Persiapan Super Power Harimau Malaya!

asah minda aktif

Assalamua’laikum.

Keputusan penuh: Malaysia [0] vs Chonburi FC [0]

Jadual Perlawanan Persahabatan Skuad Harimau Malaya 2013. Ramai yang masih dan terus bengang dengan jurulatih Dato K.Rajagobal dan FAM. Hakikatnya, ambe yakin benar yang peminat bola sepak Malaysia tetap sayangkan sukan nombor 1 ni. Kita yang minat bola ni, tetap jugak hadap setiap game yang melibatkan Harimau Malaya. Samalah macam isu ayam mahal, dah suka makan ayam. Tetap beli juga walaupun sekilo RM10! Malam ni bermula aksi pemanas badan, Harimau Malaya vs Chonburi FC!

Jadual perlawanan Harimau Malaya

Bagi yang minat bola, boleh tengok jadual ni untuk sama-sama menyokong pasukan Harimau Malaya beraksi.

  1. 16 Julai (9.45 malam): Malaysia vs Chonburi FC (Liga Thailand) – Jika ada link live streaming, akan dikemaskini segera.
  2. 21 Julai: Malaysia vs Chelsea
  3. 25 Julai: Malaysia vs Shimizu S-Pulse (Liga Jepun)
  4. 28 Julai: Malaysia vs Shonan Bellmare (Liga Jepun)
  5. 31 Julai: Malaysia vs Tokyo Verdy (Liga Jepun)
  6. 10 Ogos: Malaysia vs Barcelona
  7. 14 Ogos: Malaysia vs Chinese Teipei
  8. 10 Ogos: Malaysia vs UAE

Kelayakan Piala Asia 2015, Malaysia vs Bahrain (15 Oktober, 8.45 malam, Stadium Shah Alam).

8 perlawanan sebelum kempen kelayakan Piala Asia 2015. Adakah berbaloi ke Jepun? Adakah berbaloi juga perlawanan menentang dua kelab ternama Eropah?

Malaysia vs Chonburi FC

Badhri Radzi (Piya) & Azamuddin (Alex) confirm injured. Safee Sali, Safiq Rahim dan Mat Yo belum pasti turun malam ni. Jadi, pastinya mungkin ada ‘barisan ujikaji’ lagi malam ni. Jangkaan 11 pemain malam ni;

  • Apek, Mahalli, Aidil, Azizi, Nik Shahrul, Kunalan, Junior, Nazmi, Ashaari, Amri, Farhan

Sama-sama kita tunggu dan jangan lupa untuk berikan sokongan anda kepada skuad Harimau Malaya. Kita harapkan yang terbaik untuk HM.

@hafizmd – Malaysia vs Chonburi FC malam ni. Pasukan kelab vs pasukan kebangsaan. Besar juga ‘taruhan’nya!