Giliran Piala Malaysia:Terengganu vs Kelantan!

- 17 September 2013. Updated 23 September 2013Sukan

Assalamua’laikum.

Habis Pestabola Merdeka, kini giliran Piala Malaysia pula. Berbaki 2 perlawanan, belum ada pasukan yang selamat untuk layak ke pusingan suku akhir. Perlawanan yang menjadi tumpuan ambe pastinya pertembungan epik, Terengganu vs Kelantan. Terengganu yang terdesak untuk menang malam ni, pastinya bermain habis-habisan. Kelantan juga wajib menang jika bercita-cita untuk kekalkan trofi kejuaraan Piala Malaysia. Cukup menarik saingan Piala Malaysia musim 2013!

Terengganu vs Kelantan 17 September

[Live streaming Terengganu vs Kelantan - channel 15]

Terengganu beraksi di gelanggang sendiri malam ni mesti, wajib menang. Seri bukan satu pilihan untuk pasukan Terengganu. Owona-Ashaari-Manaf perlu kerja lebih gigih dan fokus malam ni untuk merobek barisan pertahanan dan gawang Kelantan. Ayuh penyokong Terengganu, pakat turun ramai-ramai malam ni weh!

Mungkin pertahanan kental Kelantan, Nik Shahrul tak diturunkan malam ni sebab cedera. Jika benar, ini memang betul-betul satu kesempatan yang amat baik untuk pasukan Penyu kembali menggigit Pahlawan Merah yang ketika ni, mungkin juga kalut dengan situasi pasukan yang dengar katanya, ramai pemain bintang mereka sedang dipancing hebar oleh pasukan bintang lain! Dickson Nwakaeme kalau tak turun malam ni, juga satu kelegaan buat barisan pertahanan Terengganu. Ambe lihat, Dickson cukup licik dan lincah. Dengan susuk tubuhnya, memang memberi kelebihan besar untuk dia menyusup masuk ke dalam kotak penalti.

kedudukan terkini piala Malaysia september 2013

Perlawanan tumpuan lain? Ambe suka untuk lihat kesudahan pasukan Selangor. Apakah mampu bangkit melawan? 6 musim berturut-turut, Selangor sentiasa layak ke suku akhir. Apakah Piala Malaysia musim ni menjadi detik hitam pasukan Selangor?

Satu lagi pasukan yang menarik untuk disaksikan ialah Sarawak yang sedang gah di persada kumpulan D. Lions XII akan bertemu Sarawak malam esok. Sarawak juga wajib memang untuk terus meranapkan impian Lions XII ‘mengkelepet’ Piala Malaysia menyeberang Tambak Johor.

Tentera, Sime Darby, Johor Darul Takzim (DT), T-Team, Pahang, Kelantan, Perak dan Sarawak bakal ke suku akhir ~ Jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee

Siaran langsung Piala Malaysia & Live Streaming

  • Terengganu vs Kelantan. Astro Arena 801 (8.45 malam. 17/9/2013)
  • Pahang vs N.Sembilan. RTM1 (8.45 malam. 17/9/2013)
  • Lions XII vs Sarawak. Astro Arena 801 (7.45 malam. 18/9/2013)
  • Untuk 3 perlawanan di atas, boleh tonton live streaming –> Link LIVE STREAMING

Ayuh, tunjukkan mutu permainan yang menarik dan semangat kesukanan yang tinggi.

@hafizmd – Terengganu vs Kelantan. Ambe harap Terengganu menang malam ni. yeaaah!

{ 22 comments… read them below or add one }

Ismail N September 17, 2013 at 11:27 am

Nampak mcm semua pasukan masih ada peluang wehhh…

Reply

titan September 17, 2013 at 12:36 pm

nak tak nak..selangor kena menang semua baki perlawanan. hoho..

Reply

Irfan September 17, 2013 at 3:31 pm

Nasib baik ada unify, sambil layan good doctor kat kbs, leh layan streaming bola.

Reply

hafizmd September 17, 2013 at 3:59 pm

hehe…good doctor mmg best! siti siap donwload sapa episod 12..

harap ganu menang malam ni

Reply

encikarman September 17, 2013 at 6:26 pm

gomo kelate gomo…

Reply

hafizmd September 18, 2013 at 9:29 am

Ganu jadi mangsa gomo kelate!

Reply

pahan September 17, 2013 at 7:29 pm

aku asa Terangganu menang kali ni :)

Reply

hafizmd September 18, 2013 at 9:29 am

saloh..kaloh pulok..adeh

Reply

Khairul Zamri September 17, 2013 at 8:33 pm

saya rasa kelantan menang hehe

Reply

hafizmd September 17, 2013 at 8:42 pm

hohoho…deme meme lah…

ambe pulok sokong ganu…hhehe

Reply

blogger lelaki September 17, 2013 at 9:00 pm

0-2 bro..hu3

Reply

hafizmd September 17, 2013 at 9:26 pm

terengganu baru kena 1 =)

ada peluang lagi ni..hee

Reply

Hazmin Hamudin September 17, 2013 at 9:07 pm

Ada harapankah untuk selangor. Tunggu musim depan jela. Hehe

Reply

hafizmd September 18, 2013 at 9:28 am

nampak gayanya, gitulah

Reply

TehR September 18, 2013 at 12:59 am

nampaknya musim ini bukan untuk terengganu
terpaksalah tunggu musim depan untuk terus bersaing

Reply

hafizmd September 18, 2013 at 9:25 am

Gitulah nampaknya.
Ganu perlu ubah 100% tahun depan, kalau masih nak main dalam liga super

Reply

Datin Tyka September 18, 2013 at 8:39 am

tetap sokong Selangor walaupun kalah… hahaha

Reply

hafizmd September 18, 2013 at 9:23 am

yeah! semangat tu yg paling best!

Reply

Irfan September 18, 2013 at 8:54 am

yessss..menang 4-2.
ehh…tu ManUnited, ganu kalah..takde hal..kasi tukar itu Ela..main takde taktik, game plan pun hancur. kasi masuk Rajagopal ganti Ela, baru ‘ranking’ bola ganu naik..ekekeke

Reply

hafizmd September 18, 2013 at 9:17 am

hahahaha….taktik hancur…macam ape jer maing…sakit hati tgk…

masuk itu Raja? kena masuk “makmal” habis ar kekgi…

yes! manu jugok hok buleh harap!

Reply

Hafizul September 19, 2013 at 12:08 pm

Emm terengganu kalah kan?ke menang?haha

Reply

adikensem September 20, 2013 at 2:30 am

Perghh….hampa dengan selangor tapi tak apalah..

Reply

Leave a Comment