Syabas Harimau Malaya dan dot dot

- 14 December 2012. Updated 2 September 2013Sukan

Assalamua’laikum.
Apa? Korang tak puas hati? Rasa nak karate jer leher pengadil Korea tu? Sabor yop…sabor. Atenye, pengadil tu manusia juge…udoh suke main kad, sampe lupe etike. Apa namenye? Lee Ming Yu? Kacak ke? Nak tengok ghupenye? Kat sini takde gambornye, yop kene jenguk blog paling popular di Bandar Baru Bangi tu haaa…kat situ panjang ceritenye.

Apa yang dot dotnya? Meh sini ambe cerita…
1. Ambe tetap bangga dengan pasukan Harimau Malaya yang layak ke separuh akhir. Ramai yang rasa kita tak mampu lepas peringkat kumpulanpun. Kalah tetap kalah, tapi tetap kena ada post-mortem. Kat bawah ni ambe tulis apa yang ambe rasa. Setuju atau tak, terpulang…
2. Malam ni memang pemain kita ramai yang out. Serba tak kena. Memang nampak sangat tak menjadi dan…
3. Nampaknya, kad merah yang langsung tak logik untuk Fadhli Shas benar-benar kasi moral dan fokus pemain kita lari. 2 gol dalam masa 6 minit! Mamat siam yang provok dia lepas camtu jer. Memang macam dah rancang nak ‘keluarkan’ Fadhli Shas yang dah kena kad kuning.
4. Kenapa coach Raja tak tukar pemain awal-awal separuh masa kedua? Yang ni memang benar-benar mengganggu medula oblongata dan tulang rusuk ambe malam ni.
5. Nampaknya, coach Raja pasti akan letak jawatan lepas ni sebagaimana ynag dia janji sebelum kejohanan. Dia akan dikenang sebagai antara jurulatih terbaik pernah kita ada.
6. Nor Shahrul Idlan memang terbukti penyerang terbaik Malaysia setakat ni.
7. Nak tak nak, ambe teringat ketajaman tandukan Hairuddin Omar, larian deras dan kawalan tengah yang baik Badri Radzi dan mutu gelecekan serta tendangan berbisa Nor Farhan.

Tak cukup 7 perkara? Pandai-pandailah korang tambah. Ingat, puji jangan melambung, kutuk jangan berlebih. Kita tetap sayangkan skuad Harimau Malaya sampai bila-bila. Apa yang ambe tulis, sekadar pandangan ambe yang sayangkan sukan bola sepak Malaysia!

@hafizmd – Tahniah juga buat peminat Harimau Malaya yang terbang ke Bangkok malam tadi dan korang semua yang sentiasa sokong Harimau Malaya. Korang memang terbaik! Tahniah Harimau Malaya dan kita jumpa lagi Piala AFF Suzuki 2014.

{ 29 comments… read them below or add one }

donnyien December 14, 2012 at 2:58 am

Tahniah pasukan Malaysia walaupun kalah namun mereka sudah berusaha hingga ke peringkat separuh akhir. cuba lagi tahun depan. nampaknya belalai gajah lebih tajam dari gigi harimau.

Reply

hafizmd December 26, 2012 at 2:59 pm

Belalai gajah mmg lagi power..patutnya harimau kena panah mata gajah!

Reply

anif December 14, 2012 at 9:04 am

Apa pun saya tetap berbangga dengan Harimau Malaya..

Reply

hafizmd December 26, 2012 at 2:59 pm

Mesti bangga! yeahhh

Reply

beckhrooy December 14, 2012 at 12:17 pm

poin nombor 6 aku tidak setuju, Mat Yo main dengan teruk dan tamak asyik nak dribble tapi tak pernah menjadi, bola kena rampas mcm tu saja

Reply

hafizmd December 26, 2012 at 3:00 pm

Ambe rase itu saje ruang yg ade utk dia..main sole striker..itu yg ambe rase coach raja silap

Reply

Denaihati December 14, 2012 at 2:34 pm

bukan rezeki harimau malaya tahun ni. apapun tahniah juga sampai ke separuh akhir.

