Memento Tak Terkalah Peminat Manchester United!

blog peminat manchester united

Assalamua’laikum.

Pagi tadi, peminat Manu mesti senyum lebar. Mungkin ada yang tidur senyum meleret sampai ke pagi. Nak pergi pejabat pun, semangat lain macam. Maklumlah, sebelum ni selalu kena booo dengan kawan sepejabat…hohoho. Biasalah, pasukan yang banyak trofi dalam kabinet memang selalu kena booo…hahaha..tapi itu cerita dulu-dulu. Sekarang, zaman David Moyes!

Gambar tak terkalah Manchester United vs Arsenal

Jarang sangat ambe berkongsi sukan bola sepak luar negara. Biasanya, hanya pasukan Malaysia dan pasukan negeri saje. Bukan tak minat, tapi tak berapa rajin nak tulis…hehehe. Oklah. Mengisi masa lapang entri hari Isnin, ambe takde nak cerita panjang, hari ni tak sempat nak fikir entri serius, layankan jerlah entri memento tak terkalah khas untuk peminat Manchester United!

tandukan van persie vs arsenal
Tandukan Van Persie meme power! Kredit gambar: BBC Sport
tandukan gol van persie vs arsenal
Goooooooooool! Kredit gambar: BBC Sport
Statistik perlawanan Manchester United sepanjang BPL 2013
Taktik David Moyes menjadi malam tadi walaupun pengusaan bola rendah dan jumlah hantaran bola yang paling rendah setakat ni.

~Memento bermaksud tanda kenangan atau tanda ingatan. Memang kenalah sangat untuk peminat Manu!

@hafizmd – Bola sepak sekadar hiburan. Jangan taksub tak tentu hala…hohoho….