Liga Super 15 April & Tengku Abdullah Bakal Presiden FAM Baru?

Assalamua’laikum. Malam ni, ada 5 game Liga Super 2014. Pahang, Selangor dan Terengganu. 3 pasukan teratas. Selangor tak main malam ni, peluang Terengganu untuk rapatkan mata.

terengganu vs pkns fc 15 april 2014
PKNS vs Terengganu. Ada live di RTM1?

Pahang makin berbisa!

Jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan makin menjadi-jadi! Menang 2-0 kalahkan T-Team minggu lepas mengukuhkan Pahang di takhta Liga Super 2014. Nampaknya, Pahang tak perlukan jurulatih import dan pemain-pemain super bintang untuk kekalkan momentum mereka musim lepas. Terbaiklah! Memang Pahang ada “sesuatu” resepi yang menjadikan mereka  di tahap sekarang.

Jadual 15 April 2014:

  • PKNS vs Terengganu : Terengganu wajib menang. Harap Hj Man ada formasi lebih baik untuk barisan pertahanan malam ni. Nampak sangat longgar game sebelum ni.
  • Lions XII vs Pahang : Pahang mesti menang atau seri malam ni untuk sekat Lions XII
  • Sarawak vs ATM : Penyerang berbisa Marlon dah tak bersama ATM. Memang tak menjadi ATM musim ni.
  • Perak vs Johor DT (Siaran langsung di Astro Arena 801) : JDT perlu memang jika nak bersaing rebut takhta Liga Super.
  • Sime Darby vs Kelantan : Kelantan nampak dan serasi dengan taktikal Darby. Sime Darby dalam mood terbaik lepas menang 1-0 dengan Lions XII di Jalan Besar hari tu.

Sokonglah pasukan kesayangan korang setiap masa. Bukan masa menang jer! Masa kalah, sokonglah juga. Jangan kutuk sampai rebah motivasi pemain dan boleh buatkan kita bercakaran sesama sendiri.

Tengku Abdullah bakal bertanding jawatan Presiden FAM?

Menarik kalau Tengku Abdullah sanggup lawan bertanding jawatan ni. Tengku Abdullah antara mereka yang kembali memberi sinar dalam sukan hoki Malaysia selepas alami zaman “gelap” beberapa tahun lepas. Aku harap, Tengku Abdullah mahupun TMJ sanggup bertanding dan paling penting perwakilan negeri sanggup beri sokongan untuk perubahan FAM tahun ni! Kalau bukan tahun ni, tak tahulah tahun bila lagi.

Nicholas Anelka khabarnya dirisik untuk beraksi dalam salah satu pasukan terbaik di Malaysia! fuuuh…

@hafizmd – Bola sepak masih lagi sukan nombor 1 Malaysia.