Jadual & Siaran Langsung Piala FA Pusingan Kedua 26 Februari Astro Arena 801

- 25 February 2013. Updated 26 February 2013Sukan

Assalamua’laikum.

Jadual Piala FA Pusingan Kedua & Siaran Langsung di Astro Arena 801. Piala FA pusingan kedua akan bermula esok, 26 Februari 2013. Pusingan kedua juga adalah berformat kalah mati.  Selangor telahpun layak ke suku akhir selepas tewaskan Sabah 3-0. Antara perlawanan tumpuan ialah Kedah vs Johor DT dan Kelantan vs Selangor PKNS. 

1. Siaran Langsung Piala FA di Astro Arena 801 26 Februari ialah;

  • Kedah vs Johor DT. 8.45 malam. Std. Darul Aman Kedah. Mampukah Kedah menyingkirkan pasukan yang memiliki barisan pemain bintang?
  • Penang vs Terengganu. 4.15 petang. Teruja untuk melihat kemunculan pasukan dari Liga FAM bertemu pasukan Liga Super. Apakah bakal ada kejutan?

2. Jadual lengkap Piala FA bagi perlawanan lain;

  • Terengganu T-Team vs Sime Darby. 4.15 petang.
  • Pos Malaysia vs N.Sembilan. 4.15 petang.
  • Kelantan vs Selangor PKNS. 8.45 malam.
  • Sarawak vs Pulau Pinang PBAPP FC. 8.45 malam.
  • Pahang vs Tentera Darat. 8.45 malam.

3. Lagi pemain Malaysia pulang dari Portugal! Isu terkini yang hangat ialah kemungkinan besar Fakri Shaarani akan kembali ke Liga Super menyarung jersi Kelantan. Dengar katanya, sudahpun menandatangi kontrak bersama pasukan Kelantan bagi menguatkan jentera serangan. Update: Fakri Shaari sah milik pasukan Kelantan selepas mengikat kontrak setahun.

4. Kelantan vs PKNS Selangor. Mampukah Kelantan bangkit dalam saingan Piala FA selepas berjaya menunjukkan permainan yang lebih baik semasa seri 2-2 semasa menentang Pahang? Selangor PKNS ternyata bukan lagi pasukan underdog selepas berjaya seri 0-0 dengan pasukan Selangor dalam aksi Liga Super yang lalu.

5. Penang vs Terengganu. Pastinya penyerang profilik Terengganu, Ashaari Samsudin ingin terus mencetak gol demi membawa pasukan terus ke peringkat suku akhir. Aksi ala ‘yo-yo’ pasukan Penyu pastikan membimbangkan seluruh peminat mereka termasuklah ambe. Kejutan tewaskan ATM cukup sedikit melegakan. Harap kekalkan momentum untuk terus ‘nelang’!

@hafizmd – Jadual & Siaran Langsung Piala FA Pusingan Kedua 26 Februari Astro Arena 801.  Ambe kini layan live streaming Liga Super, BPL di laman ini –> Live Streaming Bola Sepak Malaysia, BPL dan liga utama dunia.

{ 17 comments… read them below or add one }

titan February 25, 2013 at 3:33 pm

pkns selangor boleh! yehh! haha

Reply

hafizmd February 26, 2013 at 9:15 am

hehe..abang sudah lepas, giliran adik pulak menguji kekuatan sebenar =)

Reply

hafiz February 26, 2013 at 12:01 am

harap Johor boleh menang

Reply

hafizmd February 26, 2013 at 9:15 am

Pasti Coach Fandi Ahmad dah siap2kan kejutan utk tuan rumah

Reply

cikgu naman February 26, 2013 at 12:22 am

gomo jange tok gomo..hehe

Reply

hafizmd February 26, 2013 at 9:14 am

Kelate dalam mood terbaik sekarang =)

Reply

hatiputera February 26, 2013 at 1:05 am

Harap johor menang nanti,,,

Reply

hafizmd February 26, 2013 at 9:14 am

Kita tunggu malam ni. Pasti sengit!

Reply

yusri February 26, 2013 at 3:39 pm

Semoga JDT pulang membawa mata penuh malam ni…

Reply

yusri February 26, 2013 at 3:38 pm

Harap Teganu menang lagi petang ni…Peteh Teganu Peteh…haha

Reply

hafizmd March 2, 2013 at 4:32 pm

alhadulillah..menang boh!

Reply

TehR February 26, 2013 at 11:34 pm

kelantan vs pkns aku tak tahu apa berita lagi ni
siapa menang?

Reply

hafizmd February 27, 2013 at 5:12 pm

kena tunda game ni cikgu…padang banjir katanya…ambepun tak pasti bila lawan balik…kang ambe dapat, ambe update =)

Reply

fiezaradzi February 26, 2013 at 11:36 pm

kedah dah menang kan?tadi tgk 2-0 lagi. ke dah ubah? entahlah..

sedey, boikot bola 2 minggu, penang kalah dgn t… malas nak cakap.. boikot bola.. hihi

Reply

yusri February 27, 2013 at 10:18 am

kedah kalah 4-5 sepakan penalti…huhu

Yeay!Teganu menang…huhu

Reply

hafizmd March 2, 2013 at 4:34 pm

@yusri,yes..ganu menang…selangkah maju…

Reply

hafizmd March 2, 2013 at 4:33 pm

hahaha…boikot bola takpelah..hehehehe

kedah kalah penalti…

Reply

Leave a Comment