Browsing articles tagged with " cerita menarik hari ini"
Jul 7, 2010

Snek berkhasiat untuk kita..

Lama juga saya tidak coretkan entri berkaitan kesihatan. Asyik cerita pasal bola saja. Bola dan bola. Tak bosankah? hehehe…

Jadi kali ini, saya cuba kongsikan tip kesihatan tentang snek yang berkhasiat. Maklumlah, bila musim bola ni..(bola lagi..hohoho), kita selalunya sentiasa ada snek di sisi. Paling kurang mungkin cekedis@jajan. Tips ini sangat sesuai diamalkan oleh mereka-mereka yang ada diabetes.  Sebabnya, sementara nak tunggu “makan berat”, mulut rasa nak makan, perut dah menyanyi minta diisikan, tapi kalau makan benda-benda manis..tak pasal-pasal kandungan gula dalam darah naik. Jadi, saya kongsikan sedikit penyelesaiannya. Kalau takda diabetes pun, okay juga..boleh saja amalkan snek ni yer.

Perlu juga kita tahu, pilihan snek yang berkhasiat perlulah ada kandungan karbohidrat, protein dan lemak. Antara snek berkhasiat yang boleh kita amalkan;

Nak baca sampai habis »

Jun 29, 2010

Oh! Iran..

Tempoh untuk saya bertolak ke Iran makin hampir. Perasaan ini adakalanya bercampur baur. Bukannya ini baru pertama kali saya berjauhan dengan isteri dan anak. Entah kenapa, kali ini rasa berat sungguh untuk berjauhan. Berfikir dilubuk hati, pasti terasa lain benar berjauhan bila anak sudah mulai menghiasi ruang hati ini.

Kalau dulu, waktu ke negara Tembok Besar..perasaannya sedikit berbeza. Waktu tu, kami masih berdua. Saya akur dan bersyukur, anak kurniaan Ilahi menjadi penguat kasih sayang dan cinta kami. Oh! Terasa romantik pula..hehe

Nak baca sampai habis »

Jun 20, 2010

Bila semuanya jauh di mata…

Saya sekarang berada agak jauh dari tanah air Malaysia. Saya pergi honeymoon ke? Oh! tidak..kalau honeymoon, pasti saya tiada masa untuk berinternet lagi..hoho..jangan marah yer..

Sebenarnya, saya berada di Mashad, bandar kedua terbesar selepas Tehran. Ya, betul. Saya di negara Iran. Jadi, sebab itu saya jarang sangat terjah dan meninggalkan komen di blog kawan-kawan.

Bila semua jauh dimata, barulah rasa rindu dan sayang itu akan terasa. Terutamanya bila isteri dan anak tersayang tiada disisi. Rindu itu hanya Allah yang tahu. Benarlah kata orang tua-tua, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan. Baru ‘feel’ rindu dan sayang akan benar-benar lebih meresap. Tapi bukan bermakna, kalau tidak ditinggalkan, perasaan itu tidak wujud. Jangan salah faham yer..

Blog yang ditinggalkan tidak ber’update’ tapi masih sempat saya pesan pada isteri tercinta untuk tolong kemas kini keputusan semasa bola sepak Piala Dunia bila ada masa. Terima kasih sayang! Ya..betul..baru tahu kena ada backup team..macam Kak Jie kita yang ada pasukan backup yang kuat.

Buat semua kawan-kawan dan pengunjung blog ini, jutaan terima kasih buat anda semua. InsyaAllah, bila dah balik Malaysia nanti, akan saya terjah blog anda semua.

InsyaAllah juga, saya akan ceritakan dan sertakan gambar barang sekeping dua di Bandar Mashad ni. Sekadar berkongsi cerita dengan anda semua yang sungguh cool dan memotivasikan saya.

p/s – Buat isteri tercinta, jaga diri dan anak-anak yer..tunggu abang balik nanti ek..:D

® hafizmd – walau jauh dimata, ianya tetap dekat dihati..

Pages:«123

Papan Iklan


Kategori Entri