Keropok Keping & Malaysia vs Indonesia

Assalamua’alaikum.
Keputusan terkini: Malaysia menang 2-0. Alhamdulillah. Pemain terbaik perlawanan? Ambe pilih Mahalli Jasuli. Setuju? Lawan Malaysia di separuh akhir ialah pasukan pilihan utama, iaitu Thailand.

Malaysia vs Indonesia. Apa yang korang rasa sekarang? Berdebar? Dah tak sabar? Ataupun tak rase apa-apa? Ambe memang antara jutaan penyokong Harimau Malaya yang dag tak sabar nak tengok ngauman Harimau Malaya malam ni. Mulanya ambe ada mesyuarat Rukun Tetangga malam ni, memang resah jugaklah fikir. Dahlah malam ni ambe nak ‘pergi’ stadium! Mana nak pergi mesyuarat lagi?

Ambe pagi tadi dah nekad nak ponteng mesyuarat malam ni. Apa nak jadi, jadilah…hehe. Tup-tup tengahari tadi, isteri tergelak baca sms yang dihantar oleh setiausaha KRT. Lebih kurang camni bunyinya, “…mesyuarat ditunda ke tarikh 2 Disember atas pemintaan ahli mesyuarat yang nak tengok bola…” 

Yahoooo! Mesyuarat malam ni tak jadi. Maka ambe bolehlah bersenang-lenang depan ‘stadium’ malam ni dengan isteri untuk perlawanan Malaysia vs Indonesia. Nak kena goreng keropok keping banyak-banyak. Buat bekal malam ni. Korang ada bekal tak? Kalau bujang, pergilah lepak kat kedai mamak. Kasi sorak kuat-kuat untuk pasukan Harimau Malaya! Apa barang sorak sorang-sorang kat rumah…

Apa jangkaan keputusan korang malam ni. Ambe yakin, kalau main macam lawan Laos hari tu dengan hantaran pendek dan dapat kawal bahagian tengah dengan baik, inshaaAllah boleh menang malam ni. Tak kisahlah berapa gol, janji bola tu masuk gawang Indonesia! Selamat berjaya khas untuk pemain Harimau Malaya dan jugak jurulatih Dato Rajagobal. Moga ada taktikal bagus malam ni.

Tajuk ada keropok! Mana gambar keropok kepingnya? Belum goreng lagilah. Tengah tulis blog sambil layan anak main kereta mainan….hehehe

@hafizmd-hidup mesti optimis! jangan pesimis. Cabutan bertuah sempena kontest iPhone 5 Gadget Impian juga mungkin ditunda ke hari esok…hohoho…