Jadual & Siaran Langsung Piala FA 25 Januari 2013 Astro Arena 801

 Assalamua’laikum.

Jadual & Siaran Langsung Piala FA 2013 Astro Arena 801. Apa khabar semua peminat bola sepak Malaysia? Rasanya ramai yang setuju bola sepak Liga Super musim ni nampak lebih semangat dan lain auranya. Kenapa? Ambe rasa ada beberapa sebab antaranya kemunculan pasukan berstatus bintang, Johor Darul Takzim, kebangkitan Tok Gajah Pahang, kem Kelantan yang seolah-olah merindui sentuhan Mat Yo & Ghaddar, kesuraman persembahan kem Penyu Terengganu. Liga Super bakal berhenti sebentar memberi laluan kepada perebutan Piala FA 2013.

Jadual Bola Sepak Piala FA Pusingan Pertama 25 Januari 2013

1. Pusingan pertama adalah pusingan kalah mati. Pasukan yang menang layak untuk bermain di pusingan kedua Piala FA pada 26 Februari depan.

  • Selangor PKNS vs Lions XII (Std. MBPJ, 4.15 ptg)
  • PBAPP vs Preach Khan Reach (Std. Bandaraya, 4.15 ptg)
  • Kuala Lumpur vs Pos Malaysia (Std. KLFA Cheras, 4.15 ptg)
  • UiTM vs Negeri Sembilan (Std. UiTM, 4.15 ptg)
  • PDRM vs Pulau Pinang (Std. Hang Jebat, 4.15 ptg)
  • KL SPA vs Terengganu (Std. MP Selayang, 4.15 ptg)
  • Johor Darul Takzim vs Perak (Std. Larkin, 8.45 mlm)
  • Sabah vs Felda United (Std. Likas, 4.15 ptg)
  • Pahang Kuantan Port vs ATM Tentera Darat (Std MP Temerloh, 4.15 ptg)
  • T-Team vs Perlis (Std. SSINS, 4.15 ptg)
  • Sarawak vs Melaka (Std. N. Sarawak, 8.15 mlm)
  • Kedah vs NS Betaria (Std. Darul Aman, 8.45 mlm)
  • Selangor vs ATM (Std. Shah Alam. 8.45 mlm)
  • Johor vs Pahang (Std. MP Pasir Gudang, 8.45 mlm)

2. Perlawanan tumpuan pastinya pertembungan Johor DT vs Perak dan Selangor vs ATM.  Empat pasukan ni ambe tengok antara pasukan terkuat musim ni dalam saingan Liga Super. Sayang sekali terpaksa bertembung seawal pusingan kalah mati. Apakah JDT mampu “survive” amukan Skuad Seladang? Apakah Selangor akan terus kekalkan rentak cemerlang selepas berjaya menundukkan Pahang? Lions XII yang kembali diperkuat dengan 3 pemain bintang iaitu Baihakki Khaizan, Fazrul Nawaz & Safuwan Baharudin pasti berimpian untuk bangkit selepas dikejutkan T-Team dalam saingan Liga Super!

Jadual Siaran Langsung Piala FA Pusingan Pertama 25 Januari 2013 Astro Arena 801

3. Hanya ada 2 perlawanan Piala FA yang bakal disiarkan secara langsung di Astro Arena untuk pusingan pertama kalah mati iaitu;

  • Selangor PKNS vs Lions XII (Std. MBPJ, 4.15 ptg)
  • Johor Darul Takzim vs Perak (Std. Larkin, 8.45 mlm)

4. Sokonglah pasukan kegemaran anda. Ambe memang masih kecewa dengan persembahan pasukan Terengganu, namun ambe harap pasukan Terengganu kembali bangkit melawan. Perjuangan masih jauh dan masih berliku. Peteh Ganu Peteh!

5. Pastinya para blogger yang sudah mendaftarkan diri untuk ke Majlis Sepetang #SBB2013 sudah sibuk menyiapkan diri masing-masing. Ambe jugak inshaaAllah akan hadir ke Hotel Singgahsana. Bedebor duk dek!

@hafizmd – Jadual & Siaran Langsung Piala FA 2013 Astro Arena 801. Bola sepak Malaysia tetap sukan nombor 1!