Selangor Menang, Terengganu Kalah!

Assalamua’laikum. Malam ni ada game liga super. Keputusannya taklah mengejutkan sangat berbanding kejutan Chelsea membenam Arsenal 6-0 dalam Liga Perdana Inggeris!

Keputusan penuh Liga Super 22 Mac.
Selangor 1 vs Kelantan 0
– Sime Darby 3 vs Terengganu 2
– Perak 1 vs T-Team 1
– Lions XII 2 vs PKNS 1
– Pahang 3 vs Sarawak 1
– JDT 1 vs ATM 1

Carta Liga Super setakat ni…masih tak banyak jauh beza mata antara top 4. Top 4  Liga Super sekarang dikuasai oleh Pahang, Terengganu, Kelantan dan Selangor. 4 pasukan ni, semua 13 mata. Beza cuma jaringan gol.

image

Keputusan paling menarik bagi ambe ialah kalahnya Terengganu 2-3 dengan Sime Darby “The Giant Killer” yang makin berbisa. Nampaknya, takde pasukan yang konsisten setakat ni.

Persaingan pasukan mana yang layak jadi juara Liga Super musim ni masih terbuka luas. Ayuh, sokong pasukan anda sehabis baik!