Liga Super Dah Nak Tamat!
Assalamua’laikum.
Semalam, Liga Perdana tetap berlangsung walaupun dalam keadaan jerebu. Kesian pulak tengok pemain beraksi dalam keadaan ‘berasap’ di Stadium Selayang. Ambe tak pergi pun, tengok dalam berita ajer. Semalam ambe kuatkuasakan tempoh berkurung 24 jam ke atas anak isteri. Ambe jer yang boleh keluar sekejap =) Malam ni, aksi ke-20 Liga Super. Jadi, ada lagi 2 perlawanan terakhir sebelum kita tahu pasukan mana yang bakal merembat Piala Liga Super. Oh! Adakah ia bakal menyeberang ke Singapura?
Perak vs Lions XII
Ambe rasa inilah masanya Perak kembali mengaum garang. Minggu lepas kalahkan Pahang 2-1. Lions pulak hanya perlu 6 mata (2 menang) lagi untuk ‘menculik’ Piala Liga Super untuk dibawa dan diraikan di Kota Singapura. Oh! Ini pasti mengecewakan seluruh peminat bola sepak Malaysia!
[Keputusan penuh:Perak 1:Lions 1]
Siaran langsung Liga Super Astro Arena 25 Jun 2013
Siaran langsung jam 8.45 malam: Kelantan vs Pahang. Kelantan nampak garang bebenor masa lawan Terengganu hari tu. Sampai hati belasah Terengganu 4-0..huhu. Pastinya semangat pemain Kelantan untuk akhir Piala FA vs Johor DY semakin berkobar-kobar. Jangan lupa tengok live malam ni di Astro Arena. Boleh jugak tengok live streaming di sini;
- Live streaming Kelantan vs Pahang (channel 15) & Live streaming ATM vs Terengganu (channel 13)
Perlawanan ke-20 pasukan lain
- T-Team vs N.Sembilan. 8.45 mlm.
- Selangor PKNS 1 vs Selangor 2. 8.45 mlm.
- ATM 1 vs Terengganu 1. 8.45 mlm.
- Johor DT 1 vs Felda United 1. 8.45 mlm.
- Perak 1 vs Lions XII 1. 8.45 mlm.
- Kelantan 2 vs Pahang 0.
Ambe secara peribadi melihat taktikal dan kebolehan pemain Lions XII memang bagus samada atas padang rumput biasa, lebih-lebih lagi atas padang rumput tiruan.
Tahniah Sarawak menjadi juara Liga Perdana 2013!
@hafizmd – Liga Super 25 Jun 2013. Apakah Lions XII masih ada dalam Liga Super musim 2014?
kena bersatu menghalang piala malaysia ke seberang tambak..
betul tuh bro, setuju
macam marah sahaja
orait tetap sokong Selangor
ohh..malam ini ada game lagi ek..
tahu bro layan bola sambil fb online jerkan heee
@suri, ini mmmg kerja dia dah..hehehe
itulah kerja tak tidur haaa
ni mesti tak minat bola ni
@DT, bukan tak minat titan ni..saje buat poyo…hahaahhaa
poyo ke laut oh tak mungkin
layan bola la malam ni..hehe.. 🙂
tak minat bola.. ambe tu memang minat sangat
@DT, hehehee..takleh pisah ngn bola dah ambe ni…hahaha
Rsanya kelantan jugak yang menang..hehe..bgus tindakan tu..sayangkan anak dan isteri, kurung-kurungkan..hehe
benar tekaannya.. kelantan menang lagi
@DT, milik kelantan tahun ni
piala dak sampai kat komplek kastam, bro
selangkah je lagi nak melintasi sempadan
adui…sesak nafas ambe lagu ni…3 mata jer lagi…bye2 liga super
yeh. selangor menang lagi..
alah suka bagai nak raklah tu
suka sangat selangor menang
@DT, geng2 selangor ni
mana2 solong memang senyum lebar
macam piala nak kluar malaysia je..
adohai……sedihnya
layan dengan tidak hee..a.k.a kerja potong baju jer heeee
baguih tu suri…duit pun masyuk
ingat kain ingt dapat duit heee..syukur
memang diorang sapu bersih masa main kat home diorang, cuma cicir mata lawan JDT aritu.. hehe apepon Selangor dan pintas JDT di saat akhir, last game tu mmg jadi penentu,
Best jugak liga super musim ni…Selangor mesti fokus Piala Malaysia lepas ni
sukan bola setahun sekali mesti meriah.kalau ada gaduh-gaduh memang saya tak berkenan langsung
tak perlu gaduh gaduh ni sebenarnya
@DT, tak bagus gaduh2…hehehe
@suri, betul tu…nak tgk bola bukan tgk gusti
main undi pula biar benar
Saya amat setuju dengan pendapat awak… cuma saya rasa…
hal nie perlu di kaji dengan lebih mendalam…