Yeo’s LoveMark!

yeo's susu soya kurang manis

Assalamua’laikum.

Yeo’s. Memang cukup sinonim dengan hidup aku. Yeo’s susu soya. Ini yang paling terasa dekat dan sentiasa menjadi pilihan aku. Bawalah jenama air soya lain sekalipun, aku tetap dengan air susu soya Yeo’s. Rupa-rupanya, Yeo’s yang menjadi pilihanku sejak zaman berzaman memang pilihan tepat malahan menjadi penyebab seribu kebaikan dan keceriaan dalam hidup aku.

Nak dijadikan cerita, aku banyak kali juga tanya diri sendiri. Kenapa Yeo’s memilih kacang soya sebagai antara asas utama produk mereka. Kenapa bukan kacang tanah? Kenapa bukan kacang buncis? Atau jenis kekacang lain? Apa istimewanya kacang soya?

Yeo’s Perintis Produk Minuman #1

Yeo’s bukannya calang-calang syarikat. Daripada apa yang aku sempat selidiki, Yeo’s nyata sentiasa terkehadapan berbanding pesaing lain. Aku senaraikan serba ringkas beberapa pencapaian terbaik Yeo’s di dalam industri makanan dan minuman ini.

  1. Menjadi syarikat pertama di dunia memperkenalkan minuman dalam kotak (tahun 1967).
  2. Merintis produk kari ayam dalam tin.
  3. Menjadi syarikat pertama di Malaysia membangunkan dan membungkus minuman berkarbonat perisa buah-buahan tropika di bawah jenama “Fizzi” (tahun 1984).
  4. Perintis produk 100% jus campuran buah-buahan (tahun 1984).
kelebihan produk yeo's
Yeo’s – The Natural Choices

Ini antara pencapaian terbaik yang Yeo’s jelmakan hasil penjenamaan produk mereka. Tanda perniagaan (trademark) mereka berjaya memikat keyakinan ramai pengguna termasuklah aku. Ianya berubah menjadi trustmark (tanda keyakinan) yang menjadikan aku salah seorang pengguna yang setia dengan jenama Yeo’s.

Yeo’s Pilihanku Pastinya Yeo’s Susu Soya!

Dah lama terpikat dengan Yeo’s susu soya. Rasanya yang lemak-lemak manis memang cukup melegakan dahaga, menambah tenaga dan memenuhi citarasa. Bukan sekadar itu, pilihan kacang soya berkualiti tinggi dari Kenada oleh Yeo’s pastinya memberikan banyak manfaat kepada kesihatan tubuh badan.

Yeo's susu soya pilihanku!
Yeo’s susu soya pilihanku!

Antara manfaat nutrisi kacang soya yang boleh anda rasai sendiri ialah;

  1. Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung koronari – Kajian oleh College of Medicine at the University of Kentuck menunjukkan pengambilan protein soya sebanyak 30 gram sehari mampu memberi kebaikan dalam sistem kardiovaskular kita.
  2. Protein soya sebagai antioksidan – Ramai yang sebut macam-macam jenis buah dan sayur sebagai agen antioksidan, tapi kita lupa anugerah hebat yang ada dalam nutrisi kacang soya. Kehadiran antioksidan dalam protein soya mampu mengurangkan risiko penyakit kanser.
  3. Mencegah type 2 diabetes
  4. Tinggi kandungan vitamin K – Bagus untuk kesihatan dan kekuatan tulang.

Ini antara sebab utama kenapa susu soya Yeo’s menjadi pilihan aku sebagai minuman sampingan yang utama berbanding minuman lain. Bukan sebab minuman lain tidak bagus, tetapi dalam satu aspek yang sukar untuk aku jelaskan, Yeo’s sudah lama berlegar-legar menjadi teman rakyat Malaysia amnya, khasnya pilihanku. Agaknya, inilah kuasa YEO’S LOVEMARK!

Update: Yeo’s LoveMark pilihanku yang terkini!

yeo's cincau
Berehat sebentar berteman Yeo’s Cincau!

Pilihanku Produk Yeo’s Pelbagai Perisa Memikat Deria Rasa

Aku memang cukup suka dengan pilihan perisa tropika yang Yeo’s keluarkan. Antaranya yang memikat deria rasa aku ialah Yeo’s Durian Belanda dan Yeo’s Jus Kelapa. Dua perisa ni memang betul-betul menghilangkan dahaga memikat deria rasa!

Yeo's coconut juice dengan pulpa kelapa!
Yeo’s coconut juice dengan pulpa kelapa!

Nampak tak betapa Yeo’s begitu menitikberatkan citarasa pengguna berfikir jauh ke depan untuk menjadi sebahagian daripada kehidupan harian rakyat Malaysia.

