasangan kita seadanya.
Samada kita sudah pun berumah tangga, sedang merancang berumah tangga, sudahpun bertunang, esok nak kahwin atau sedang didesak mencari pasangan, diharap perkongsian tentang 5 sebab mengapa kita sering gagal dalam perhubungan dapat menyedarkan kita tentang apa yang sedang atau bakal kita hadapi. Mana tahu, mungkin kita sedang alaminya tapi tidak sedar. Yang nyata, perkara-perkara kecil juga mampu menggugat hubungan cinta kita. Senang cerita, kalau kita selalu putus cinta atau selalu gaduh dengan pasangan, mari kita sama-sama muhasabah diri, “mana tau kene batang hidung sendiri”.
- Kerjaya – samada pekerjaan kita atau pasangan, mungkin kita terlampau sibuk mengalahkan pak-pak menteri. Masa yang sepatutnya diluangkan untuk pasangan akhirnya hilang begitu saja. Pasti pasangan tak puas hati lebih-lebih lagi kalau sudah membuat temujanji tapi akhirnya dibatalkan kerana kesibukan bekerja. Lebih serabut bila berpeluang bersantai bersama-sama, isu yang memeningkan kepala di tempat kerja diceritakan kepada pasangan, mahu bertambah serabut dibuatnya. Kesian…
- Suka mungkir janji – siapalah yang suka kalau pasangan asyik mungkir janji. Sebelum tidur, bukan main berjanji, “pagi esok, kite jalan-jalan kat Midvalley yer”. Alih-alih, pasangan dah keluar pergi jumpa kawan-kawan kat kedai mamak. Panas jer..
- Pasal wang – asal keluar makan jer, mungkin yang lelaki akan ‘menderita’. Mana taknya, minggu lepas keluar main bowling, minggu ni makan pizza, minggu depan dah plan nak main bowling lagi, yang parahnya lelaki sebab semuanya dari poket dia. Hal-hal sebegini perlu kebijaksaan dan tolak ansur yang tinggi dari kedua-duanya lebih-lebih lagi kalau dah berumah tangga. Mana yang mampu dikongsi, pandai-pandaila kita berkongsi. Kan seroonok begitu, betul tak?
- Indah khabar dari rupa – mungkin masa kenal awal-awal dulu, lembut gigi dari lidah, tapi bila dah kenal setahun dua, gigi yang lembut di awal perkenalan dah pun dah jadi batu karang. Selagi kita bernama manusia, kita mungkin akan berubah. Kalau berubah kearah kebaikan, baguslah. Tapi kalau berubah menjadi lebih teruk dan mula menjengkelkan, cepat-cepatlah bawa berbincang. Takut-takut merosakkan perhubungan. Buang masa saja kan?
- Lebihkan teman – perkara ini rasanya banyak terjadi. Asal bekas member sebilik yang mintak, boleh saja. Tapi kalau kita yang mintak, macam-macam alasan yang ada. Kita ajak keluar, sekejap saja mahunya, tapi kalau keluar dengan kawan-kawan, nak jawab panggilan telefon pun dah tak jumpa butang. Siapa tak sakit hati kan? Tapi, harus diingat, setiap dari kita mungkin perlukan masa sendiri untuk bersosial bersama teman-teman, bukan bermaksud dia lebih “cintakan” teman-temannya berbanding anda. Janganlah kita berlebih-lebih sampaikan pasangan kita terasa terasing.
Apa yang saya tuliskan, hanyalah sekelumit dari masalah yang biasa menimpa kita dalam melayari rumah tangga mahupun menjalin perhubungan. Anda mungkin ada pandangan dan pengalaman tersendiri. Apa kata, sudi-sudikanlah berkongsi di sini. Moga ada pengajaran dan sempadan yang boleh kita sama-sama pelajari.
® hafizmd – menulis hanya berdasarkan pembacaan dan sedikit pengalaman hidup 😀
curang?loyalty? tu pun nting gakkk..hehe
.-= mui2´s last blog ..| CNY Angpau lai lai~~ | =-.
Setia mmg penting, point yg baik..terima kasih..
