Separuh Akhir Pertama Piala FA:Kelantan Selesa, Johor DT Belum Selamat!

Assalamua’laikum.

Kelantan [4] vs Terengganu [1]. Dickson Nawakaeme. Inilah nama yang bakal meniti disetiap bibir peminat bola sepak Kelantan. Kemasukannya memang menjadi pemusnah benteng Terengganu yang kebal selama hampir 80 minit. Ternyata kelibat Dickson Nawakaeme sebagai penyerang utama mereka begitu super pemusnah! Ambe boleh tenang selama 80 minit sehinggalah mamat berketak ni masuk.

Terengganu vs Kelantan 28 Mei

Selama sebelum Dickson masuk, ambe takde nak risau sangat tengok penyerang Kelantan, tapi bila tengok saja Dickson masuk, ambe pasti bakal ada kemusnahan yang berlaku buat kem Terengganu. Nyata memang benar. 10 minit, 4 gol berjaya Kelantan hasilkan. Hampir kesemua gol ni ada sentuhan emas Dickson Nawakaeme. Cukup licik, ligat, kental dan berbisa tendangannya!

Cukup menghiburkan aksi pasukan Kelantan yang tak kenal putus asa. Kecekapan Sharmiza (keeper Terengganu) teruji cukup baik. Nyata, semangat Kelantan cukup membara untuk pertahan Piala FA!

Separuh akhir kedua, pasti perit untuk Terengganu mencari 3 gol untuk menyamakan kedudukan. Mustahil? Ambe pasti, jika tiada kehadiran Ismail Faruqi, agak sukar untuk Terengganu jaringkan gol. Sebelah kaki, Kelantan sudah layak ke akhir Piala FA.

Pahang [0] vs Johor DT [1]

Gol Nunez memang cukup menarik. World class gol. Pahang tetap ada peluang cukup besar untuk ke akhir, cukup dapat 2 gol tanpa bolos di Stadium Darul Makmur, 28 Mei ni.

Satu jer mungkin kurangnya Pahang iaitu ketajaman penyerang mereka. Pasti Coach Dollah Salleh bakal menyediakan ‘perangkap’ terbaik buat Johor DT hari Selasa ni.

Bagaimana? Puas hati tak?

@hafizmd – Separuh Akhir Pertama Piala FA:Kelantan Selesa, Johor DT Belum Selamat! Ambe memang kecewa sebab Terengganu kalah tapi puas hati dengan mutu permainan kedua pasukan terutama Kelantan yang cukup best di 10 minit akhir perlawanan.