Juara Liga Super:Kelantan Mengamuk!
Assalamua’laikum.
Keputusan terkini: Kelantan 6 vs Perak 0.
Sempat jugak ambe (saya) intai-intai perlawanan Liga Super, Kelantan vs Perak. Ambe kalau bukan pasukan ambe minat, memang tak berapa nak intai. Lagipun, ambe kena jugak berkompromi dengan orang rumah ambe yang nak layan citer Korea. Barulah ambe jadi suami yang lebih baik. Perlawanan malam ni, ambe rasa memang berat sebelah. Ambe ingat Perak melawan, rupanya idok yop!
Pemain Kelantan
Memang ambe lama doh tengoknya, Kelantan memang ramai pemain berbakat dan berkualiti. Dari penjaga gol, Khairul Fahmi, NorFarhan, Badri Radzi hinggalah ke Ghaddar, Nor Shahrul Idlan, Indra Putra dan lain-lain. Memang cukup mantap. Walaupun orang kuat Kelantan, Tan Sri Anuar Musa digantung, pemain nampak tak terkesan langsung! Ambe akur, cara permainan Kelantan adalah yang terbaik tahun ni. Tak mustahil, Kelantan boleh pergi jauh dalam Piala AFC nanti.
Penyokong Kelantan
Bukan ambe saja yang tau, semua tau yang penyokong bola sepak Kelantan adalah antara yang paling setia dan bersemangat. Mainlah kat mana ceruk sekalipun, pasukan baju merah pasti ada. Memang ambe kagum. Walaupun ambe bukan rakyat Kelantan, tapi semangat deme patut kita contohi. Idok gitu yop?
Kelantan Juara Liga Super
Menang bergaya deme malam ni. 6-0. Agaknya deme ambil inspirasi Spain hari tu. Ambe memang rasa deme layak bebenor jadi juara Liga Super. Tahniah Kelantan sebab berjaya menewaskan Lions XII dalam perebutan juara. Walaupun ambe bukan rakyat Kelantan (ambe ni penyokong Terengganu), tapi ambe tak sanggup tengok pasukan luar bawak balik piala Juara Liga Super keluar dari Malaysia. Ambe ingat Terengganu mampu jadi juara, tapi lepas separuh perlawanan liga, ambe tak tau kenapa prestasi merudum. Ni baru nak naik balik. Apapun, tahniah Kelantan!
@ hafizmd – Dah tengok Khairul Fahmi (Apek) berlakon jadi pengawal keselamatan? Lawak-lawak…
memang terbaik la kelantan.. Kemah keming boh..
Mmg kemah keming!
Tahniah buat pasukan Kelantan!
belasahnya cukup2 pemain ipoh huhu…
@Suri, ada yg tak kena malam tuh…isk2
@Anif, tahniah kelantan!
pasukan Kelantan memang hebat. dicadangkan supaya pasukan Kelantan gantikan pasukan Malaysia untuk lawan Arsenal.
Mmg pasukan terbaik Malaysia sekarang, tp kalau nak ganti Harimau Malaya…rasanya takleh kot?hehehe
tak sanggup nak tengok ‘apek’ berlakon..kekekekek…
jadi pelakon gak akhirnya heeeee
@suri, mmg lawak gak apek ni berlakon…tak sangka…tapi ada gak fikir, kenapalah apek berlakon…hohoho
@Ros, mula2 tak sanggup gak, tp nak jugak tgk…hahaha
Tak sangka kelantan menag besar.haha..maybe tempias jurulatih baru kot…
mungkin juga..tahniah utk kelantan.. 🙂
@JO, tahniah Kelantan…mmg power!
Mmg rekod baru utk Bojan Hodak dan pasukan kelantan =)
Lily pernah menjadi rakyat kelantan selama lima tahun. Lily orang pahang dan memang fasih bahaso kelate ni.
Lily nak kata..Kelate memang mempunyai semangat ‘kenegerian’ yang sangat tebal lebih2 lagi dalam sukan bola. Ini pengalaman. Jangan marah ya, ore Kelate.
Semangat nya begitu emosi sekali. Emosi ini memainkan peranan penting dalam kejayaan bolasepak mereka. (Mourinho adalah salah seorang jurulatih bolasepak yang begitu percaya akan peranan emosi ini. Beliau coach terhebat). Oleh itu, sebab itulah kerjasama mereka begitu utuh kerana perhubungan dari segi emosi yang terlalu erat dan tebal di bawah bendera Kelantan.
Bak kata pepatah, “Cubit peha kanan, peha kiri jua terasa”
1. Setuju ngn Lily. Mmg mereka cukup kuat semangat negeri, tanda mereka setia dan kuat setiakawan =)
2. Mmg bila semua pemain ngam kat kat luar padang, mmg bila main…semua dah faham style masing2.
3. Pepatah ni mmg kena sangt2…
wah..kalau org luar boleh kecek kelate..mmg kelah!
takpe. janji selangor dapat tempat ke-3 pun dah kira kacak apa..
kalau nak lagi kacak, kasi terengganu pintaslah…hehehe
p/s-harap mana2 team dapat pintas lions xII
mmg leh katakan..skrg ni asyik kelantan je yg lead 🙂 thaniah buat pasukan kelantan dan para penyokong kelantan 🙂
Kelantan mmg tgh top sekarang…terbaik!
sy tak dapt tgok leka layan anak tdo awal eeee..
hehe…takpe2, layan anak lagi bagus…ohohoh
Deme memang belasah sungguh..
Alhamdulillah Kelantan menang. Dan yang paling penting piala tak keluar dari Malaysia.
Tahniah Kelantan.
Tahniah kelantan…best!
ni baru ler dikatakan GOMO kelate…
gomo kelate gomo!
team kelantan hebat!!
Mmg tahun kelantan tahun ni..
6 kosong memang mengamok habis la tu. Hahaha
Mmg tak sangka, sampai Cikgu Jang terus bercuti sebagai rasa tanggungjwab..
tahun ini milik kelantan…tapi yang paling best dapat mengenepikan sang sinag tu..kalau tak…tercalar la maruah bolasepak malaysia..piala liga super dibawa ke negeri orang
Itulah. Rasa gembira bila Kelantan dapat sekat singa tu..terima kasih Kelantan!
prestasi kelantan mendadak gila naik sejak 2010.. huhu dari dulunya takde mende skang perghh
Mmg mendadak, nak2 bila tan sri anuar musa teraju
tahniah. kelate.. apek pandai jgk berlakon.. haha..
tahniah kelantan
apek ada gaye jugak…hoho