🙂 🙂 🙂
yup
.-= mknace´s last blog ..Rombongan ke Poliklinik Gelang Patah =-.
terima kasih singgah..
ada kebenarannya fakta di atas tu bro…
.-= Nadri aka Daddy Aiman´s last blog ..Fuhh! Lega Rasanya =-.
Terima kasih bro..point utk same2 kite ambil pengajaran..
erm menarik2….mcm pengalaman sendiri je nie…hehehehe
huhu..adela jugak sikit2 dari pengalaman sendiri..aku juge kekadang terlupa untuk menjadi seorang suami dan ayah yang baik..
p/s – moge isteri dan anakku sentiasa memaafkan kelemahan aku..
.-= hafizmd´s last blog ..5 sebab hubungan cinta terjejas =-.
sedih la plak.. saya pun terlepas gak kan… maaf.. tapi itu lah asam garam rumah tangga.. tak kan setiap masa nak perfect kan..
.-= fiezaradzi´s last blog ..Jodoh Saya Orang …. =-.
Betul tu..ape yg penting ialah Kerjasama..dan tolak ansur..
aku brani ckp, org yg jnis sosial, jnis yg leh curang anytime je..aku dh kne dgn pmpn cmni..huhu alasan nk berkwan, last2 tersngkut..ceit
perghh..memang terang lagi bersuluh ni bro..jadi, kita kene sentiasa berhati-hati memilih pasangan..
p/s – moge dikurnia pasangan yang solehah..ameen
.-= hafizmd´s last blog ..5 sebab hubungan cinta terjejas =-.
tulla.. kdg2 memang leh berlaku perkara tu. macam mana nak buat kalau pasangan terasa tapi tak nak terus-terang… camner..
.-= fiezaradzi´s last blog ..Jodoh Saya Orang …. =-.
Ermm..kalau jadik camni, kenela pasangan pandai2 amik hati si dia..mungkin si dia mahu tak nak risaukan pasangan masing-masing..betul tak?hehe
pasal wang tuh memang …adooii… lagi2 sekarang nie..barang2 semua naik…
.-= zikr´s last blog ..Program Earth Hour. =-.
Zikr, pasal harga tu memang aku rase cukup mampu buat lelaki2 sekarang berfikir beratus kali before kawen. Kalau jadi begini, kenala mula menabung dari sekarang..yeahh..selamat menabung dgn jayanya..hehe
hahaha.. kerjaya kot.. kadng2 pompuan ney kerjaya lbih berjaya dari laki.. huhu
Mungkin juge sbb bile perempuan kerjanya lebih tinggi berbanding si lelaki, selalunye akan timbul konflik bile melibatkan masalah kewangan..huu..
.-= hafizmd´s last blog ..TAK GUNA punya orang ini! =-.
saya x pernah bercinta.. mungkin sebab faktor wang sebab saya tiada wang untuk belanja girlfriend saya nanti. Lagipun saya masih belajar lg. x nak hampakan org tua sy. Sy nak ubah nasib keluarga dulu. yg “LOVE” tu soal kemudian.. Cukuplah cinta saya hanya pada Muhammad ya Rasulullah….tapi kenapa sekarang byk remaja2 seperti saya seawal form 1 pun sudah bercinta..haiz..dunia dunia…
.-= Hafiz Mohd´s last blog ..Celcom SOX (School of X) =-.
Baguslah kalau dah pasang niat camtu..insyaAllah mudah-mudahan tercapai jua..ameen
p/s – ape yg perlu kita tahu ialah keutamaan..bile dah pasti, fokus dan berusaha mencapainya..:D
.-= hafizmd´s last blog ..Nak tahu 13 fakta menarik lagi benar tak? =-.
salam..
tiada keserasian dlm hati masing2..bila dok berjauhna hti msing saling brkata bolehkah daku mempercayai si dia..huhu..
@suri, salam kembali..
Kalau berjauhan..rasenye jujur yg paling penting..kalau tak..habislah hubungan..keserasian plak boleh dipupuk dgn care kite saling memahami dan saling menerima pasangan kita seadanya..
.-= hafizmd´s last blog ..Malaysia’s 30 Most Valuable Brands 2009 =-.
salam..isi yang padu..
suri suka..tapi kesefahaman jua perlu ada..semunya perlu seimbag dan stabil..