Selangor & Kelantan Wakil Malaysia Ke Piala AFC 2014

berita sukan bola sepak Malaysia

Assalamua’laikum.

Puas hati. Tahniah buat Kelantan sebab menang bergaya 2-0 ke atas Lions XII tadi. Satu gol cantik dari sepakan sudut oleh Piya dan gol kedua oleh Dickson cukup untuk membuktikan ada pasukan yang mampu menyekat dan merampas kembali Piala Liga Super musim 2014.  Selangor walaupun seri 1-1 dengan Johor DT, 1 mata kiranya memang ngam-ngam untuk mereka kekal di tangga kedua liga. Serius, tak sangka Selangor yang digelar pakar seri di pertengahan musim, dapat menjadi naib juara!

Saingan Liga Super 2013

Ambe boleh kata yang musim 2013 antara yang seronok untuk dinikmati. Belum terbaik tapi wajar terima pujian. Dengan pasukan Johor DT yang ambe pun tak faham, kenapa ramai sangat yang bengang dengan pasukan ni. Ambe tengok Johor DT wajar diberi pujian atas persembahan musim ni.

Johor DT memang pasukan bertaraf bintang. Agaknya sebab ramai bintanglah, ramai yang mencemuh sebab kononnya tak perform! Oklah tu dapat nombor 3 dan masuk akhir Piala FA. Dengki ke der? Bagi ambe, mereka yang mencemuh pasukan lain adalah mereka yang kurang semangat kesukanan. Ini pendapat peribadi ambe jer.

Selangor dengan 10 kali seri musim ni. Ambe kira, musim depan Selangor perlu tambah pemain yang lebih berbisa di bahagian serangan dan tengah. Shahril Ishak pun ok jugak! Pemain kental seperti Amri Yahyah perlu dikekalkan.

Terengganu. Tahun ni ambe boleh kata agak mengecewakan berbanding musim lepas, kecuali dalam aksi Piala FA. Ambe yakin, jika pemain betul-betul fokus, Piala Malaysia boleh di bawa balik ke Terengganu musim ni…yeahhh!

Tunggu aksi Piala Malaysia 2014

  • Playoff untuk 2 tempat terakhir akan berlangsung pada 8 Julai, jam 9.45 malam. N. Sembilan, Felda United, Sabah dan Pos Malaysia akan merebut 2 slot terakhir.
  • 10 pasukan dari Liga Super dan 4 pasukan dari Liga Perdana layak secara automatik ke Piala Malaysia.
  • Undian peringkat kumpulan akan diadakan pada 27 Julai 2013.
  • Perlawanan pertama dijangka pada 17 Ogos 2013.

Tamatnya kempen Liga Super yang ambe sifatkan memang menarik dan dramatik. Walaupun dah tamat, entri sukan tetap akan menghiasi blog ambe ni. Maklumlah, dah suka sukan. Cuma mood nak menulis jer kadang-kadang pergi ke laut!

Isnin ni, pasukan Harimau Malaya akan turun lawan Britain dalam Sukan Universiti Dunia. Dengar khabarnya, Algeria tarik diri. Kalau betul, kiranya Harimau Malaya dah dikira layak ke pusingan berikutnya! yeah…

@hafizmd – Majulah Sukan Untuk Negara! Kenapa bukan Johor DT yang wakil Malaysia ke Piala AFC (sebab Lions dah jadi juara, kenalah pilih Juara Piala FA untuk ganti tempatnya – thanks Titan). Aksi persahabatan Malaysia vs Chelsea dan Malaysia vs Barcelona!