Giliran Terengganu vs Kelantan & Selangor vs ATM!

Pasukan ATM Piala Malaysia 2013

Assalamua’laikum.

Live streaming Terengganu vs Kelantan. Perlawanan seteru utama sejak dulu lagi. Game paling last ialah perlawanan paling dramatik iaitu separuh akhir kedua Piala FA. Mesti peminat Terengganu dan lebih-lebih lagi peminat Kelantan akan ingat sampai bila-bila. Betul dok? Malam esok, sekali lagi Terengganu vs Kelantan mencari mata berharga untuk kukuhkan kedudukan dalam kumpulan C, Piala Malaysia.

Terengganu vs Kelantan & Selangor vs ATM

Terengganu kalah 0-2 kepada Skuad Jang dan Selangor seri 0-0 dalam perlawanan pertama. Ambe peminat Terengganu memang menaruh harapan tinggi untuk Skuad Penyu layak paling teruk pun ke separuh akhir. Kalau tak, ambe dan ramai lagi penyokong pasukan Ganu Kita akan terus kecewa musim ni. Kedudukan yang agak teruk dalam Liga Malaysia sudah cukup berbekas. Jadi harap sangatlah Terengganu menang malam esok.

Selangor yang seperti belum panas secukupnya dalam perlawanan pertama pasti akan all out malam esok. Tapi, ambe yakin sangat, ATM takkan beri laluan mudah. ATM pun agaknya masih terkejut kalah 3-4 kepada Sime Darby hari tu. Mungkin peluang yang baik untuk tambah luka ATM?

Jadi, buat peminat Selangor dan ATM, jangan lupa untuk saksikan siaran langsung Selangor vs ATM di Astro Arena 801. jam 8.45 malam esok! Dan boleh juga tonton 2 perlawanan ini secara live streaming di bawah;

Live streaming Terengganu vs Kelantan [channel 13]

Live streaming Selangor vs ATM [channel 15]

Antara pasukan yang ambe suka sebut ialah Kedah. Malam esok Kedah vs Perak. Kedah yang seri di Padang Besar hari tu pasti turun bersemangat beraksi menentang Perak yang menang 2-1 ke atas Sarawak. Nampaknya seperti pasukan Perak dan Kedah sudah kembali!

@hafizmd – Live streaming Terengganu vs Kelantan. Peteh Ganu Peteh vs Gomo Kelate Gomo!