Kelantan dalam kelas tersendiri!
Assalamua’laikum.
Kelantan menang besar tadi. Menang 6-1 tewaskan Johor DT. Layak ke separuh akhir dengan agregat 8-5. Ambe faham, penyokong Johor DT pasti kecewa. Nak-nak, kalah besar macam ni. Pasti perit, tapi ginilah bola. Tetap kena pasrah dan terima kekalahan ni. Tidur penyokong setia JDT mungkin kurang lena malam ni. Ambe pernah rasa juga saat-saat perit macam ni. Oh! Bola….
Dickson, Indra, Farhan dan Piya
1. Ambe kira, 4 orang inilah tulang belakang kejayaan Kelantan malam ni. Gol pertama Farhan memang cukup cantik. Nampak sangat dia dalam prestasi terbaik. Gol kedua Piya juga hasil umpanan Farhan. Tapi sayang, Farhan tetap takde dalam senarai jurulatih Dato Rajagobal!
2. Dickson. Susuk tubuh mamat ni memang senjata utama dia. Selain mutu kawalan dan tendangan super power dia. Memang berbisa. Tunggu saja nanti, mampu atau tak pertahanan ATM kekang Dickson.
3. Pertahanan JDT. Memang nyata teramat sangat. Pertahanan JDT memang ada masalah besar. Tak nampak ada persefahaman. JDT perlu cari pertahanan lain musim depan. Aidil sorang, tak cukup!
4. Safiq, Nunez, Awe. Memang tenggelam terus malam ni. Boleh kata, memang tenggelam. JDT yang biasanya hebat di bahagian sayap, malam ni memang tak nampak kelebihan ni.
5. Apapun, tahniah buat Kelantan yang selangkah untuk pertahankan kejuaraan Piala Malaysia! Menanti di separuh akhir, pasukan ATM.
6. Tahniah Sarawak! Layak ke separuh akhir dan akan bertemu Pahang di separuh akhir.
Nyata, kehilangan pemain utama Kelantan musim lepas bukan satu masalah besar buat Kelantan. Kelantan ambe boleh sifatkan, dalam kelas tersendiri malam ni.
@hafizmd – Kelantan vs ATM & Pahang vs Sarawak. Separuh akhir Piala Malaysia 2013.
macam gua kata dulu..kalau JDT main macam hari tu, diorang leh menang. Tapi masalahnya…tak jadi. Kelantan lebih cemerlang. So, kelantan lah lebih layak menang.
Kelantan dah pegang game sejak awal lagi..tengah JDT langsung tak jalan..bola tak sampai kat mat yo dan safee…
tahniah kelantan dan jdt!
tahniah kelantan satu permainan hebat mlm ini dan kenduri besar
Mmg puas hati
tahniah kelantan. penerangan macam ni akan buat semangat nak blogging ni.haha
tahniah kelantan dan jdt =)
hahaha..baguslah kalau gitu…hehe
‘Rugi’ pelaburan besar yang dibuat oleh Johor DT.
Mungkin, tapi bagi ambe, JDT masih lagi untung… =)
Keajaipan mengiringi skuad kijang, siapa yg percaya boleh bangkit sebegitu rupa…
tahniah, bagi ambe lepas ini kelantan menang atau kalah x kisah dah, janji lawan JDT memnag hehehe
Itulah Kota Bharu. Lain macam angin dia =)
hadui.. mungkinkah ketiadaan al-hafiz.. gawang jadi mudah bocor.. namun bukan itu punca yang sebenarnya.. benteng pertahanan terlalu longgar.. apepun tahniah buat kelantan mara ke separuh akhir… sob2..x.sedih woo
mungkin juga, tapi pengalaman terbaik utk keeper malam tu…
sabor jerlah =)
memang best Kelantan main malam tadi…puas hati tengok…
Apex siap makan nasi lagi kat tiang gol…sebab bola tak sampai kat dia…hahaha
hehehe…ingat apek dah balik rumah…hoho
balik sekejap…buang air…huhu
nampaknya pelaburan JDT setakat nih masih belum menampakkan hasil…
Bagi ambe, hasilnya sudah memadai sebab ini baru tahun pertama JDT ditransformasi =)
Tahniah buat TRW..memang diaorang main best malam tadi..mungkin disebabkan oleh aura “This Is Kota Bharu”..
Kota Bharu mmg selalu hangat!
tahniah buat kelantan. JDT dari awal sampai habis serba tak menjadi…takde rezeki.
Aku dah agak JDT selalu main macam yo-yo…
Menang kalah itu adat permainan, tapi yg tak bestnya penonton kena baling air kencing tu…
masa dekat larkin kelantan silap percaturan..nak bermain dgn selamat..first half masa dekat larkin kelatan main mmg hampeh
@BL, itulah citernya, bojan dah nampak dah masa kat KB…hohoho
bakal ke final ke tuh
tunggu game vs ATM nanti..ATM bukan calang2 juge