Portugal vs Republic Czech & 10 Pemain Terbaik Peringkat Kumpulan

Assalamua’laikum.

Berita bola. Peringkat kumpulan baru saja habis dan sempatlah peminat setia bola betul-betul rehatkan mata malam tadi. Awal pagi ni, suku akhir pertama, Portugal vs Republic Czech. Kalau Portugal ada penyerang terbaik Eropah, jangan lupa yang Republic Czech memiliki Peter Cech, penjaga gol Chelsea yang membantu Chelsea menjadi juara Liga-liga Eropah tahun ni. Aku pasti perlawanan awal pagi ni, mesti menarik terutamanya adanya Mereiles (juga pemain Chelsea) yang semakin baik prestasinya.

Kalau ikut rekod pertemuan Portugal dan Republic Czezh, kelebihan memihak kepada Portugal yang menang 3 kali, kalah 2 kali, dan seri 2 kali. Korang tengok saja rekod perlawanan kompetetif antara dua pasukan ni;
suku akhir euro 2012 portugal vs republic czech Jadi, atas kertas memang nampak Portugal ada kelebihan dari segi ketajaman serangan dengan jumlah gol 7 berbanding R.Czech 5 gol. Apapun, tu hanya statistik dan Euro 2012 tahun ni cukup dramatik dengan penyingkiran Oranje, kemaraan Greece, tuah England, Germany dengan rekod tanpa kalah dan kehebatan Sweden menewaskan France. Mungkin awal pagi ni, ada lagi kejutan yang bikin korang tak lalu nak update blog.

Korang dah tengok siapa pemain 10 permain terbaik Euro 2012 setakat peringkat kumpulan ni? Pemain terbaik ni dipilih berdasarkan score tertentu seperti kejayaan hantaran bola, jaringan gol, hadangan yang berjaya dsb. Jadi, korang tengok dulu senarai 10 pemain terbaik Euro 2012 setakat 21 Jun 2012. Lepas ni, mesti berubah punyalah! Korang jangan terkejut sebab takde pemain feveret korang…hehehehe
10pemainterbaikeuro2012, siapa pemain terbaik peringkat kumpulan euro 2012?

@hafizmd – Korang rasa sape menang malam ni dan berapa keputusannya? Aku? Portugal menang 3-1.

Sumber rujukan: uefa.com & footymad.com