Piala AFF Suzuki:Malaysia vs Singapura

- 25 November 2012. Updated 5 April 2013Sukan

Assalamua’laikum.

Keputusan penuh perlawanan Malaysia vs Singapura pasti dinanti semua. Demam Piala AFF Suzuki dah bermula. Ambe antara jutaan rakyat Malaysia yang menaruh kepercayaan pada skuad Harimau Malaya dalam misi mempertahankan kejuaraan dua tahun lalu. Memang betul kata orang, nak pertahankan juara lagi payah berbanding mencapainya. Kita yang nak kekalkan kedudukan Alexapun payah, apatah lagi mereka, skuad Harimau Malaya! Tapi, ambe yakin kita mampu tewaskan Singapura malam ni. Kenapa?

Faktor Penyokong Malaysia

Rata-rata kita dengar ramai yang kurang yakin dan kecewa. Biasalah. Kalau kita kecewa, maknanya kita sayangkan pasukan bola kita. Kalau tak ambil kisah, itu yang tak patut. Kalau bukan kita yang sokong, takkan nak harap pekerja Indonesia ataupun Bangladesh yang sokong? Mereka juga ada negara untuk mereka sokong? Kita? Memang ambe akui, sakit juga mata tengok mutu hantaran dan tendangan pemain Malaysia dalam siri perlawanan persahabatan, tapi ambe rasa Malaysia sengaja simpan kuku!Ayuh, kasi semangat penuh pada mereka?

Faktor Pemain Harimau Malaya

Hampir semuanya adalah pemain yang menjulang piala dua tahun lepas. Jadi, faktor semangat dan pengalaman pasti memberi kelebihan pada pemain Malaysia. Cuma apa yang ambe risau ialah kebergantungan yang amat tinggi pada posisi penyerang iaitu kepada Mat Yo dan Safee Sali. Begitu juga posisi tengah yang bergantung kepada kelibat Safiq Rahim. Moga kelibat Wan Zack dan Gary Robbat mampu menjana peluang untuk penyerang menghasilkan jaringan!

Ambe rasa, dua faktor ini sudah cukup untuk Malaysia menang malam ni. Kalau kita nak mereka menang, pemain lagilah nak menang! Jadi, ayuh berikan sepenuh kepercayaan dan sokongan kepada skuad Harimau Malaya. Semoga mengaum hebat dalam siri Piala AFF Suzuki 2012.

@hafizmd – pastikan sokongan anda pada Harimau Malaya malam ni!

 

{ 30 comments… read them below or add one }

anif November 25, 2012 at 3:37 pm

Harap Harimau Malaya boleh menang! :D

Reply

hafizmd November 28, 2012 at 12:52 pm

Malam ni mesti menang lawan Laos!

Reply

akubiomed November 25, 2012 at 3:43 pm

Pertemuan Malaysia vs Singapura memang dinantikan. Harapan besar skuad Harimau Malaya mampu dapat 3 mata penuh.

Reply

hafizmd November 28, 2012 at 12:52 pm

Nampaknya tak kesampaian tapi malam ni mesti menang!

Reply

ohcikgu November 25, 2012 at 7:38 pm

ya. kita boleh menang. kena yakin boleh!

Reply

hafizmd November 28, 2012 at 12:51 pm

Yakin boleh!

Reply

Eszairy November 26, 2012 at 6:27 pm

Malaysia kalah sedihhh.

Reply

Jebeng Otai™ November 26, 2012 at 8:49 pm

mmg menyedihkan..

Reply

ohcikgu November 27, 2012 at 5:31 pm

memang super sedihhh!!

Reply

hafizmd November 28, 2012 at 12:38 pm

@ohcikgu, mmg supersedih…sedih tapi mesti sokong jugak!

Reply

hafizmd November 28, 2012 at 12:49 pm

@JO, sedih tp ttp kita sokong malam ni

Reply

hafizmd November 28, 2012 at 12:49 pm

@Eszairy, sedih mmg sedih bro..tp malam ni pakat sokong ramai2!

Reply

Syarih November 26, 2012 at 11:10 pm

sedih juga dengan kekalanan pertama pasukan kita….moga pasukan kita cepat bangun dan terus berjuang…

Reply

hafizmd November 28, 2012 at 12:48 pm

Mmg sedih tp peluang ttp ada malam ni

Reply

donnyien November 27, 2012 at 7:05 am

hai bro hafiz,
masih ada peluang untuk memperbaik kedudukan.. teruskan memberi semangat untuk mereka..

Reply

hafizmd November 28, 2012 at 12:48 pm

Hi,
Itu sudah pasti. Malam ni penentuannya

Reply

Juan November 27, 2012 at 7:47 am

Malaysia telah kalah, dah la ramai gila penonton di kedai mamak malam tu, tetapi kalah menjadi suram penonton penonton

Reply

hafizmd November 28, 2012 at 12:46 pm

hoho..harap malam ni penyokong ttp turun utk memberi sokongan padu

Reply

fiezaradzi November 27, 2012 at 2:04 pm

moga player bangun utk menang game akan dtg.. harap2 dorang main dgn lebih bagus..

Reply

ohcikgu November 27, 2012 at 5:43 pm

yap. mudah-mudahan mereka menang lawan laos dan indonesia nanti.

Reply

hafizmd November 28, 2012 at 12:37 pm

@ohcikgu, ameen…kena menang malam ni..

Reply

hafizmd November 28, 2012 at 12:39 pm

Bukan setakat bangun, kena lari sungguh2 malam ni…hehe

Reply

Denaihati November 27, 2012 at 9:04 pm

sentiasa sokong harimau malaya. tugas sangat berat tapi masih tak mustahil.

Reply

hafizmd November 28, 2012 at 12:36 pm

Misi menang malam ni. InshaaAllah

Reply

Hazmin Hamudin November 27, 2012 at 10:09 pm

Kutuk, kutuk jugak. Sokongan kita sangat diperlukan oleh mereka ni. Harap Berjaya la dalam perlawanan menentang Laos dan Indonesia nanti.

Reply

hafizmd November 28, 2012 at 12:36 pm

Kutuk jgan melebih sudahlah..hehe
Misi menang malam ni, dan harap Indonesia seri dengan Singapura..hehe

Reply

Hafizul November 28, 2012 at 1:36 am

emm bro, sy tak ikut bola ni..menang ke kalah malaysia?

Reply

hafizmd November 28, 2012 at 12:22 pm

hehe..kalah 3-0 ngn singapura…
eh, nape tak tengok? tengoklah malam ni…

Reply

Pemikir November 28, 2012 at 7:30 am

kita nantikan perlawanan malam ini. good luck malaysia. nice blog

Reply

hafizmd November 28, 2012 at 12:18 pm

Yup. Moga kemenangan milik Malaysia!
Terima kasih

Reply

Leave a Comment