Jadual Siaran Langsung Piala FA Suku Akhir 6 April 2013
Assalamua’laikum.
Jadual Siaran Langsung Piala FA Suku Akhir 6 April Astro Arena 801 & 802. Perlawanan suku akhir pertama Piala FA bakal menemukan 8 pasukan. Selangor, Johor DT, Kelantan, Terengganu, N. Sembilan, Sarawak, Sime Darby dan Pahang. Perlawanan tumpuan pastinya terarah kepada pertembungan Johor DT vs Selangor dan Kelantan vs Sarawak. Pasukan pilihan anda?
1. Siaran Langsung Piala FA Suku Akhir Pertama Astro Arena
Dua perlawanan siaran langsung di Astro Arena ialah;
- Kelantan vs Sarawak. 6 April. 8.00 malam. Astro Arena 801
- Johor DT vs Selangor. 6 April. 8.45 malam. Astro Arena 802.
2. Live streaming Piala FA Suku Akhir
Tonton live di sini –> Link live streaming Johor Dt vs Selangor & Kelantan vs Sarawak
3. Perlawanan suku akhir lain Piala FA;
- N. Sembilan vs Terengganu
- Pahang vs Sime Darby
4. Khidmat terakhir Guiza dalam pasukan Johor DT pasti akan dikenang seluruh penyokong setia Harimau Selatan. Del Nero juga pada ambe antara pemain import yang cukup berkualiti. Sama seperti Guiza.
5. Terbaru, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim meletak jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ). Mungkin untuk ‘meredakan’ situasi panas yang melanda TMJ selepas pergantungan 6 bulan.
6. Skuad Hoben Jang Hoben yang menghuni kelompok bawah Liga Super pasti akan mencari tonik terbaik beraksi di tempat sendiri menentang Penyu yang terluka akibat tewas di taring Harimau Selatan dalam aksi Liga Super yang lalu. Piala FA pasti menjadi ubat terbaik buat dua pasukan seolah-olah kehilangan rentak musim ini.
6. Selangor punyai rekod baik ke atas Johor DT (pertemuan terakhir Selangor menang 4-1) pastinya bermisi untuk bangkit selepas tewas 1-2 kepada Sa Gon Xuan Thanh sebentar tadi dalam saingan Piala AFC.
7. Turut mencuri tumpuan ialah finalist Piala FA tahun lalu iaitu Sime Darby dan pasukan Sarawak. Mungkin Sarawak mampu memberi kejutan terbesar tahun ni.
8. Ayuh, pakat ramai-ramai kita memeriahkan stadium dengan sokongan kepada pasukan masing-masing. Kalau tak, boleh layan di Astro Arena, live streaming atau di saluran RTM1 (akan cuba dikemaskini secepat mungkin).
@hafizmd – Jadual Siaran Langsung Piala FA Suku Akhir 6 April 2013. Demam kempen semakin hampir!
takut nak tengok johor lawan selangor ni.. fuhhh
Dua pasukan hebat ni..
itu la.. sokong yang menang je la.. he he
confirm layan bola la ni sabtu nanti..
bro, tarikh atas dan bawah tu 6 Mac..
Confirm. Ambe terpakse korbankan minat sbb ade meeting pulak malam sbtu ni…huhu
terima kasih bro kulanz. sudah ambe perbetul.
kena gi stadium ni…
6 april.. tarikh keramat tu.. hihi.. (ops, takde kena mengena dgn bola..)
team negeri tak de.. malas nak cerita..
Hm…JDT dengar cite ada player baru 😉
semua perlawanan panas ni :0
pasukan2 hebat bertanding merebut piala
kalau sukar nak pilih, jom pakat2 sokong kelantan je
hehe
hehe..kalau kelantan dan terengganu lepas, kita jumpa kat semi final =)
malam esok ya..okay noted..leh layan tgk bola..hehe
Camne? IM puas hati tak?hehe