Pertembungan Epik Terengganu vs Kelantan!

Assalamua’laikum.

Terengganu vs Kelantan. Macam biasa. Pertembungan yang ambe kira memang bakal panas, menarik dan mendebarkan!

Terengganu Liga Super 2014
Zairo & Farhan – Senjata Terengganu

Farhan-Zairo-Manaf

3 trio senjata pemusnan Terengganu. Farhan dah nampak mula menjadi. Manaf yang dah kembali bermain selepas cedera sebelum ni pun dalam prestasi terbaik. Nampaknya, Terengganu ada peluang besar untuk terus kekalkan rentak kemenangan.

Berebut nak kalahkan Kelantan?

Team kuat dan penuh tradisi, Kelantan. Semua pasukan berebut nak kalahkan Red Warrior. Nampaknya, inilah saatnya untuk raih 3 mata berharga. Kelantan nampak kurang konsisten dan bukan dalam prestasi sebenar. Agaknya, taktikal coach Kelantan belum benar-benar serasi dengan gaya permainan pemain Kelantan sebelum ni.

Benteng pertahanan. Terengganu setakat ni memang cukup kental. Gandingan Bikana, Sharbine, Zubir, Azlan nampak ampuh setakat ni. Tengah senang cerita, sila sekat pergerakan licik dan lincah Piya.

Akhir kata, ambe harap Terengganu menang malam ni.

@hafizmd – Live Terengganu vs Kelantan di Astro Arena 801 & Lions XII vs T-Team di saluran Astro Prima.