Piala AFC:Kelantan ke Suku Akhir

Assalamua’laikum.

Kelantan yang baru saja merembat Piala FA sabtu lalu, mengganas lagi malam tadi apabila berjaya memeteh pasukan kesayangan aku, Terengganu untuk menang 3-2 dalam aksi yang aku rasakan lebih dramatik berbanding perlawanan akhir Piala FA. Ini hanyalah pendapat peribadi aku.

Aku ‘terpaksa’ juga tulis entri ni walaupun pahit. Kelibat sorang mamat ni memang aku rasakan makin berbisa ala-ala kala jengking. Siapa dia?

Dialah Norfarhan Mohamad. 2 gol hasil dari tolakan kaki kanannya sebijik bak sengat kala jengking. Habis ranap misi Terengganu untuk ke suku akhir. Apapun, aku tumpang bangga dengan negeri jiran aku ni. Walaupun banyak perlawanan besar, aku tengok semuanya steady jer kejar bola. Aku agaklah, depa semua ni minum kopi bujang kot? hehehe

Tahniah juga buat pasukan kesayangan, Terengganu. Walaupun kalah, aku rasa pemain dapat pengalaman yang cukup berharga. Harap dapat main lebih mantap dengan jurulatih Peter Butler tu untuk baki perlawanan Liga Super. Jangan kasi Lions XII juara pulak. Malu kita!

Sekian. Update ringkas yang tak berapa best 😀

8 pasukan yang layak ke suku akhir Piala AFC
1. Kelantan (Malaysia)
2. Choburi Football Club (Thai)
3. Al-Shorta (Syria)
4. Kuwait SC (Kuwait)
5. Al-Ettifaq (UAE)
6. Arema FC (Indonesia)
7. Arbil (Iraq)
8. Al-Wehdat (Jordan)

@hafizmd-Dalam misi untuk memeteh pengomen super power di blog……