Live Kelantan vs PKNS Piala FA 2014

Assalamua’laikum.

Semalam, paling hangat mungkin cerita seorang pemain dan penolong jurulatih T-Team angkah sumpah depan Al-Quran demi menegakkan kebenaran. Sampai ke tahap ini. Fuh! Ambe takde nak komen apa-apa pasal ni. Ok. Malam ni, suku akhir pertama Piala FA. 8 pasukan paling power setakat ni iaitu Kelantan, Selangor PKNS, Pahang, PDRM, Kedah, Johor DT, Sarawak dan KL Felda United.

Mampu tak pasukan ‘kecil’ buat kejutan?

1. Tengok dulu, jadual Piala FA 2014 malam ni.

Johor Darul Takzim FC 20:45 Kedah
PDRM 20:45 Pahang
Kelantan 20:45 Sel PKNS FC
KL Felda United FC 20:45 Sarawak

2. Siaran langsung di Astro Arena: Kelantan vs PKNS. RTM1 belum pasti ada live atau tak. Kalau ada, ambe update lain.

3. JDT vs Kedah -Kedah walaupun beraksi dalam Liga Perdana nyata bukan calang-calang pasukan. Setakat ni, 2 game tak pernah lagi kalah. Ambe yakin, memang takde laluan mudah untuk JDT malam ni!

4. PDRM vs Pahang – Menarik! Jurulatih Dollah Salleh berpeluang jumpa bekas pasukannya musim lepas. Ibarat ‘sireh pulang ke gagang’lah. PDRM pun tak pernah kalah dalam aksi Liga Perdana. Pahang masih segar menang ke atas JDT dalam game Liga Super hari tu. Azidan dan Hafiz Kamal. 2 pemain ni memang tengah perform sekarang. Azidan power dalam situasi bola mati.

5. Kelantan vs PKNS – Kelantan masih terkejut agaknya selepas kalah kepada Perak hari tu. Steve Darby banyak benda nak kena buat untuk gilap barisan pertahanan. Piya pun nampak kurang menjadi. PKNS. Menang selamba ke atas Terengganu untuk layak. Dua pemain yang ambe tengok nadi pasukan ni iaitu Nazmi Faiz dan Patrick Ronaldinho.

6. KL Felda United vs Sarawak – Coach Robert Alberts vs Irfan Bakti. Pertembungan taktikal yang hebat malam ni. Felda United yang ada Shukor Adan dan Shahurain Abu Samah boleh benam Ngap Sayot malam ni, tapi pemain Sarawak seperti Joseph Kalang Tie mampu menjadi peledak malam ni. Tengoklah aksi Kalang Tie. Cukup menghiburkan!

@hafizmd – Bola sepak sekadar hiburan. Jangan sebab bola, kita gaduh maki hamun sesama kita. Takde untungnya weh!