Apakah Yeo’s sudah benar-benar berjaya memikat hati rakyat Malaysia?

Apa yang aku suka tentang Yeo’s selain rasanya yang sedap dan asli?

1. HALAL – Ini paling penting bagi pengguna muslim. Nampaknya Yeo’s memang prihatin dan tiada kompromi dalam soal ni. Terima kasih Yeo’s!

2. Pembungkusan produk – Memang nampak kemas, menarik, menampilkan elemen tempatan dan universal! Cukup untuk membuatkan aku rasa nak beli. Teknik pemasaran cara begini memang berkesan. Tahniah Yeo’s!

3. Belian yang berbaloi dengan manfaat nutrisi– Harganya berpatutan dengan manfaat nutrisi yang ditawarkan. Tanpa bahan pengawet, tanpa bahan pewarna, free kolesterol. Semuanya lengkap untuk bantu aku teruskan gaya hidup sihat dengan Yeo’s!

4. Teknologi Teknologi PET Minuman Isian Sejuk Aseptik (Aseptic Cold Fill PET Technology) – Teknologi yang pertama di Malaysia! Produk Yeo’s semuanya diproses dalam suhu bilik dalam keadaan bebas kuman (steril). Tujuannya untuk kekalkan kesegaran, keaslian dan khasiatnya serta bebas bahan pengawet. Aku budak sains, jadi bab-bab steril dan produk bebas bahan pengawet memang sangat aku suka dan cintai!

5. Banyak pilihan produk terkini – Seleksi pilihan yang banyak tanpa kompromi kualiti dan terutamanya manfaat kacang soya. Antara yang menarik ialah penambahan produk air soya hitam. Aku pernah tulis artikel khas khasiat kacang soya hitam dalam menguruskan badan.

Baca artikel ini, “Kacang soya hitam bantu kurangkan berat badan.”

6. Pilihan kurang manis – Langkah bijak menggalakkan pengguna pilih makanan minuman yang lebih berkhasiat dan bagus untuk kesihatan.  Yang paling best, kurang manis dan harganya tetap murah.

yeo's susu soya kurang manis

7. Khidmat sosial – Memang aku respek dengan keterlibatan Yeo’s dalam kempen khidmat sosial. Nampak Yeo’s bukan sekadar nak cari untung, tetapi sebaliknya bersungguh-sungguh turun padang menyumbang dalam pembangunan sosial masyarakat. Antara kempen Yeo’s yang menarik perhatian aku ialah;

  • Yeo’s Taja Dana Pemeliharaan Alam Sekitar Sekolah –  “Meningkatkan kesedaran alam sekitar di kalangan murid menerusi cabaran mengitar dan menggunakan bahan terbuang” – Pengurus Besar Pemasaran YEOS, Vincent Chui.
  • Yeo’s Menaja Kempen Membaca – “Menggalakkan budaya membaca dalam kalangan murid yang semakin terhakis ekoran penggunaan internet dan pelbagai laman sosial seperti blog, Facebook dan Twitter” – Pegawai Perhubungan Awam Yeo’s, Noor Nabila Abd Rahman.

Harapan dan cadangan untuk Yeo’s

Setakat yang aku perasan dan sedikit hasil carian, Yeo’s sememangnya juara dalam segmen susu soya tetapi masih lagi berusaha kuat untuk menjadi pelopor dalam segmen lain seperti mee segera, perisa buah-buahan tropika dan juga segmen jus.

Mungkin Yeo’s boleh tempatkan peti sejuk khas untuk semua produk air kotak dan air tin jenama Yeo’s di satu tempat tumpuan seperti kedai mamak, kopitiam popular dan kedai-kedai 24 jam. Dengan cara ini, pada pandangan aku, Yeo’s akan kelihatan lebih terserlah dalam menampilkan barisan produk mereka.

Akhirnya, terima kasih Yeo’s sentiasa berusaha keras menyediakan alternatif minuman yang segar, asli dan semulajadi untuk kami, rakyat Malaysia. Dengan Yeo’s, kita mampu mengatur gaya hidup kita dengan lebih sihat!

Aku pasti, kini produk Yeo’s semakin berbekas menjadi LoveMark (tanda kasih) buat penggunanya. Visi tinggi Yeo’s di dalam industri makanan dan minuman begitu mengkagumkan!

Terima kasih Yeo’s LoveMark!

Mari bersama-sama memeriahkan majlis gilang-gemilang Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014, sila klik gambar di bawah untuk mendaftar sekarang.

@hafizmd – Niat nak tulis panjang lagi. Kalau menang, aku tulis lagi panjang dari ni…hahahaha. Yeo’s Pilihanku!