Malaysia vs Filipina : Cabaran Ong Kim Swee!

Assalamua’laikum.

Malaysia vs Filipina. 1 Mac 2014 di Stadium Perbandaran Selayang, jam 8.45 malam. Ini perlawanan pertama Harimau Malaya di bawah kendalian jurulatih Ong Kim Swee. Menariknya, barisan utama pemain kebangsaan tak jauh bezanya berbanding dulu, tetapi dengan adanya Piya terutamanya, dilihat mampu memberi tenaga baru di bahagian perancang tengah skuad Harimau Malaya!

malaysia vs filipina 1 Mac 2014

Harapan peminat bola sepak Malaysia hanyalah satu, baiki mutu gaya permainan. Kami dah bosan tengok taktikl jenis hantaran jauh, pertahanan gopoh campur kalut kawal bola, striker yang tak boleh score walaupun pintu gol dah takde penjaga gol. Itu semua antara yang ambe nak tengok. Bukan nak tengok banyak sangat pun, nak tengok main sedap. Itu ajerlah.

Menang ambe kira bonus, tapi kalau kalah dengan cara yang menyakitkan hati, itu memang boleh menyebabkan ramai peminat setia marah. Tapi, marah-marah kami pun, kami tetap juga sokong sampai bila-bila. Kami dah minat bola dan sayangkan sukan bola sepak Malaysia. Itu 100% nyata dan jelas!

Buat pemain Harimau Malaya, ambe rasa korang ada bakat besar cuma mungkin tak kena dengan gaya dan caranya. Harap-harapnya, dapatlah bermain lebih bersungguh-sungguh (dulu-dulu pun main bersungguh juga), dan buktikan yang korang layak berada dalam senarai pemain Harimau Malaya!

Buat coach Ong, nak juga tengok percaturan gandingan malam esok. Harap dapat ilham terbaik sebelum turun bertemu Yamen pada 5 Mac nanti.

hafizmd – All the best untuk skuad Harimau Malaya! auuuuuuuuum!!