Malam-malam Cerita Bola Ajer…

berita sukan bola sepak Malaysia

Assalamu’laikum.

Keputusan penuh: Malaysia 0 vs Bahrain 1. Dah nak masuk tengah malam. Agaknya ada yang dah tidur, tapi kalau tidur ajer khojenya, lagu mana nak kasi blog jadi tak terkalah. Betul tak? Encik Titan tak tidur 10 tahun untuk sampai tahap sekarang, jadi layaklah dia tuai hasil sekarang. Kita? Kena khoje kuat lagi berganda! Wokeh….Takde benda nak tulis, jadi ambe cerita pasal bola ajerlah. Malaysia vs Bahrain. Kalau anda tak minat bola, takpe….berikan kata-kata semangat kepada abang-abang bola kita yer…

Malaysia vs Bahrain

Baru jer habis separuh masa pertama tadi. Masih 0-0. Memang menjadi sangatlah taktikal bertahan yang coach Raja terap. Sampaikan Mat Yo dan Amri pun sampai bawah tolong geng bertahan. Memang bagus cuma masalahnya bila kita dapat bola, senang sangat kena kelepet balik dengan pemain Bahrain yang nampak kacak juge malam ni..hohoho

Mahali memang macam biasa bijak cari peluang untuk buat larian pantas. Ada sekali dia sempat crossing dalam kotak penalti, tapi sayang Mat Yo atau Amri takde dalam longitud dan altitud terbaik.

Pemain paling cemerlang setakat ni, ambe pilih Apek. Memang kuat betullah tangan Apek ni. Masih layak jadi antara keeper terbaik Malaysia…yeah!

Separuh Masa Kedua Malaysia vs Bahrain

Minit 58, Amri hampir saja jaringkan gol. Tendangan kencang dalam kotak penalti hampir memerangkap keeper Bahrain yang tinggi lampai tuh. Memang Amri masih lejen wooo!

Minit 71, akhirnya gol yang dicari Bahrain tiba jua. Pemain no.11, muka macam Bront Palare yang score. Bahrain 1 vs Malaysia 0.

Kesimpulannya, ambe tengok barisan tengah Malaysia, Kuna-Safiq-Guru-Alex kurang berkesan untuk kawal bahagian tengah. Mungkin Nazmi dan Nazrin wajar diberi peluang menentang Qatar di Shah Alam nanti

Kalah 0-1 menyempitkan lagi ruang untuk Malaysia layak ke Piala Asia 2015. Perlawanan selepas ni ialah Qatar dan Yaman. Dua game ni mesti menang kalau nak ke Piala Asia 2015. Ceritanya mudah, tapi tugas berat buat pemain Malaysia!

@hafizmd – Tamat udah cerita bola….esok cerita lain pulak! Inilah seronoknya ada blog. Masa untuk tidur…