Talian Hayat:Dia janda anak satu…

- 10 May 2012Talian Hayat

Assalamua’laikum.
Bertamu lagi dalam segmen talian hayat. Isu kahwin terhalang dan tak direstui ibubapa makin banyak yang masuk ke kotak email aku. Kalau segmen sebelum ni melibatkan mereka yang nak kahwin muda dan juga masih belajar dan juga keliru. Kali ni, aku paparkan satu lagi email. Aku mohon rakan-rakan sekalian untuk sekali lagi membantu sahabat kita ni. Moga ada jalan selesai yang baik. InsyaAllah.

Ini emailnya:

“saya nk berkahwin dengan janda anak 1…tetapi ibu tak restu sbb dia janda apa yang harus saya lakukan…saya amat menyanyanginya saya nk berkahwin dengan dia sebab saya nk elakkan zina..dan saya nk menjaga dan mencintai dia seikhlas hati saya tolong la saya bagaimana saya nk selesaikan masalah saya..Ya Allah bantulah hambamu ini”

Apakah status janda membuatkan si ibu berasa berat hati lalu tak merestui perhubungan mereka?

Apa kata rakan semua? Apakah status janda begitu ‘kurang elok’ di mata masyarakat kita?

@hafizmd-ramai janda nampak macam anak dara…eh, betul ke?hehehe

{ 35 comments… read them below or add one }

suri May 10, 2012 at 3:08 pm

mereka pun manusia juga ada hati dan perasaan dan tak minta nak pegang status J

Reply

hafizmd May 15, 2012 at 4:06 pm

Itulah yg sebenarnya. Mana ada yg plan nak pegang status J ni. Harap masyarakat kita makin memahami

Reply

suri May 10, 2012 at 3:10 pm

kena ar solat istiharah hee mintk petunjuk sapa jodoh kita yag sepatutnya..

Reply

chii May 10, 2012 at 4:31 pm

betul tu..mungkin DIA boleh tunjukkan jalan yng terbaik untuk kita =)

Reply

hafizmd May 15, 2012 at 3:44 pm

Hnyalah DIA Penolong terbaik.

Reply

hafizmd May 15, 2012 at 4:04 pm

Itulah jalan yg sebaiknya.

Reply

azmanisma May 10, 2012 at 4:16 pm

Prasangka buruk inilah yang kita kena buang jauh2…janda pun ada hak nak bernikah dgn sapa2..

Reply

Jebeng Otai™ May 11, 2012 at 2:59 pm

yela..bila dh terkena btg hidung sendiri brulah kita rasa mcmana hidup ‘janda’ ni..

ssh nk ubah persepsi msyarakt..

Reply

hafizmd May 15, 2012 at 3:00 pm

@JO, persepsi masyarakat selalu pandang jadi negatif.

Reply

hafizmd May 15, 2012 at 3:57 pm

Betul. Mereka jugak punya hak yg sama macam uda dan dara

Reply

chii May 10, 2012 at 4:30 pm

hurm..better si pemuda tanya blk pada ibunya..kenapa dia x benarkan..mungkin ada sebab2 nya yg tersendiri..

pada chii..pasangan lelaki ni harus pandai ambil hati si ibu..insya Allah..xkan ada masalah punya..tp kalau awal2 da tunjuk persepsi yg x elok..jgnkan janda anak satu..janda yg x punya anak pun akan ditentang oleh si ibu

Reply

hafizmd May 15, 2012 at 3:48 pm

Setuju tu Chii. Ambil hati ibunya dulu. InsyaAllah akan dpat selesai dgn cara yg baik.

Terima kasih Chii berkongsi pendapat =)

Reply

akubiomed May 10, 2012 at 4:38 pm

Masyarakat selalu beranggapan janda bukanlah wanita yang baik-baik. :-(

Reply

hafizmd May 10, 2012 at 5:04 pm

itulah masyarakat kita yg hidup dgn penuh persepsi tak baik…

Reply

hafizmd May 15, 2012 at 3:39 pm

Itu yg paling tragis. Persepsi masyarakat mmg makin pelik dan jelik

Reply

fiezaradzi May 10, 2012 at 4:59 pm

harap2 si dia dapat jln penyelesaiannya.. lau hati sudah suka dan sudah mampu terima tanggungjawab, apa salahnya.. apalah ada pada title…

harap2 dia berbincang dgn family sebaik mungkin.. dan jgn lupa minta padaNya, mudah2an dipermudahkan segala urusan yg paling baik utk dia dan semua org..

