Perlawanan akhir Piala FA – 5 sebab kenapa aku nak Terengganu lawan Kelantan…

Asssalamua’laikum

Harapnya semua penyokong Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor sihat dan sudah kebah dari ‘terdemam’ pusingan pertama separuh akhir Piala FA. Mana tak demam, bagi penyokong pasukan Terengganu (akulah tuh…), tengok gaya permainan separuh masa pertama, cukup buat aku rasa geram dan tertekan. Lagi-lagi bila kena 2-0.

Kagum aku bila pemain Terengganu makin bersemangat di 30 minit terakhir. Masa tuh, barulah aku yakin, Terengganu pasti boleh atasi defesit 2 gol Pahang….alhamdulillah…menang 3-2.

Lagi kagum, bila satu lagi perlawanan Kelantan lawan Selangor, sudahnya Gergasi Merah terkulai layu di kaki Pahlawan Merah! Bukan 1, bukan 2, bukan 3! Tapi 5 gol! Memang ganas dan rakus Pahlawan Merah kali ni….

Andai Terengganu berjaya kekalkan momentum dan Kelantan main macam biasa, pasti 2 pasukan Pantai Timur ini akan bertembung di peringkat akhir nanti.

Perlawanan akhir Piala FA & 5 sebab kenapa aku nak Terengganu lawan Kelantan.

Sebab aku nak tengok yang ni:

  1. Posisi penyerang : Kelantan ada Shahrul Idlan Talaha, Terengganu ada Ashaari Samsudin…dua-dua pernah mengisi slot penyerang skuad kebangsaan.
  2. Posisi penjaga gol: Kelantan ada Fahmi Che Mat, Terengganu ada Sarbini Alawee…dua-dua juga pernah menjadi penjaga gol skuad kebangsaan.
  3. Kedudukan semasa liga: Kelantan di tangga kedua, Terengganu di tangga ketiga…maksudnya dua-dua pasukan tunjukkan persembahan yang konsisten setakat ni.
  4. Peminat fanatik: Semua tahu, Kelantan punya peminat yang cukup hebat dan fanatik. Percayalah, kalau salah satu pasukan yang ke akhir adalah Kelantan, stadium mesti penuh…FAM mesti suka punya!
  5. Penjaring terbanyak: Setakat ni (Liga Super), top 3 ialah Shahrul Idlan Talaha (12 gol – Kelantan), Hadi Yahaya (10 gol – T’ganu), Badhri Radzi (7 gol – Kelantan)

Pasukan mana pilihan anda?

Mampukah Selangor dan Pahang bangkit menebus kecewa di gelanggang sendiri Sabtu lalu?

Malam ini, semuanya bakal terjawab!

® hafizmd – sebab akhir ialah kerana no kad pengenalan aku ada no 11….hehe