Jadual Kelayakan Piala Asia 2015:Harimau Malaya Tempang?

- 31 January 2013Sukan

Assalamua’laikum.
Jadual Kelayakan Piala Asia 2015:Harimau Malaya Tempang? 
Skuad Harimau Malaya bakal mengadakan perlawanan persahabatan menentang Iraq (89 dunia, 7 Asia) sebagai bekal ‘eksperimen’ untuk Kejohanan Kelayakan Piala Asia 2015.

Senarai Pemain Harimau Malaya Kelayakan Piala Asia 2015

Penjaga gol: Khairul Fahmi Che Mat, Farizal Marlias, Norazlan Razali.

Pertahanan: Aidil Zafuan Abd Radzak, Fadhli Shas, Amirizdwan Taj Tajudin, Faizal Muhammad, Nik Shahrul Azim Ab Halim, Mahalli Jasuli, K Reuben, Asraruddin Putra Omar, Azmi Muslim.

Tengah: Shakir Shaari, Shukur Jusoh, Helmi Remeli, Affize Faisal Mamat, Yong Kuong Yong, Azammuddin Akil, Nor Farhan Muhammad, Ashari Samsudin.

Penyerang: Khyril Muhymeen Zambri, Amri Yahyah, Abdul Hadi Yahaya, Fauzi Roslan

Harimau Malaya Tempang?

1. Jujur ambe rasa ada hikmah disebalik ketempangan ni. 11 pemain yang cedera ialah Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha, Amar Rohidan, S Kunalan, Wan Zack Haikal Wan Nor, Gary Steven Robbat, K Gurusamy, Bunyamin Umar, Zubir Azmi, Fitri Omar dan Shahrizal Saad.

2. Antara banyak nama ni, ketiadaan Wan Zack, Gary dan Norshahrul Idlan ambe rasa memang bakal mengundang banyak masalah pada skuad Harimau Malaya. Mujurlah bintang baru Pahang, Fauzi Roslan mula menyinar tepat waktunya. Bukan ambe menidakkan beberapa pemain lain, tapi anda boleh nilaikan sendiri prestasi mereka dalam kempen Piala Suzuki.

3. Mohd Badhri Radzi @ Piya yang masih ‘gagal’ memikat hati Coach Rajagobal untuk bersama skuad Harimau Malaya memang amat pelik. Tonggak tengah pasukan Kelantan (Piya membantu Kelantan menang treble tahun lepas) ini terus disisihkan. Coach Raja siap minta media bertanya pada bekas jurulatih Kelantan, Dato M.Karathu dan B.Sathianthan. Apa kaitan mereka berdua dengan pemilihan pemain? Apakah Piya tak berbakat? Apakah Piya ada masalah disiplin? Apakah Piya sudah tua untuk bermain 90minit? Persoalan ni hanya Coach Rajagobal saja yang boleh jawab!

4. Malaysia (158, 26 Asia) diundi dalam Kumpulan D bersama Qatar 106, 11 Asia), Bahrain (117, 13 Asia) dan Yemen (165, 30 Asia). Kalau ikut kedudukan terkini FIFA, nampaknya hanya Yemen yang berada sedikit ke bawah berbanding Malaysia. Takpe, “ranking tak pentingkan?” Kami doakan skuad Harimau Malaya memberi tentangan yang sengit untuk kempen Kelayakan Piala Asia 2015.

5. Jadual perlawanan Kelayakan Piala Asia 2015 Harimau Malaya.

Perlawanan adalah format timbal balik.

  • Malaysia vs Qatar, 6 Februari 2013, Std. Al-Sadd Doha. 11.30 malam – waktu Malaysia
  • Malaysia vs Yemen, 22 Mac 2013, Std. Shah Alam, Malaysia. 8.45 malam

@hafizmd – Jadual Kelayakan Piala Asia 2015:Harimau Malaya Tempang? Walaupun kecewa dengan beberapa insiden dalam bolasepak Malaysia (contohnya pergaduhan pemain Selangor vs ATM & kesilapan pengadil yang pelik), sokongan tetap buat Harimau Malaya dan Harimau Muda (menang kali kedua dalam aksi persahabatan di Australia).

{ 41 comments… read them below or add one }

hazman aka species1980 January 31, 2013 at 12:00 pm

tu la pasal… satu malaysia dah bising apsal PIYA tak diberi peluang… kalau Ong Kim Swee dah lama dapat jadi 11 eleven

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 3:28 pm

Kita tunggu skuad ni camne..

