Kelayakan Piala Asia B-22:Malaysia vs Korea Selatan

Assalamua’laikum.

Keputusan terkini: Malaysia 2 vs Korea Selatan 3

Demam Euro? Layan-layan jugak, kan? Aku yakin, kita semua pasti 100% menyokong skuad Harimau Muda B-22 yang telahpun berada di Myanmar untuk sesi kelayakan Piala Asia 2012 Bawah 22 tahun. Kejohanan ni kali pertama diadakan (ganti kejohanan kelayakan Bola Sepak Olimpik Asia). Maka, automatik ia menjadi kejohanan kedua terpenting selepas Piala Asia AFC. Bila sepak mulanya? Pasukan Harimau mana yang menjadi wakil Malaysia?

Wakil Malaysia ialah Harimau Muda A yang dilatih jurulatih Ong Kim Swee. Korang tengok perlawanan Malaysia lawan Qatar minggu lepas? Masa tu, Malaysia menang 2-0. Cara permainan memang menarik, tapi korang janganlah nak banding dengan pasukan yang korang minat dalam Euro pulak yer…

Jadi, skuad kali ni tanpa kelibat Khairul Fahmi Che Mat yang sudah terlebih usia (23 tahun). Yang paling aku tunggu ialah kelibat Nazmi Faiz. Pasti banyak mata yang tertumpu pada tubuh kecil Nazmi Faiz yang berjaya memikat kelab Portugal, SC Beira Mar. Malaysia diundi dalam kumpulan G bersama Korea Selatan, Myanmar, Filipina, Vietnam & Chinese Taipei.

Bila sepak mula? Petang ni, jam 4.40 petang. Siap ada siaran langsung di Astro Arena. Jadi, kalau korang peminat setia Malaysia dan ada tempat untuk tengok Astro Arena (kalau jiran boleh kasi pinjam, ok jugak….hehehe), jangan lupa jap saja lagi. Harap paling tidak, kita dapat kutip satu mata.

Aku kongsikan juga jadual penuh perlawanan yang membabitkan pasukan Harimau Muda.

Malaysia vs Korea Selatan

@ hafizmd – Ada kumpulan lain yang berlangsung di Melaka. Jadi, kalau korang ada masa, boleh ke Stadium Hang Jebat dan Hang Tuah.