Reply

hafizmd May 15, 2012 at 3:31 pm

Org kita selalu pandang pada title. Itu yg jadi msalahnya.

Harap dia dapat selesaikannya dgn baik…ameen

Reply

maza May 10, 2012 at 5:41 pm

hukum
1) suka sama suka, kawen lah
2) mau berkat; istiharah lah
3) kata ibu perlu didahulukan 3 kali ganda dari ayah.. jadi jadi jadi, pandai2 ler pujuk…

psst: janda tu lawa ke?

ahaks.. lalala

Reply

hafizmd May 15, 2012 at 3:29 pm

Terbaik Bang Maza. Tips ni boleh guna utk semua kes. Betul tak?

pssst…tak pasti pulak pasal lawa ke tak…lalalalalala

Reply

Denaihati May 10, 2012 at 6:31 pm

nabi muhammad saw pun isteri pertamanya janda, Khadijah r.a, masa tu dah ada anak 4.

Reply

hafizmd May 15, 2012 at 3:28 pm

Itulah yang orang kita tak pernah nak nampak.

Manusia oh manusia

Reply

titan May 10, 2012 at 8:52 pm

biasalah tu. orang kita memang susah nak terima..

Reply

hafizmd May 15, 2012 at 3:22 pm

Lama2 akan terima jugak..betul tak bro?

Reply

hatiputera May 10, 2012 at 9:07 pm

kena mintak petunjuk daripada allah,,,

Reply

hafizmd May 15, 2012 at 3:18 pm

InsyaAllah, ada jalannya

Reply

ProfHariz May 10, 2012 at 10:55 pm

Bagi saya janda tiada isu. Tapi pastikan anak si janda itu bersetuju. InsyaAllah semoga dipermudahkan oleh ALLAH

Reply

hafizmd May 15, 2012 at 3:10 pm

Bagusnya PH….hehe

Tp, org kita masih klise pasal janda ni. Entah kenapa entah.

Reply

Jebeng Otai™ May 10, 2012 at 11:31 pm

mungkin ada sebabnya ibunya melarang kahwin ngn janda..

kalo sy..ikut jer ckp ibu kalo kita dh puas pujuk pon x berubah..ckp sy x kacak x der sapa nak..janda tu lah yg leh terima sy.. :)

Reply

hafizmd May 15, 2012 at 3:04 pm

Mungkin jugak. Harap dia dapat bwak berbincang dgn ibunya. Mesti ada sebab kenapa.

Hohoho..alasan tu mmg best! =)

Reply

tehr May 11, 2012 at 4:37 pm

Ada anak dara yang perangainya lebih teruk berbanding janda

Reply

chii May 13, 2012 at 12:00 am

betul tu cikgu…lgpun janda ni da ada pengalaman..da bleh beza mana yg baik dan buruk berbanding anak dara

Reply

hafizmd May 15, 2012 at 2:55 pm

@chii,sebab tu jugak ramai yg takut ngn janda kot?

Reply

hafizmd May 15, 2012 at 2:59 pm

Itu mmg parah tu Cikgu =)

Reply

Hafizul September 15, 2012 at 8:35 pm

Adoii kenapa la nak sekat hati dan perasaan..lagi pun niat insan tu mulia..nk elakkan zina..insan tu kan dan besar pnjng..bg la dia pilih haluan hidup sendiri..kita sbg org tua sepatutnya nasihat jer..kt mana salah tlg ajar kan..kat mana tak betul;, tlg perbetulkan..tu just pendapat aku jer..hehe

Reply

Bang Uddin December 4, 2014 at 2:20 pm

ijin ninggalin jejak gan…thx

Reply

Leave a Comment