Reply

hairulafiz January 31, 2013 at 12:15 pm

memang geramlah tgk rajagopal tu pilih pemain ntah apa2 ntah, nak tgk strategi malaysia main kali ini…

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 3:27 pm

keh3….ada jugak yg sekepala ngn ambe..hehe

Reply

suri January 31, 2013 at 12:32 pm

bila nak tgok ni ambe tak pasti mgu punya jadual amat padat dan sdkt penat

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 3:26 pm

Biasalah suri..ambepun kadang2 jer dapat layan bola..

Reply

suri January 31, 2013 at 12:33 pm

sy percaya pemain malasyia blh tahan dg situasi skrg cuma azam kena kuat tak blh kata down etrus walupun yg gagah tu cedera2 belaka..

moga akan lebih menyegat kembali

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 3:26 pm

Moga pemain tak patah semangat!

Reply

papa mifz January 31, 2013 at 1:37 pm

semoga Malaysia berjaya lah yer….

Reply

suri January 31, 2013 at 10:13 pm

malaysia semoga berjaya..ras ank nyyi lagu 1 msia plk erk heeee

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 3:25 pm

Ameen

Reply

sohoque January 31, 2013 at 1:45 pm

piya patut diberi peluang. pemain ini cukup pakej sebagai pemain tengah yg berkaliber..

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 3:25 pm

Itu yg ambe heran tuh

Reply

maza January 31, 2013 at 2:39 pm

jadinya peluang sungguh tipis lah ya.. huhuhu

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 3:25 pm

Atas kertas mmg tipis..hehe

Reply

Amirez January 31, 2013 at 3:16 pm

itulah yang peliknya. ramai tertanya2 kenapa rajagobal tak ambik Piya sedangkan Piya midfielder yang baik

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 3:24 pm

hehe…agaknya dah tua piya ni

Reply

Sharafie January 31, 2013 at 7:40 pm

raja gopal memang..orang bagi pendapat sikit terus bukak citer lain..geram je tengok muak dia dok masuk tv tuh..hahaha..apa² pun Harimau Malaya tetap terbaik di hati peminat..

Reply

suri January 31, 2013 at 10:20 pm

itu RG byk org tak senag huhu apa blh buat kita peminat ia kan saha tpi sokong ttp sokong

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 3:24 pm

keh3..kita tgk skuad ni camne

Reply

titan January 31, 2013 at 10:32 pm

tak kiralah siapa..kalau kita menang. aku takde hal nak belanja k.rajagopal cendol..hoho..

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 3:23 pm

hehe..mmg ambe harap skuad ni dapat menang..baru semua pakat bukak mata

Reply

TehR January 31, 2013 at 11:47 pm

kalau kita kalah, piya akan dapat untung
semua akan marah kerana tak ambil piya
hehe

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 3:22 pm

keh3…betul jugak tuh

Reply

Hamdan February 1, 2013 at 10:08 am

Harap-harap skuad harimau malaya dapat mengaum dgn ganasnya. Jgn nanti dgn si kucing pun tersipu malu…

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 3:22 pm

Harapnya tak hilang kuku

Reply

Katak Comel February 1, 2013 at 4:20 pm

sshla nk ckp psl harimau malaya ni..prestasi terumbang ambing..huhu

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 3:08 pm

dah terumbang ambing, jadi pulak camni

Reply

Budak Felda February 1, 2013 at 4:50 pm

tempang la pulok huh…:)

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 3:07 pm

Walaupun tempang, harap dapat kasi tentangan sengit…

Reply

fiezaradzi February 1, 2013 at 5:28 pm

mcam2 kes de.. entahlah.. dorang je tahu kenapa player itu ini tak dapat bermain.. huhu

apa pun harap2 pasukan malaysia terus maju..

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 3:06 pm

Entahlah..makin tensen ngn coach Raja

Reply

akubiomed February 3, 2013 at 12:40 pm

Saya tidak menaruh harapan tinggi memandangkan ramai tonggak pemain utama tersenarai didalam senarai cedera.

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 2:58 pm

Kalau ikut atas kertas, mmg payah

Reply

Wan Fauzi February 4, 2013 at 12:19 am

malaysia dlm group yg susah…
apapun Good Luck…

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 2:52 pm

hehe..nampak atas kertas mmg camtulah..

Reply

NordinLol February 4, 2013 at 3:35 am

kami doa kan yg terbaek kpada anak2 buah rajagobal…

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 2:51 pm

Itulah yg terbaik!

Reply

Hafizul February 6, 2013 at 12:36 pm

Semoga tuah sentiasa mengiringi pasukan kita..huhu

Reply

hafizmd February 7, 2013 at 10:06 am

ameen..tp kalah pulak malam tadi 2-0

Reply

zik February 9, 2013 at 10:58 pm

meamng tampak sangat tempang.. nak buat macam ne… dah kena 2-0…huhu

Reply

Leave a Comment