Jadual Suku Akhir Piala Malaysia Terengganu vs JDT!

- 6 September 2014. Updated 16 October 2014Sukan

Keputusan terkini JDT vs Terengganu suku akhir kedua Piala Malaysia: JDT 0 vs Terennganu 0

jadual penuh suku akhir piala malaysia 2014 terengganu vs jdt kelantan pahang

Jadual suku akhir Piala Malaysia. Pasukan pilihan korang?

Malaysia Cup 2014. Jadual Suku Akhir Piala Malaysia? Terengganu vs JDT.

JADUAL TERKINI Suku Akhir Kedua: 16 Oktober 2014.

Harap penyokong Terengganu bersabar. Mesti ada hikmah penangguhan Terengganu vs JDT ni. Boleh jadi kita akan menang besar nanti untuk Terengganu ke separuh akhir Piala Malaysia 2014! PETEH GANU PETEH!!!

Felda United vs Selangor, Pahang vs PDRM, Kelantan vs Kedah. Inilah jadual penuh suku akhir Piala Malaysia 2014.

Keputusan terkini Terengganu vs JDT

1. Terengganu vs JDT.  Sepanjang kempen Piala Malaysia 2014, JDT antara pasukan yang paling konsisten. Menang kesemua 6 perlawanan menampakkan skuad kendalian Bojan Hodak antara pasukan pilihan dalam pertembungan menarik Terengganu vs JDT.

2. Kekuatan pasukan Terengganu. Kemaraan Terengganu ke suku akhir kali ni dijana oleh barisan pemain tempatan. Gandingan Farhan-Manaf-Ashaari cukup menghadirkan gerun kepada pertahanan lawan. Umpanan lorongan cantik Ashaari seperti yang ditunjukkan dalam game Terengganu vs Sarawak tempoh hari bakal membuahkan hasil dalam pertembunga Terengganu vs JDT nanti.

3. Barisan pertahanan Terengganu memang bergantung harap kepada kekebalan dan keperkasaan Bikana. Tanpa Bikana, aku rasa pertahanan Terengganu bakal berdepan krisis pertahanan.

4. Kelibat Zubir Azmi yang sering melakukan larian over-lapping cukup menarik. Tak mustahil, Zubir bakal melakukan magis dalam pertemuan Terengganu vs JDT. Tak lupa Nordin Alias yang aku kategorikan antara pemain paling rajin atas padang. Selalu muncul tepat pada waktunya!

5. JDT pasti menggerunkan dengan kelibat Diaz, Mat Yo dan Figoruera serta Harris Harun. 4 rangkaian ni cukup konsisten. Rantailah 4 pemain ni!

Ayuh Terengganu, buktikan kita mampu layak ke akhir Piala Malaysia tahun ni!

@hafizmd – InsyaAllah, rasanya ada siaran langsung/live streaming Terengganu vs JDT nanti.

{ 8 comments… read them below or add one }

Hairul Azni September 6, 2014 at 8:30 pm

All the best untuk Team Terengganu..Pahang pulak akan bertemu PDRM..saingan getir jugak tu..

Reply

suri September 6, 2014 at 10:27 pm

semoga pasukan yang admin blogger luar sokong akan menang eh..kalau kata kalah jangan sedihlah uh..

semoga berjaya

Reply

kak yatiadam September 7, 2014 at 11:00 am

semoga menang ye.. pasukan admin..
kak yati pun minat bole sepak juga coz selalu teman suami tengo bola liga inggeris..
tapi x reti la nak ingat semua nama2 pemain.

jemput blogworking

Reply

Hafizul September 7, 2014 at 3:24 pm

Ya..ayuh terengganu..masih belum terlambat lagi tu..haha

Reply

yusri September 10, 2014 at 2:48 am

yeah!teganu pasti menyerlah tahun in…
peteh teganu peteh!

Reply

titan September 10, 2014 at 12:09 pm

yehh..selangor layak ke suku akhir. hoho

Reply

TehR September 11, 2014 at 6:19 pm

kelate kena lawan kedah
tak tau la apa jadi nanti

Reply

Adib Site September 13, 2014 at 1:19 am

yeay,,kedah pun layak dalam suku akhir ni..

Reply

Leave a Comment