Seloka Petua Menjadi Isteri Solehah Disayangi Suami
Assalamua’laikum.
“Bukankah kau tahu kesukaanku ialah belacan. Mengapa engkau masak sayur asam tak mahu campur belacan?” Ingat tak dialog ni. Ini antara dialog dalam karya Seniman P.Ramlee, Seniman Bujang Lapok. Nampak tak? Sebab tak bubuh belacan, suami boleh naik hangin tak tentu pasal. Naya sungguhlah dapat laki lagu ni! Buat iseri, bersabarlah dalam melayan karenah dan mehnah dalam berumahtangga. Jom kita sama-sama santai ulangkaji bab “Isteri kena awasi menu suami sebagai tanda kasih dan cinta.” Fuh…macam sedap jer tajuk ni…
Petua menjadi isteri solehah lagi disayangi suami
Sungguh bukan nak reka cerita Lelaki memang suka isterinya peka lagi cakna Kalau kawan-kawan tegur bab apa saja Mungkin masuk telinga kiri, keluar telinga kanan pula Cuba isteri yang tegur penuh mesra Ayatnya biarlah sedap telinga suami mendengarnya InsyaAllah masuk telinga terus meresap laju ke jiwa Itulah tanda dan kuasa cinta Inilah manisnya alam rumahtangga Betul tak kata-kata hamba? Isteri cerdik yang solehah penyejuk mata Janganlah kerna suami suka gulai kuning telur mata Setiap hari dihidangnya tanpa suami mampu menolaknya Apakata ubah selera tukar bahan-bahannya Guna susu rendah lemak ganti santan yang tinggi kalorinya Moga suami lebih sihat lagi power panjang umurnya Isteri cantik yang solehah Waktu petang menjamu suami kuih-muih sepiring dua Ditambah pula kopi garuda manis yang suami suka Suami pantang menolak minum petang isteri terchenta Sekali lagi kuih bersantan berlemak menjadi aras penanda Elok kuih diganti dengan hirisan buah-buahan dan yang sama waktu dengannya Air manis dikurangkan gulanya Bukankah si isteri sudah cukup manis untuk menjadi temannya? Isteri bijak yang solehah Memahami selera suami satu perkara yang susah? Entahlah… Biasanya lelaki makan tak berkira…semuanya dibedal tolak batu dan kayu sahaja Ada suami yang sukakan telur dadar telur meleleh telur mata Pagi petang siang malam telur telur telur saja Awas, kuning telur tinggi juga kolesterolnya! Wajar ditegur penuh mesra selera encik suaminya Moga suami sihat sentiasa disamping isteri terchenta Isteri cerdik yang solehah Berwaspada hidangan ikan dan ayam bakar juga Janganlah sampai dibakar sampai hitam kulit dan isinya Dikhuatiri ada karsinogen penyebab kanser sudahnya Begitu juga minyak marjerin dikurangkan jumlah dan penggunaannya Jangan diulang guna sampai hitam warnanya Kalorinya cukup tinggi lagi merbahaya! Akhir kata untuk para isteri solehah penggoncang dunia Di tanganmu punya kuasa luar biasa Mampu melahir manusia hebat sepertimana Usamah r.a. Panglima Termuda! Bisa juga menjadi penawar hebat tatkala suami menanggung beban luar biasa Sepertima Saiyidatina Khadijah r.a. menenangkan Rasulullah SAW sebaik-baiknya Itulah saat Baginda menerima wahyu Allah yang pertama@hafizmd – Sama-sama suami menghargai pengorbanan isteri dengan sentiasa menyokongnya.
sekali baca macam puisi pun ada 😀
akan juga ingat pesan bro dalam entry ni..hehe den calon tak ada lagi, banyak lagi masa nak prepare mental dan fizikal 😉
Best seloka seuami isteri yang hang buat ni. Setakat ni, toleransi meamng mainkan pernana penting.
Faham memahami tu penting..bertolak ansur dalam setiap perkara..In Syaa Allah akan bahagia hubungan suami isteri…
lepas masuk awards, terus dok cerita pasal family. hoho..
Weh..gua dah lama dah tulis bab ni daa..hang jer tak baca…hohoho
akak fiezaradzi kena take note nie…. heeee
penuh tersirat dalam yg tersirat seloka ini 🙂
Emm kalau isteri saya baca ni alangkah seronoknya hati saya..hahaha
Nak pesan kat isteri kena ada seninya yang tersendiri. Maklum ajela, perempuan ni lembut hati. Seloka ni pun salah satu art nya untuk ambil hati isteri. Nak pesan tak tentu hala, silap gaya merajuk pula isteri nanti.
pantun amalan makanan sihat, sila amalkan wahai isteri….
wakakaka
kata Ustaz Azhar Idrus, elok sediakan sama telur separuh masak dua biji yang dicampurkan madu dibuat sarapan setiap hari. Sekali sekala minum tongkat ali.. ahaks..
demi kebahagian bersama, tak gitew.. hahahaha
tak boleh tegur masa suami khusyuk buat kerja
hilang idea
haha
Dah lama tak baca seloka. Bila dah baca, teringat nasihat ibu kepada anak gadisnya sebelum upacara nikah dalam filem Ost Sang Kiai — Perempuan itu ibaratnya pakaian buat laki-laki. Menghangatkan ketika musim sejuk dan menjadi pelindung pada musim kemarau.
Saya suka, saya suka …
hebatnye berseloka… hehe…
tahniah ye menang blogrrr tu 🙂
Masha Allah Tabarakallah
Isteri solehah ialah merupakan syurga dunia bagi sang suami .
Semoga tuan blog dan isteri bahagia sentiasa hingga akhir hayat .
Pandainya bro buat seloka…
Petua-nya disampaikan dengan sangat ringan namun berisi
Trims 🙂
Adehhh.. petua suami solehah la pulak. Kaum lelaki ni kadang2 mau bini jer ikut cakap dia 😀
sekadar nak tunjuk kuasa tu 😀
Seloka ini sangat farnee! Hahahaha
Pertama, tahniah menang award pada even Blogrr hari Sabtu lepas. Kedua, bagus pesanan untuk para isteri ni, semoga dapat jadi panduan kesejahteraan rumah tangga. Kalau kesihatan terpelihara, hiduppun bahagia.
menarik seloka nih , pandai bro mengolahnya…=)
sebagai suami memang sangat bersyukur jika mendapat isteri yang solehah…
Nice seloka..Suami isteri mestila ada senda dan gurau juga kan?
Wahhh ada seloka pulak.. hehehe selalu baca seloka di blog TehR.. hhe apa pun dalam sesuatu hubungan sikap toleransi dan kerjasama mesti ada..
bila cakap pasal isteri solehah, teringin pulak nak kawin. calon macam dah ada. keh3
amboih… boleh tahan juga seloka ni yea… ada unsur2 nasihat
karanag sendiri ke ni bro. best !
kikiki..kene cari calon ni..
kepada pembaca lain sila la lawat laman web saya ni,banyak info menarik yang anda belum tahu
Bagus bila sekali sekala baca seloka macam ni..boleh ingat mengingati sesama suami dan isteri..
Assalamualaikum wbt tuan rumah. Terima kasih di atas perkongsian yang bermanafaat ni. Teruskan update!!!
suami isteri jangan gaduh2 haaaaa…..
gaduh2 manja takpe..hahaha
KAlau tak gaduh mana nak rasa manisnya bermaafan
BIasa .. Air laut pun ada pasang surut. Bulan dan bintang pun ada masa naik dan turunnya
Sama juga dengan manusia