Suku Akhir Piala Malaysia & M.United vs Wigan

Assalamua’laikum.
Suku akhir Piala Malaysia. Cerita bola lagi? Biasalah, blog separa bola! Ambe juga separa kecewa dan gembira sekarang. Kecewa dengan prestasi pasukan Terengganu yang sudah boleh berkira- kira untuk mencari jurulatih baru malah mungkin juga pengurus pasukan yang baru! Dakwaan isu jual perlawanan dan isu disiplin pemain amat mencalar imej pasukan Penyu dan mengejutkan seluruh peminatnya.

Sampaikan ada pemain Terengganu yang menjalani ujian bercakap benar iaitu ujian poligraf. Menarik sungguh drama bola sepak Terengganu tahun ni. Demi kebenaran, ambe rasa ada baiknya juga pemain ini diuji sebegitu. Kalau benar, apa nak takut? Terkini, keputusan ujian poligraf ke atas penjaga gol Terengganu menunjukkan yang beliau bercskap benar ( beliau tidak menjual perlawanan). Lega ambe!

Oklah. Pasukan korang masuk suku akhir tak? 8 pasukan yang layak ialah Lions XII, Johor FC, Kelantan, ATM, N.Sembilan, Felda United, Selangor dan Pahang. Mana satu pasukan pilihan korang? Kalau takde, pilih sajalah mana yang berkenan yer…

Jadual perlawanan suku akhir Piala Malaysia:
– Lions XII vs Pahang
– Johor FC vs Selangor
– Kelantan vs Felda United
– ATM vs N. Sembilan

Kalau ikut kekuatan atas kertas, Selangor dan Kelantan nampak macam berpeluang cerah untuk layak ke separuh akhir, tapi itu hanya andaian. Bola tu bulat, apa-apapun boleh jadi.

M.United vs Wigan
Manu menang 4-0. Orang lama, Scholes masih lagi berbisa apabila membuka jaringan pertama. Diikuti oleh Chicharito yang melepasi perangkat offside, Buttner yang menggelecek beberapa pertahanan Wigan dan akhirnya rembatan kaki kanan dari luar kotak penalti oleh Powell. Inilah berita gembiranya untuk ambe!

@hafzimd – Arsenal nampak steady jugak walau tanpa V.Persie. Hebat!