Malaysia vs Yaman, Boleh Menang ke?

Malaysia vs Yaman Kelayakan Piala Asia. Harimau Malaya mengharapkan keajaiban untuk layak ke Piala Asia 2015. Lawan Yaman malam ni, jam 10 malam. Misi perkemas kembali skuad Harimau Malaya!

malaysia vs yaman kelayakan piala asia
Nazrin Nawi pun tengah power sekarang!

Malaysia vs Yaman, Wajib Menang ke?

1. Atas  kertas, memang payah dah nak layak ke Piala Asia 2015. Kena jadi pasukan ke-3 terbaik keseluruhan kalau nak layak sedangkan ada lagi beberapa pasukan lain yang pungutan mata mereka lebih baik. Takpe. Lupakan pasal layak atau tak. Itu era zaman Coach Rajagobal.

Ada live di Astro Arena 801. Pukul 10 malam ni. Kalau tak ngantuk, sila layan yer…

2. Kalau tak nak menang, nak apa? Malam ni, pukul 10 malam…aku nak tengok Malaysia boleh score. Berapa biji, tak kisahlah, janji ada jaringan. Hari tu lawan Filipina, striker tak berapa nak menjadi walaupun banyak peluang.

3. Nak tengok gandingan Piya-Safiq lagi sekali. Gandingan ni dikatakan mustahil dibuat masa zaman coach Raja tapi coach Ong buat masa lawan Filipina hari tu. Killer passing Piya dan Safiq nampak makin bagus. Ini yang penting. Hafiz Kamal pun dalam posisi terbaik sekarang. Nazmi Faiz tak turun malam tu, tapi dia mesti tak sabar nak main malam ni.

4. Khairul Azhan, Shakir Shaari, Junior,  Mat Yo. Ni semua coach Ong tak bawak ke Yaman. Jadi, bahagian striker kita ada Amri, Safee Sali. Tak kisah sape score, janji nak tengok bola masuk gol.

5. Akhir kata, buat FAM. Tolonglah dengar “rintihan panas” penyokong setia bola sepak Malaysia. Terima kasih.

@hafizmd – Dah baca pesanan untuk peserta SBB2014 belum? Gi baca sini, “Pesanan khas untuk peserta SBB2014