Reply

hafizmd December 26, 2012 at 3:00 pm

tahniah sbb sampai semi final..

Reply

maza December 14, 2012 at 2:53 pm

wah.. abg hafiz pun bikin komen HM ya.. hehehe
maza komen kat FB sendiri jerk..
udah penat komen, teman dok diam2 kat bucu dinding.. ahaks.. hehehe

Reply

hafizmd December 26, 2012 at 3:00 pm

hehe..mesti komen jugak..maklumlah…minat bola punya pasal..hehe

Reply

akubiomed December 14, 2012 at 3:10 pm

Perlawanan sukar untuk Harimau Malaya yang bermain 10 orang dan ramai pemain didalam senarai kecederaan. Agak sukar untuk mencogak strategi.

Reply

hafizmd December 26, 2012 at 3:01 pm

Bermain 10 org utk tempoh masa lebih 45 minit, mmg mencabar…

Reply

fiezaradzi December 14, 2012 at 5:07 pm

apa nak buat, sudah rezeki begitu. apa pun, tahniah buat skuad negara. buat yg lebih baik di masa akan datang. mungkin ini skuad utk dua tahun lagi, boleh jadi juara ni.. hehe

Reply

hafizmd December 26, 2012 at 2:57 pm

itulah..2 tahun lagi pulak

Reply

titan December 14, 2012 at 6:21 pm

hemm..takde rezeki. kat thailand takde cendol. tu pasal kalah.

Reply

hafizmd December 26, 2012 at 2:56 pm

hahaha..cendol takde?lawak

Reply

padin December 14, 2012 at 8:59 pm

aku setuju dengan idea nor farhan… much better daripada amar yang bertahan tapi tak macam bertahan….

Reply

hafizmd December 26, 2012 at 2:55 pm

Farhan patut ada dalam top 11…tp entah kenapa tak panggil langsung..huuuh

Reply

TehR December 14, 2012 at 11:48 pm

yups, tahniah untuk harimau malaya
kita cuba lagi 2 tahun akan datang

Reply

hafizmd December 26, 2012 at 2:54 pm

Kita tunggu 2 tahun lagi

Reply

pipoq December 15, 2012 at 11:45 pm

bila terbaca pasal pengadil dari Korea Selatan yang mengadili perlawanan Malaysia vs Thailand tu rasa macam nak gelak pun ada..rupanya memang kaki kad..hehehe

Reply

hafizmd December 26, 2012 at 2:53 pm

keh3..mmg sengaja cari pasal

Reply

Hafizul December 16, 2012 at 1:40 am

hahaha..mcm2 ragam permainan bola sepak ni kan,..sabar yer bro..huhu

Reply

hafizmd December 26, 2012 at 2:50 pm

hehe..mmg mcam2…seronok woo tgk bola msuk gol!

Reply

Ladfe Amir December 16, 2012 at 12:36 pm

memang susah sebenarnya nak pertahankan kejuaraan. mana2 kelab atau negara pun akan menghadapi situasi yg sama. tetapi sepatutnya kita rasa bangga dgn pencapaian Harimau Malaya. takdelah mcm sesetgh pasukan negara atau kelab. tahun lepas atau kejohanan lepas juara..tahun ni punya dah tersingkir awal kejohanan.

Reply

hafizmd December 26, 2012 at 2:48 pm

Paling tidak kita layak ke semi final..oklah

Reply

cik tom December 19, 2012 at 12:35 pm

tahniah team Malaysia!!

Reply

hafizmd December 26, 2012 at 2:42 pm

Walaupun tak masuk akhir,tahniah jugaklah

Reply

topijerami90 February 18, 2013 at 5:48 pm

memang sedih,harap ketua jurulatih negara ditukar

Reply

Leave a Comment